Ingat lagi tak pernah entry lepas akuada cerita berkaitan Gold Nano CC Cream simple daily makeup ? Kalau tak ingat atau belum baca boleh pergi baca entry aku itu dulu sebab aku nak sambung cerita selepas sebulan memakai Gold Nano CC Cream ni.
Sejak aku pakai CC Cream ni aku rasa macam tak selesa kalau tak pakai cc cream dari Hansaegee Nature ni. Iye weyhh.. tak boleh kalau tak ada Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream! Boleh dikatakan selama sebulan ni kalau keluar kemana-mana aku akan pastikan cc cream ni ikut sekali.. haha. Tak melekit dan tahan lama.
Entri kali ni aku tak ceritakan secara terperinci berkaitan teksture, kelebihan dan kebaikan CC Cream ni, dah cerita panjang gila pasal semua tu kan sebab entri lepas aku dah cerita panjang lebar pasal tu semua. Jadi, kali ini aku nak cerita selepas sebulan penggunaan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.
KELEBIHAN MEMAKAI GOLD NANO CC CREAM BY HANSAEGEE NATURE
Bila aku pakai CC Cream ni, aku pergi memana memang yakin. Takde dah terfikir masalah kulit kusam dan tak bermaya lagi selepas memakainya. Aku macam nak kena grab lagi cc cream ni. Haa ! nampak tak bertapa heavy user nya aku dengan Gold Nano CC Cream ni.
Melekit pun tak ada membuatkan aku lebih selesa dan lebih natural. Sebab tu aku rasa konfiden. Mana taknya, aku pakai sekali pam dan calit pun nipis-nipis je.. memang kau akan tengok aku macam tak pakai apa-apa pun tapi kulit muka tak kusam siap ada kesan glowing. Tu yang jadi heavy user bila pakainya. Sekarang, aku hanya apply cc cream, powder dengan calit lips je selain pakai serum dan moisturizer . Itu kalau nak pergi kerja. Kalau nak pergi merayap barulah apply lain lain.
Masa ni tak sapu rata. Sorry guys |
For sure kalau kau baca entri aku yang lepas aku ada sebut pasal kulit kering. CC Cream ini tak akan keringkan kulit dan sentiasa kekalkan kelembapan. Tekstur bukan jenis yang cepat kering. Disebabkan itu lah akan tahan lama bila pakai CC Cream ni.
Gold Nano CC Cream ni boleh jadikan ia sebagai makeup based. Makeup akan lebih pigmented dan tahan lama. Walaupun cuaca kat luar panas terik, ia takkan buatkan kulit kita terbakar akibat cahaya matahari tu sebab dalam cream ada SPF 30++. Bukan tu je, jeragat pun segan nak keluar sebabnya ianya anti kedut.
KEBURUKAN GOLD NANO CC CREAM
Perempuan kan memang takut dengan jerawat, kalau boleh tak nak bagi nampak satu pun dimuka. Ewahh! bagus sangat ke CC Cream ni. Muka breakout selepas pakai produk ni memang tak lahh.. Setakat ni, jerawat tak ada pulak naik ke muka ni. Banyak jugalah aku dah apply cream ke muka ni, kadang-kadang seminggu dua memang tak ada effect, tapi bila pakai sebulan baru muncul makcik jerawat. Seriously, memang tak ada jerawat naik ke muka selepas pakai cream ni.
MUDAH DIBAWA KE MANA
buku merah jangan lupa bawak moga-moga belum tamat tempoh... Hmm, sebab kena bawak sebab dah tamat tempoh dah. Nak pergi renew tak pergi-pergi pun. Makanya terbawaklah sentiasa. Nahh! CC Cream pun aku masuk dalam beg tau. Iyelah! takkan lepas solat nak biarkan muka ni bogel je.. Jadi, aku akan sentiasa bawak kemana-mana. tak berat dan tak makan ruang bila letak dalam beg.
Takyah fikir panjang, Gold Nano CC Cream ni memang aku recommended untuk kau beli. Bila dah malas memang CC Cream ni yang menjadi keutamaan. Btw, aku tak jual produk ni, aku hanya heavy user je. Tapi, kau boleh dapatkan di laman web Hansaegee Nature. Kalau ada jual kat kedai macam Watson ke Guardian kan best. Malangnya tak ada. Kalau kau terjumpa kat memana, jangan pulak salah kan aku cakap review tuu membohong pula yee..
GOLD NANO CC CREAM KINI BERWAJAH BARU
Haa, nampaknya aku kena beli lagi ni buat collection packaging gold nano cc cream. Kalau nak diperhatikan, macam lebih kurang setiap tahun akan berwajah baru. Hehehe. Lawa kan packaging baru ni. Jom kita sesama try yang packaging baru ni.
--------------------------------------------
Info Lanjut :
Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
3 Comments
sama.. Lisa pon dah sukaa dengan CC Cream ni
ReplyDeletememang best pkai ni..
ReplyDeletesize dia yes sangat practical nak sumbat dalam make up pouch =D
ReplyDelete