#ALTHEA ANGEL | A'BLOOM NEW BABY FROM ALTHEA

May 13, 2019

Bila dapat parcel warna pink aku tersengeh sengeh macam kera sumbang. Haa bila dapat parcel pink sudah semestinya Althea ada new collection. Untuk pengetahuan korang, Althea merupakan satu laman web produk kecantikan dan kosmetik dari Korea. Jadi, kalau korang nak cantik Kawaii macam Korean Look haa boleh laa dapatkan produk yang berkualiti di sana.

TAHNIAH ALTHEA! DEABAKK !


Kali ini, Althea melancarkan A'Bloom. Dalam koleksi kali ini, terdapat produk-produk seperti blended beauty, penghilang black head dan empat topeng buah bertema yang menarik yang boleh membantu kita dalam isu-isu muka yang tidak diingini.

Sebagai Althea Angel, aku berpeluang untuk mendapatkan mencuba dulu apa yang akan dilancarkan. Althea team telah menghantar kit media yang mengandungi item berikut:

A'bloom products :
x1 A'bloom BHA Blackhead Blaster
x1 A'bloom Giant Meringue Puff
x3 A'bloom Baby Meringue Puffs
x1 A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
x1 A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
x1 A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
x1 A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

A'Bloom Mask dalam 4 variasi buah



Dah nama pun perempuan, tak lari dari penjagaan kulit wajah sebagai rutin harian. Kebiasaanya, mask berfungsi sebagai melembapkan kulit dan menyegarkan kulit muka. Dalam koleksi Althea A'Bloom, terdapat 4 jenis variasi mask buah-buahan yangberbeza iaitu 
  • Brightening Lemon Lime, 
  • A'bloom Moisturizing Watermelon, 
  • A'bloom Nourishing Avocado
  • A'bloom Anti-Blemish Peach.
A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright


Jenis Mask ini ianya membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon dan Lime. ia juga mengandingi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap. Juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi

A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long



Mengandungi ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.

A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me


Mask Avocado ni kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah wrinkles.

Mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya (Hibiscus Sabdariffa) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach


Mask ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

Saiz : 25g
Harga : RM2.00 / sheet
Arah Penggunaan:
Selepas membersihkan wajah anda, gunakan toner muka anda dan sapukan lapisan topeng selama 10-20 minit. Keluarkan helai topeng dan ketatkan pada intipati di wajah anda.

A'bloom BHA Blackhead Blaster

Aku rasa wanita tak lari dengan masalah blackhead/whitehead termasuklah aku. Kadang-kadang rimas jugak nampak bintik-bintik yang hadir kat hidung tuu. Nah, Althea macam biasa dengar masalah kita ni dengan memperkenalkan A'bloom BHA Blackhead Blaster.


A'Bloom BHA Blackhead Blaster untuk membersihkan, mengelak dan melindungi kulit kita dari kepala hitam dan putih. Dengan stick yang menakjubkan ini, kita tidak perlu merasakan kesakitan ketika menghilangkan blackhead/whitehead lagi.



Berbentuk seperti balsem bibir, ia mengandungi willow putih, arang, biji aprikot dan minyak daun teh yang berkesan untuk pengelupasan lembut, pembungkusan produk menjadikan ia mudah alih dan mudah dibawa. Sesuatu yang anda boleh dengan mudah dimasukkan ke dalam beg peralatan anda walaupun anda perlu melakukan perjalanan.

Saiz : Net 8g
Harga : RM16.00

Arah Penggunaan:

Selepas membersihkan wajah anda semua solek, terpakai pada kawasan yang mempunyai sebum yang berlebihan. Urun secara perlahan dalam gerakan bulat untuk melepaskan minyak dan kotoran yang terperangkap. Selesai dengan membilas dengan air suam. Untuk pembersihan yang lebih berkesan, korang boleh meletakkan tuala hangat pada kulit muka untuk membuka liang-liang sebelum menggunakan.

A'bloom Meringue Puffs

Setiap peminat solek memerlukan satu daripada ini dalam meja soleknya. Sama ada yang berpengalaman atau pemula. Puff A'Bloom Meringue akan membawa permainan aplikasi solek kita ke peringkat seterusnya.


Satu set Baby Meringue Puffs mempunyai 3 biji puff yang dengan saiz mini yang sangat cute dan lembut.
Harga : RM11.00 (1 set)
Harga : RM8.00 (1pcs )
Terdapat 2 saiz untuk dipilih dari giant dan baby. Puff Meringue Giant mengembang hingga 1.5x apabila direndam ke dalam air, mudah dicampur dengan solek anda dan memberi kita kemasan matt atau glossy (bergantung kepada jika anda menggunakannya basah / kering). Puff Baby Meringue berguna untuk menjalankan dan melakukan dengan baik dan kecil untuk mencapai kawasan.

Arah Penggunaan:

Untuk kemasan dewy glowy: Rendam dalam air mengalir dan perasan air. Gunakan bahagian sempit untuk mata, hidung, bibir dan bahagian curvy muka anda. Gunakan bahagian yang luas untuk seluruh muka anda. Untuk selesai matt, gunakannya kering!

Review A'bloom Althea By Mimin Adam


Kesemua produk kali ini memang best dan comel. Kebetulan pula, aku memang nak beli beauty blended untuk makeup dengan singkitkan whitehead ni.. Blanded beauty aku nak sebab yang ada dah sekarang dah keras. Mask tu memang sedap sangat pakai. Sejuk dan sangat lembut selepas tanggalkannya.  Bau dia pun tenang giler. Nak beli lagi ! BHA blackhead blaster tu pula syok bila gosok-gosok kat kulit muka dan hidung. Mungkin slow effect. Tapi aku okay jee asalkan bau dia wangi. Yup! wangi.. Maybe kena kerap pakai dan rajinkan diri guna baru blackhead dan whitehead hilang.

Kalau tanya aku lepas ni nak beli lagi ke? YESSS ! aku nak beli lagi!

---------------------------------
Info Lanjut
Instagram: @altheakorea

3 beleter:

mamapp said...

Produk Althea semua nampak best2

kisah si dairy said...

blackhead blaster tu serius best....memang cepat tanggalkan whitehead ngan blackhead

ejulz said...

terbaek :)

Powered by Blogger.
Back to Top