PETUA HILANGKAN JERAWAT DAN JERAGAT DENGAN SERUM VITAMIN C SERIES BY ANNONA

Tahukah korang bahawa kulit yang tidak cukup Vitamin C adalah antara punca-punca utama yang mengundang masalah jerawast, jeragat, liang pori terbuka, kulit kelihatan kusam, gelap, kering dan tidak sihat? Aku diperkenalkan dengan satu produk berasaskan Vitamin C yang merupakan serum di mana ia mampu mengembalikan keadaan asal kulit yang sihat dan cantik disamping dapat memberikan wajah yang terbaik dengan khasiat 10x kekuatan vitamin C.

VITAMIN C SERIES BY ANNONA

Siapa tak suka bila dapat cara bagi menghilangkan parut dan jeragat, mengecilkan liang-liang pori di muka serta dapat juga menghalang atau melambatkan proses penuaan kulit dengan tindakan agen-agen anti penuaan dalam produk ini. Mari kita lihat apakah produk yang dimaksudkan ini ya.
 
Ony Nurhusni Mahad Nor merupakan pengasas MOS NURTRACEUTICAL SDN BHD menyedari isu berkenanaan memutuskan membantu kita atasi masalah kulit iaitu Vitamin C Series. Sebenarnya bukan serum sahaja yang dikeluarkan tapi banyak lagi. 


Vitamin C Serum By Annona merupakan satu-satunya produk atau serum yang kaya dengan Vitamin C yang menjadi asas untuk memberikan wajah terbaik pada kita. Setiap titisan Vitamain C Serum By Annona ini mempunyai 10x kekuatan Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa. Formula istimewa yang terkandung dalam Vitamin C Serum By Annona bukan sekadar serum Vitamin C biasa sahaja, tetapi ia merupakan campuran daripada bahan-bahan citrus yang berkepekatan tinggi, termasuklah Hyaluronic Acid, Glutathione, Pomegranate serta ekstrak herba-herba semulajadi yang dipilih.
 
 

KELEBIHAN  SERUM VITAMIN C BY ANNONA

  • Mencegah dan memperbaiki sel kulit yang rosak akibat sinaran UV matahari, jerawat dan silap memakai produk kosmetik.
  • Merangsang penghasilan kolajen secara semulajadi 
  • Mengurangkan tompok hitam pada kulit.
  • Mengingkatkan keanjalan kulit
  • Memberikan kesan cerah yang sekata pada kulit ini
 BAHAN UTAMA SERUM VITAMIN C SERIES

Vitamin C Serum By Annona yang mampu memberikan wajah terbaik dengan 10x kekuatan Vitamin C. Kita akan melihat secara terperinci apakah bahan-bahan yang terkandung dalam produk Vitamin C Serum By Annona yang dapat memberikan kesan sehinga 10 kali ganda khasiat daripada Vitamin C biasa.


Glutathione – ia digelar sebagai ‘mother of anti-oxidants’ yang mana ia sangat kuat dan mampu untuk mencerahkan kulit yang kusam.

Asid Hyaluronic –
asid ini bertindak untuk memelihara kelembapan kepada kulit  dan pada masa yang sama ia juga dapat membuatkan kulit menjadi lebih licin, halus dan lebih anjal.

Ekstrak Daun Saxifraga – ekstrak dari daun saxifraga ini bertindak sebagai anti-oksidan pada kulit muka  dan ia juga mempunyai kesan pencerahan pada kulit.

Ekstrak Akar Pokok Peony –  Bersifat anti radang dan ia dapat membantu mengurangkan sensitiviti pada kulit. Ia juga dapat melancarkan aliaran darah di bawah kulit dan pada masa yang sama ia dapat memberikan kesan glowing dan menaikkan seri wajah pada kulit muka.
 
Ekstrak Akar Pokok Skullcap –, Melambatkan kadar penuaan kulit dan menjadikan kulit tampak muda. Ia juga bertindak untuk melembapkan kulit dan melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran ultra ungu atau UV, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu meredakan kulit yang sensitif.

Ekstrak Buah Delima – selain khasiat yahg khabarnya ia boleh mencerahkan kulit, ia juga mengandungi bahan-bahan yang mampu melawan penuaan kulit serta bertindak sebagai anti kedut pada kulit anda juga. 
 
 
Korang kena tunggu aku punya review/testimoni akan datang selepas aku gunakan sendiri produk ni. So far setakat ni, tak sampai seminggu penggunaan.. tak melekit takde tindakan susulan. Dekat dagu aku ada kesan jerawat..
 
 
Hopefully selepas seminggu pakai kesan tuu akan pudar dengan cepat. Nak tahu pudar ke tidak. Stay tuned next entry okay !

---------------------------------------------
INFO LANJUT
 
Facebook : VCSAnnona
Instagram : vcs_annona
HOTLINE : +6010-8424243 

1 Comments

  1. tengah cari produk utk hilangkan parut jerawat..huhu
    mungkin boleh try serum vit c ni kan... =)

    ReplyDelete