3 SEBAB KENAPA PERLU MILIKI SENDIRI GASTON LUGA BAGPACK

August 21, 2019
Bukan aku sorang je nak beg yang kelihatan elegen masa pergi travel. Salah pilih beg mesti spoil mood korang nak berjalan tuu haa. Hujung bulan Ogos ni aku nak berjalan ke Bangkok, Thailand. Aku pun terfikir jugak, nak backpack takkan nak bawak luggage. Ramai kawan-kawan pakai bagpack dari Gaston Luga! Nah, rezeki awal sebelum raya hari tu aku dapat dah beg yang aku nak tuu direct terus dari Stockholam, Sweden. Woohoo!!


Ralit mencari beg yang diidamkan, mata tertarik dengan beg Pråper - Olive & Black. ia bukan sahaja kelihatan bergaya, tapi juga beg ni sangat berfungsi untuk pergi berjalan jauh. 

3 SEBAB PERLU MILIKI GASTON LUGA BAGPACK


Gaston Luga dicipta dengan matlamat bagi mewujudkan ransangan classy dan bergaya sambil mengekalkan selaras dengan minimalism Scandinavia. 3 sebab mengapa aku memilih beg Praper ini

1. MATERIAL TAHAN LASAK

Material beg itu dibuat menggunakan Kulit PU dan kanvas tebal maka sesuai dengan pelbagai cuaca tak kira hujan atau panas. Kalau ada sedikit kotor, hanya perlu gunakan kain lembap untuk buangkan kotoran tu. Inilah sebab utama mengapa ia sangat sesuai untuk dibawa bersama ketika travel. Kadang kala cuacakan sukar untuk diramalkan. Sama ada hujan atau panas, ada kemungkinan beg kita ni akan menjadi kotor.

2. CIRI KESELAMATAN TINGGI

Bercakap tentang keselamatan, Gaston Luga mencipta poket belakang belakang untuk menyimpan pasport kita supaya mudah untuk disimpan dan diambil serta selamat disimpan di situ.



Ia cukup besar untuk telefon pintar juga, tetapi aku fikir ia boleh menjadi masalah ketika ada panggilan masuk pulak masa tu kita sedang dalam perjalanan. Jadi maksudnya, kita perlu mengangkat beg tersebut untuk capai telefon kita.

3. FUNGSI COMPARTMENTS BEG GASTON LUGA 


The Pråper mempunyai badan kanvas tebal dengan perincian kulit. Flap ditutup dengan cangkuk logam yang kuat dengan 4 tahap laras. Kat sini aku cakap cangkuk dia kukuh  tak mudah cangkuk tu terbukak. Akan jadi sangat membosankan nak cangkuk bila kita dalam situasi yang terburu-buru, tapi kalau dah terburu-buru pastikan cangkuk betul-betul taknak jadi perkara yang tak diingini berlaku.

3 KEKURANGAN PRAPER BAG GASTON LUGA


1. TIADA ZIP


Jika korang menjangkakan beg ni ditutup dengan zip untuk sampai ke bahagian dalam beg, korang mesti tak sangka. Praper Beg ni ciri yang saya aku suka. Beg Praper ni korang boleh ikat. Bila korang ikat beg dengan baik dan selesa, kalau kau jenis tak sabar macam aku ada baiknya tak payah ikat. Hanya tarik jee tali tu jadi ketat. Sebab tali beg tu sangat grab bila diikat.

2. RUANG DALAMAN YANG KECIL


Terdapat 2 petak dalam beg itu, satu bahagian petak korang perlu seluk untuk mencari poket. Petak dalam sepatutnya sesuai dengan komputer riba 13-15 ", tetapi pembukaan beg ini sangat kecil sehingga sampai aku rasa sukar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg itu. Seperti yang dapat korang lihat dalam gambar, itu yang paling luas aku dapat membuka beg itu. Tak tahu apa barang yang boleh aku letak. Aku rasa cuma boleh letakkan barang-barag kecil je. Kalau mulut beg terbuka lebih luas, mesti mudah untuk masukkan barang ke dalam beg.

Pråper - Olive & Black Gaston Luga Review Mimin Adam

Pengalaman aku semasa menggunakan beg ini ketika balik kampung beraya. Beruntung aku kampung aku dekat dengan rumah sendiri.. Tidak perlu untuk bawa keperluan yang banyak untuk balik ke kampung.  Ia sesuai untuk mereka sedang belajar yang sentiasa galas computer riba (laptop) yang boleh memuatkan telefon, buku-buku dan aksesori yang lain.


Aku masih berfikir adakah berbaloi untuk aku bawa beg ini pergi travel yang memerlukan lebih dari 1 hari keluar dari rumah untuk balik ambil pakaian lain. Tali beg yang berpaut pada bahu juga membuatkan rasa sakit sekiranya membawa barang yang banyak.

tengok ni ruang dalam beg ni yang kecil

Pendek kata, jika korang suka beg yang minimalis dan asas, maka inilah beg elegen yang korang cari. Tetapi jika korang menyukai alat teknologi masuk pada bagpack dan inginkan beg yang sangat ringan dengan banyak poket untuk masukkan barangan, bukan beg ni yang korang cari. Pada masa ini, terdapat pembungkusan hadiah percuma dan pemegang kad Plånkan percuma dengan setiap pembelian beg. Beg semua dihantar dengan penghantaran ekspres DHL (free penghantaran) dan beg ini dalam masa 3 hari bekerja. Itu sangat menarik.

