Grand Opening MBH Skin Expert Muar Johor

Pada Sabtu 27 April 2019 yang lepas, aku diberi peluang untuk menghadiri satu majlis Grand Opening MBH Skin Expert yang merupakan cawangan MBH SPA yang ke-19 di Muar, Johor. Siapa tak kenal MBH Spa? Merata semua tempat MBH ni dah meluaskan tanah jajahannya. 


Wanita sangat pentingkan penjagaan kulit wajah kerana wajah adalah bahagian yang sangat rumit untuk penjagaannya seperti tompok gelap, jeragat dan ton kulit tidak sekata sering menjadi kebimbangan setiap orang dan bagi mengembalikan kecantikan kulit, pelbagai jenis produk penjagaan dicuba. Hakikatnya, semakin meningkat usia, kulit wajah juga akan jadi berusia. Tanda penuaan atau sebarang masalah kulit lain akan mula menampakkan kesannya.

Malah beberapa faktor seperti gaya hidup dan pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari yang mengandungi sinaran ultra ungu (UV) juga mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi. Please yaa, jangan pakai barangan yang tiada kelulusan.. Kelak memakan diri!

Apa itu MBH Skin Expert?


Pelanggan yang tidak mahu lepaskan peluang harga promosi pembukaan MBH Skin Expert, Muar
Dahulu namanya dikenali sebagai MBH Medispa dan sudah rebranding kepada MBH Skin Expert merupakan pusat penjagaan kulit yang terkenal di Malaysia. Di MBH Skin Expert sememangnya sangat terkenal di Malaysia sebagai sebuah syarikat kecantikan 100% Bumiputera Muslimah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan kepada semua golongan yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri yang di asaskan oleh Yaya Mohammad.
  • Merupakan Syarikat yang 100% Bertaraf Bumiputera
  • 10 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kecantikan
  • Telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Asia Pacific Top Excellence Service Award dan juga Malaysia Top 10.
  • Mempunyai lebih 20 rangkaian
  • Rawatan dijalankan dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi dari German dan Korea.
  • Mesra Muslimah

MBH SKIN EXPERT MUAR - CAWANGAN MBH KE-6 DI JOHOR


MBH Skin Expert  sudah bertapak di Johor. Warga Johor boleh dapatkan MBH Medispa di cawangan berhampiran. Antara cawangan MBH Mesdispa di Johor Bahru, Batu Pahat, Segamat dan Kluang. Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, kini cawangan terbaru MBH Medispa di Muar, Johor. Bolehlah orang Muar cantik flawless sebelum raya ni.  Tapi, macam orang melaka yang berhampiran boleh je datang ke sini, Tak ada masalah. Haaa, aku yang dari Batu Pahat pun pergi ke Muar tau !


Puan Yaya Mohammad selaku pengasas MBH Skin Expert, tersangatlah baik, cantik.. Ehh kompomlah cantik. Tak kedekut ilmu pulak tu bila dah cantik. Nak juga suruh kita-kita tampil cantik macam dia. Nak nak, dia berasal dari Johor. Lagilah dia nak orang Johor cantik meletop raya ni. Menurut Puan Yaya lagi, cawangan demi cawangan dibuka bagi memudahkan pelanggan setianya untuk mengunjungi MBH Skin Expert yang terhampir untuk membuat rawatan.

Menurut Yaya Mohammad, 19 cawangan ini adalah tapak kukuh bagi MBH untuk menempa nama dalam industri penjagaan kulit


Majlis pembukaan MBH Skin Expert Muar telah ditandatangani oleh Ibu pengasas sendiri sebagai tanda rasmi pembukaan MBH Skin Expert di Muar serta diikuti oleh blogger. Ehh sibukkan je kan. Itu lah nak bagitahu, Pengasas dia tersangat ramah.. 

KEMERIAHAN GRAND OPENING DI MBH SKIN EXPERT, MUAR







Bertapa meriah serta mendapat sambutan MBH Skin Expert ni di Muar, ada yang telah datang menghadirkan diri seawal jam 6.30 pagi untuk menjadi orang terawal untuk mendapatkan diskaun sebanyak 90% rawatan yang disediakan di MBH Skin Expert.

PROMOSI SEKITAR PEMBUKAAN MBH SKIN EXPERT


Sepanjang majlis pembukaan MBH Skin Expert berlangsung, pelanggan setia MBH ditawarkan dengan pelbagai jenis rawatan berkualiti tinggi dengan diskaun hebat. Macam aku cakap tadi, sampai ada yang tunggu seawal jam 6.30pagi. Antara promosi yang ditawarkan :
  • MBH CINDERELLA FACIAL RM50.00/per person (Harga Asal RM 100)
  • MBH CINDERELLA FACIAL - Buy 4 Free 1
  • Diskaun sehingga 90% untuk semua jenis rawatan (Limited)
  • Skin analysis dan Facial Consultation secara percuma
  • Diskaun sehingga 15% untuk produk MBH DERMACARE
  • Spin & Win
  • Cabutan bertuah - Rawata Facial percuma untuk 10 orang bertuah


Aku pun tak melepaskan peluang untuk kaji apa masalah kulit wajah aku. Itu baru kulit wajah tau. wkwkwkkw! First impression staff MBH Skin Expert tuu cakap, wahh! kulit licinnya.. pakai product apa. Haa, aku pakai product campur-campur. Tak tahu nak cakap apa. Skli scan, haa kau! Semestinya white head kat hidung berleluasa. Lepastu, ni sedih.. Ada jeragat confirm jadi .. Aduhaii. Menurutnya lagi, kulit kita akan terhentinya collegen.

Warga Muar yang mahu tampil cantik dan selamat boleh kunjungi MBH Skin Expert Muar dan mendapatkan rawatan dengan harga pakej pengenalan RM70. Selain membawakan rawatan baru, MBH juga menawarkan produk penjagaan senndiri di bawah jenama Dermaklair yang menjadi produk rasmi untuk setiap rawatan. Next ! orang Manjung, Perak .. Nantikan kemunculan MBH di sana ^.^

-----------------------------------------------------
Info Lanjut

Website : MBH Medispa
Facebook Page: MBH Medispa Official
Facebook Page Cawangan Muar: MBH Skin Expert Muar
Telefon: 03-8736 1626
Alamat: NO 5-9 (Ground Floor) Jalan Othman, 84000, Muar, Johor.


















2 Comments