VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018

January 11, 2019

Pada Sabtu lepas bersamaan 30 Disember 2018, aku telah menghadiri satu majlis yang paling mengkagumkan iaitu Malam Penghargaan Sukarelawan anjuran Muslim Volunteer Malaysia bersama para hadirin yang memeriahkan majlis terdiri daripada barisan Keluarga Asnaf, Pekerja, Penaja, Rakan NGO dan Rakan Media bertempat di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang pada jam 8.00 pm - 11.00 pm.

Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) telah mengadakan satu majlis makan malam amal iaitu Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA). VAA ini adalah bertujuan untuk menyambut ulang tahun penubuhan MVM yang ke-4 tahun.

Kemeriahan VAA 2018
Seramai hampir 400 orang telah menghadiri VAA 2018 yang terdiri daripada orang awam, sukarelawan MVM, keluarga asnaf, tetamu jemputan VIP, para penaja, rakan NGO, rakan Media, dan selebriti jemputan. VAA 2018 kali ini bertemakan “A Night of Appreciation” dan berkonsepkan “Garden”.

Da’I Izhar atau dikenali sebagai Da’i Pendakwah Millenia, pengacara VAA 2018.
ketibaan tetamu VIP
bacaan doa Ustaz Fadzli Far Easti

Ucapan dan Perasmian VAA 2018 Dari Presiden MVM

Tuan Muhammad bin Jantan (Presiden MVM) menyampaikan sedikit kata aluan serta merasmikan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019 iaitu Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto debit sumbangan, dan projek penulisan #PenaMVM. Wahh ! makin menarik program ini kan.


  • Pusat Tuisyen Salam
Satu inisiatif untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf Pure Heart dan juga dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutan. Ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjana ekonomi MVM untuk menampung kos operasi.

  • Sistem Auto debit
Salah satu alternatif lain yang diusahakan bagi memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan untuk program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap setiap bulan. Sistem auto debit ini boleh digunakan melalui website donation MVM iaitu www.donation.mvm.org.my dengan memilih tetapan monthly donation.

  • #PenaMVM
Projek penulisan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dalam penulisan dikalangan sukarelawan MVM. Sukarelawan MVM yang berminat untuk menyertai projek #PenaMVM hanya perlu menghantar artikel atau cerita mereka berdasarkan topik yang dikeluarkan setiap bulan.

Takwim Program MVM 2019


Pembentangan secara eksklusif dan buat pertama kalinya Takwim Program MVM 2019 oleh Tuan Islahuddin, Penolong Pengurus Program & Komunikasi. Menurut beliau, tahun 2019 ini MVM menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan dimana 90% adalah di dalam Malaysia dan 10% di luar negara. MVM juga telah membuka peluang kepada tetamu yang hadir untuk mendaftar sebagai sukarelawan MVM dengan harga istimewa pada malam tersebut serta juga diadakan jualan merchandise eksklusif MVM dengan diskaun 15%.

Bagi menghargai jasa para sukarelawan MVM, pekerja MVM dan juga keluarga asnaf. Sebanyak 6 anugerah yang telah dipertandingkan:

  • Anugerah Jasa Bakti,
  • Anugerah Inspirasi,
  • Anugerah Sukarelawan Harapan
  • Anugerah Institusi Harapan
  • Anugerah Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir
  • 5 anugerah khas yang telah diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited, keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara.
Anugerah khas tersebut adalah anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.

Para sukarelawan yang menerima anugerah di malam VAA
Anugerah Tokoh Kemanusiaan ini merupakan kali pertama diperkenalkan oleh MVM dan telah diberikan kepada Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Beliau merupakan inspirasi tokoh sukarelawan negara yang menjadi contoh kepada anak anak muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan.

sesi bergambar
Selain itu, hadirin turut diraikan dengan cabutan bertuah dan juga persembahan selebriti jemputan iaitu Lah Ahmad dan kumpulan nasyid Inteam. Di samping kita bergelak suka ria, kita tidak melupakan nasib saudara pelarian Syria yang kini menderita kesejukan di kem pelarian Syria.

persembahan dari Lah Ahmad

MVM telah mengadakan satu slot “5 minutes that counts” di mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0. Dalam masa 5 minit, dana kilat terkumpul pada malam VAA ini telah mencapai RM4,694.70. Terima kasih kepada penderma sekalian. Majlis disudahi dengan persembahan daripada kumpulan Intem dan sesi fotografi sebagai kenagan 2018.

Mengenai Muslim Volunteer Malaysia (MVM)?

Badan atau pertubuhan yang memberikan bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan.
  • Menitik beratkan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
  • Membantu mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira latar belakang, politik, bangsa, dan agama.


Jadi MVM ni sebenarnya pertubuhan yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan yang ada ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim, belia malah peniaga kecilan. Pendekatan yang dibawa oleh MVM adalah dalam bentuk tindakan dan penerangan.
Muslim Volunteer Malaysia , sukarelawan terbaik


Satu pertubuhan bukan kerajaan yang dah lama berdaftar sejak 30 Disember 2014 dan memang yakin 100% prihatin dengan golongan yang memerlukan iaitu Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM).



