PERCUTIAN MEWAH SEISI KELUARGA DI THE CEDAR VILLA @ BIDOR, PERAK

Negeri Perak antara negeri yang jarang aku jejakkan kaki tanpa sebab. Kali ini aku terpanggil untuk short gateaway bersama kawan-kawan aku untuk santai-santai istirehat sempena hari Malaysia. Destinasi kali ini bukan Lost World Of Tambun.  Tapi kali ini aku ke Bidor, Perak. Apa tarikan yang ada di Bidor, Perak tu sampai terpanggil untuk ke sana.


The Cedar, Bidor 

Kali ni aku dengan kawan-kawan nak terjah Villa Viral dekat Perak. Lebih kurang 1 jam lebih dari Kuala Lumpur untuk sampai ke destinasi penginapan mewah The Cedar Villa Bungalow dan hanya kira-kira 10 minit sahaja dari Pekan Bidor. Apa yang menariknya Villa Bungalow ini terletak betul-betul di penghujung jalan dan di atas bukit yang mengekalkan privasi sepanjang korang menginap di sini.

The Cedar Bidor
menyesal datang awal. kahkah

The Cedar Bidor
Jalan menuju ke The Cedar Villa

The Cedar Villa Bungalow ni sentiasa full house. Jadi kalau kau mahu check in tak payah datang awal sangat sebab tepat jam 3 petang baru boleh check in. Ini bermaksud pagar itu akan dibuka tepat jam 3.00 petang dan korang wajib check out jam 12 tengah hari. Haa nampak tak laku keras penginapan percutian  mewah seisi keluarga ni.  

The Cedar Bidor
Credit : Berjalan Tanpa Passport
The Cedar Bidor
Pemandangan The Cedar dari atas sumber dari BTP

The Cedar @ Bidor
adalah sebuah banglo yang terletak di puncak bukit dari 4 ekar tanah persendirian, menampung 8 hingga 16 orang! Rumah percutian menawarkan percutian yang tenang dari bandar, membolehkan para tetamu berehat dengan alam semula jadi dan untuk berhubung dengan orang di sekeliling mereka. 

The Cedar Bidor
View awan karpet dari Pool The Cedar

Dibina secara strategik untuk merakamkan pemandangan matahari terbenam yang indah dan pemandangan matahari terbenam dari kolam renang tanpa batasan korang nak menyelam bila-bila pun boleh, sambil menghadap ke hutan hujan Malaysia dan Sungai Gepai.

8 Kemudahan di The Cedar

Banyak kemudahan di sini yang buatkan aku jatuh hati dengan The Cedar ni. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak The Cedar adalah:

  • Infinity Edge Swimming Pool
The Cedar Bidor
Infinity Swimming pool

The Cedar Bidor
Dugong dikesan. hahahhaa

Terletak benar-benar di tepi penginapan ini, menawarkan pemandangan hutan dan Sungai Gepai yang menakjubkan. Kolam renang adalah tempat yang ideal untuk menikmati berenang santai sambil menghargai pemandangan sekitarnya yang indah. 


The Cedar Bidor
ruang santai

Terdapat ruang santai Kayu Jati Pergola dilengkapi dengan kerusi kayu yang dibuat khusus untuk korang bersantai. Malah ada katil yang melekat pada Pergola! Sini port paling sesuai untuk sesi membawang. Mana taknak membawang sila terjun kolam. hahahha

  • Ruang Barbeque
The Cedar Bidor
Ruang barbeque

The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
ruang membakar

The Cedar Bidor
sinki disediakan

The Cedar Bidor
Night story best jugak kat sini kan

Kawasan barbeku terletak di ruang terbuka di taman, lengkap dengan kawasan tempat duduk luaran dan ruang barbeku. Kawasan yang direka khas ini sesuai untuk tetamu mempunyai pesta barbeku di waktu petang sambil menikmati persekitaran semulajadi. Kawasan tempat duduk mempunyai sistem bunyi terbina dalam yang boleh disambungkan melalui Bluetooth. Korang boleh menikmati barbeku sambil mendengar muzik untuk menaikkan suasana. Jujurnya kami tak sempat nak berbarbeque pun. 