Dari info di website Muslim Volunteer Malaysia (MVM), pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini telah mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di seluruh Malaysia (18-24 tahun). Malah sebelum ini juga, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards - A Prime Minister’s Award 2016. Terbaikk !

Menjadi sebahagian Muslim Volunteer Malaysia

Jom sama-sama daftar menjadi sebahagian sukarelawan MVM. Mereka yang berdaftar akan diberikan panduan yang lengkap dan menyeluruh sebelum sesuatu program itu dijalankan. Selain itu, MVM juga akan cuba memastikan suasana dan persekitaran program itu selesa dan ceria untuk setiap ahli Volunteer MVM melakukan aktiviti. Hal ini membuatkan penerima bantuan sangat selesa dan terharu sekaligus menyuntik rasa semangat dalam diri mereka untuk berubah ke arah lebih baik.


Secara tak langsung, Volunteer MVM juga lebih teruja untuk datang dan melakukan aktiviti lagi bersama-sama MVM untuk program-program seterusnya. MVM juga bukan hanya menekankan keselesaan sebelum dan semasa program, namun kita juga akan menyediakan beberapa insentif kepada Volunteer MVM dalam pelbagai bentuk. Nak tahu? Jom join dan daftar sebagai Volunteer MVM sekarang.
Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar sebagai volunteer MVM.

  • Layari www.mvm.org.my dan klik pada butang “Daftar Volunteer MVM” atau anda boleh terus klik link disini – https://mvm.org.my/sukarelawan
  • Klik pada pakej pilihan anda – 1 tahun (RM50) , atau Seumur Hidup (RM100)
  • Klik butang “Register Now”
  • Anda akan diminta untuk memuatnaik gambar profile dan mengisi maklumat peribadi.
  • Pilih cara pembayaran samada bank transfer, atau bayaran online (Billplz). Jika anda memilih bank transfer, anda dikehendaki untuk “upload” resit pembayaran diruangan “proof payment” terlebih dahulu.
  • Jika sudah selesai mengisi maklumat peribadi dan pembayaran, klik “Register Now”
  • Anda akan menerima email pengesahan pembayaran, sms pengesahan pendaftaran dan cenderamata eksklusif daripada MVM dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran anda telah disahkan oleh pihak MVM.
Sukarelawan MVM akan menerima manfaat-manfaat berikut :
  • Akses penuh kepada semua program MVM
  • Sebagai saluran untuk bersedekah
  • Menerima cenderamata eksklusif MVM
  • Dapat mengikuti latihan atau kursus yang dijalankan oleh MVM

Buat Aduan SALAM Jika Simpati

Jom! Jadilah individu prihatin, mari sama-sama memberikan khidmat menerusi Muslim Volunteer Malaysia ini. Tak kira anda tua, muda, bergaji kecil, besar, CEO, selebriti atau rakyat biasa. MVM ada peluang dan ruang untuk membantu masyarakat.


Kalau korang perasaan hampir setiap hari nampak cerita ada keluarga asnaf yang susah di media sosial kan? Jadi kalau korang betul-betul nak tolong mereka yang susah ni, boleh buat aduan pada ADUAN SALAM yang ditubuhkan oleh Muslim Volunteer Malaysia ni. MVM memang ada kempen khas untuk mereka ni jika mereka ini benar-benar menepati syarat yang dinyatakan oleh MVM.

Boleh adukan melalui : 
No.Telefon : 03 80740484
Email : aduan.mvm@gmail.com
Isi borang aduan : http://bit.ly/aduansalammvm

Hulurkan bantuan anda!

MVM ialah mereka sangat telus dalam setiap usaha yang mereka buat. Sebagai contoh macam kempen Jom Sedekah Online di website Donation MVM. Pada website ini mereka akan paparkan setiap kempen tajaan yang MVM sedang jalankan. Korang nak sedekah secara online pun boleh. Klik sahaja di www.donation.mvm.org.my



Sekiranya syarikat mahu beri tajaan kepada MVM pun tiada masalah. Jadi usaha MVM untuk membantu mereka yang memerlukan lebih berjalan dengan lancar. Boleh terus berhubung melalui:

hulurkan sumbangan

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 atau Unit Fundraising MVM | Hasbullah : +6012-235 6854 whatsApp Link : http://sumbanganmvm.wassap.my/
------------------------------------------------------------------------

Sekiranya terdapat sebarang kemushkilan atau persoalan, berikut cara menghubungi pihak Muslim Volunteer Malaysia.

Facebook MVM : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Telegram Channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Youtube Channel : Muslim Volunteer Malaysia / http://bit.ly/youtubemvm

2 beleter:

Nadia Johari said...

tahniah mvm..tahniah yang emnerima anugerha..banyak aktiviti mvm ni

SalbiahM said...

Tahniah para volunteer.Semoga boleh terus berbakti dan segala jasa kalian mendapat ganjaran pahala dari-Nya. Insha Allah

Powered by Blogger.
Back to Top