  • Dapur Basah dan Dapur Kering

The Cedar Bidor
Dapur basah

The Cedar Bidor
Dapur kering

The Cedar Bidor
Kemudahan perkakas dapur tersedia

The Cedar Bidor
Dapur

Ruang dapur adalah ruang kegemaran mak mak! haa laa, kalau semua seronok mandi kat kolam tak ke kau akan rasa lapar teruk? Masa nilah fungsi mak mak. hahahaha. Dapur basah dan dapur kering yang selesa. Jadi kalau korang datang sini, bolehlah korang bawak barang masakan sendiri tau. Sebab di sini mereka hanya menyediakan kelengkapan untuk memasak. Bahan masak beli sendiri okayy. 

  • Ruang Makan
The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
Ruang Makan diluar

The Cedar Bidor
menikmati min sambal hitam masa ni ohsem giler

The Cedar Bidor
ruang citchat kat sini

The Cedar Bidor
haaa, berhenti kejap dari membawang. kihkih
Dengan meja makan 16 kaki yang terletak tepat berhampiran kolam renang, ini membolehkan kami menikmati hidangan dengan pemandangan kolam renang dan hutan hujan Malaysia. Meja makan yang boleh menempatkan 16 orang dengan selesa, sesuai untuk kumpulan besar seperti kami.

  • Meja Pool
The Cedar Bidor
Table Pool

The Cedar Bidor
Noob

The Cedar Bidor
Kasi On

The Cedar Bidor

Ehem ehem, tempat fav korang kalau korang ke sini.. DI The Cedar Holiday Home mempunyai Pool Table 7ft Snooker lengkap dengan set bola, berus meja, segitiga plastik, kapur dan isyarat. Ini sesuai untuk tetamu yang menikmati hiburan di rumah. Korang boleh main pool ni sampai muntah. Mau tak muntah, korang tak perlu bayar main per jam dah, ni free berjam-jam. Kau ghaserr? hahaha

  • Bilik Mainan kanak-kanak
The Cedar Bidor
Pandai main mahjung ? ada simpan kat sini

The Cedar Bidor

Tidak lupa anak-anak kecil takkan korang je seronok main pool di sini, rumah percutian The Cedar ini juga menyediakan Kids Playroom untuk kanak-kanak untuk bersenang-senang. Mempunyai pelbagai jenis mainan yang disediakan untuk mereka menikmati masa mereka di sini. Bukan je budakbudak suka, tu haa tuu brader ni pun suka bilik ni. hahahha

  • Karaoke Lounge dan Ruang Tamu yang luas
The Cedar Bidor
Ruang tamu yang luas

The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
Ruang Karaoke

The Cedar Bidor
kasi layan

Ruang tamu di tingkat atas dilengkapi dengan TV LCD, sistem bunyi dan sistem karaoke. Korang boleh memilih lagu kegemaran mereka dari pemain karaoke kami dan menikmati lunak suara korang tuu haa. Tapi ! lagu melayu tak berapa banyak. Jadi kami hanya karaoke melalui youtube. hahaha. asalkan karaoke babe.

  • 8 Bilik - Katil Queen
The Cedar Bidor
Corridor Bilik ke bilik

The Cedar Bidor
Setiap bilik katil queen dan berpenghawa dingin

The Cedar Bidor

The Cedar Bidor
Setiap bilik ada bilik air dan extra 2 ilik air di tingkat bawah

Ada 8 bilik semuanya di sini. Setiap bilik disediakan katil size queen dan tersedia bilik air di setiap bilik yang ada. Bilik air yang luas air pun kuat untuk membersihkan diri di sini.

Tarikan berhampiran di The Cedar, Bidor

The Cedar Bidor

Sungai Gepai Bidor

Air terjun Gepai yang tak sempat aku jejaki adalah antara 10 Air Terjun di Perak. Air jernih dan sejuk. Air terjun ini terletak hanya 5 minit memandu atau 15-20 minit perjalanan hutan dari The Cedar Villa. Dari tempat letak kereta korang boleh menyeberangi aliran di jambatan kecil. Jambatan ini adalah tempat kegemaran untuk menyelam di dalam air sejuk yang sejuk di bawah. Okay jeles Ajeeb dapat main sungai.

---------------------------------------------------------------------------
Harga : 
RM1100-RM2400

Info Lanjut
Alamat : Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Bidor, Perak, 35500, Malaysia
Waze : The Cedar At Bidor
Email : thecedarbidor@gmail.com
Telephone Number : +6012-683-9979

6 Comments