DAPATKAN BAGPACK GASTON LUGA

Korang boleh membeli ini dengan 15% daripada harga dipaparkan dengan memasukkan kod miminadam.. Dari harga RM539 untuk beg jenis praper ni kemudian tolak 15% dengan memasukkan promokod miminadam. Jadi harga yang perlu korang keluarkan ialah RM431.20. Korang dah dapat jimatkan RM107.80.


Ohh ya, kalau kau beli beg di Gaston Luga, korang juga boleh dapatkan cover passport untuk di bawa travel juga tag bag sekali yaa dengan gunakan promokod miminadam. Kalau ragu ragu nak pakai promokod ni takut aku dapat komisyen.. Tak yah risau. Aku langsung tak dapat komisen daripada ini. Itu aku cuma janji harga istimewa untuk korang beli je. Kalau guna promokod miminadam semasa membeli beg dari Gaston Luga, beritahu aku okay!

--------------------------

Info lanjut

Instagram : @gastonluga
Facebook : Gaston Luga

PUAS HATI DAPAT JIMAT BELI CERMIN MATA DI KEDAI EYE PRO VISION, SUNGEI WANG PLAZA

Buat kali pertama aku rasa aku teruja nak buat cermin mata baru. Cermin mata yang lebih murah dari cermin mata yang kebiasaannya aku buat cermin mata  bingkai okay sikit harga paling murah dalam RM80.00 belum campur lagi dengan "blueray"  atau nipiskan kanta tu jee harganya akan mencecah RM400.00 hingga RM 500.00 lebih kurang macam tu. Nah! sebab tu aku cakap ini kali pertama aku teruja nak buat cermin mata. Kalau tak, nak tukar cermin mata fikir sepuluh kali tahu nak tukar. hahahaha


Korang bayangkan, frame boleh dapat dengan harga serendah RM65.00 lepas tuu boleh tambah Kanta Alpha Blue 420. Harga cermin mata keseluruhan bergantung pada power lens korang tu aku jamin pasti lebih murah daripada kebiasaan korang beli cermin mara.


CERMIN MATA LENGKAP DENGAN ALPHA BLUE 420


Tak sia-sia aku ternampak post viral kat facebook pasal kedai cermin mata murahdi Sungei Wang Plaza. Aku ada dengar jugak komen orang keliling aku cakap yang viral tuu tipu. Nasib aku gigih jugak nak cari kedai cermin mata viral tu. Jangan tertipu yaa dengan kedai cermin mata yang lain-lain di Sungei Wang Plaza tuu. Sebab, merata-rata korang akan nampak di setiap kedai cermin mata yang ada di Sungei Wang Plaza tuu ada tulis perkataan "Cermin Mata Viral". Kedai cermin mata viral No. 1 yang hangat di perkatakan warga Net tuu terletak di Eye Pro Vision Lot G111 (Tingkat G).




Apa yang menariknya kedai cermin mata Eye Pro Vision ni, Harga promosi setakat ni cuma RM65 termasuk bingkai dan kanta multi-coated + power sehingga 400. Designnya pula kesemuanya design yang terkini. Ala ala korea ada, jepun ada, ala nerd ada macam macam ada lahh dekat sini. Pilih je mana yang bersesuaian dengan muka korang. Lebih 2,000 design boleh pilih kat sini. Yang paling best, Cermin mata korang tu akan siap dalam masa 1 jam je. wow! ramai orang pun masih kekalkan momentum siap cepat

PENGALAMAN MIMIN KETIKA MEMBELI CERMIN MATA MURAH DI EYE PRO VISION, SUNGEI WANG PLAZA


Sepanjang aku di kedai cermin mata Eye Pro Vision, aku dapat layanan dari William. Boss kedai cermin viral murah tu. William ni sendiri terangkan pada aku pasal kanta jenis Alpha Blue 420 yang semestinya dapat membantu menghalang caaya dan sinaran UV terus masuk ke mata. Masa ni baru tahu, cermin mata aku yang lama tak cukup Blue ray dia T.T

Kanta tanpa Alpha Blue 420

Kanta dengan Alpha Blue 420

Haaa, nampak kan perbezaan antara ada AlphaBlue 420 dan sebaliknya.. Kenapa aku asyik sebut Alpha Blue 420? Sebabnya sekarang ni kita terdedah dengan komputer, televisyen tak tertinggal juga telefon bimbit kita. Yaa ! aku lah tuu . Dengan sekarang layan drama melayu kat tv nya lain, layan Hotel Del Luna dekat telefonnya lain. Haaa.. cahaya dari screen tuu semua tak bagus untuk kesihatan mata. Lama-lama nanti boleh menyebabkan mata kita jadi kering dan mungkin akan terjadinya selaput mata.. Bahasa mudahnya naik power lahh guys!

Selain tu, kanta yang lengkap ada Alpha Blue 420 ni jenis tahan lasak dan mudah dicuci. Tak mudah calar. Kalau kau gores ke conteng pakai permanent maker pen pun boleh hilan dan boleh di lap macam tu je..






Lepas diberi penerangan terperinci dari William, tiba masanya untuk aku cari cermin mata yang sesuai dengan muka aku ni.. so, proses seperti biasa, cek mata. cek power mata dan tunggu 1 jam untuk amik cermin mata



Korang kalau nak buat cermin mata murah boleh pergi Sungei Wang Plaza. Cari kedai cermin mata Eye Pro Vision kat Ground Floor. Tak susah nak cari kedai ni sebab dia kat tengah-tengah. Tak tersorok pun. Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.

---------------------------------------------
Info Lanjut

Eye Pro Vision
Lot G1111
Ground Floor, Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Contact: +016-377 1304
Instagram : @eyeprovision_g111
Facebook : Eye Pro Vision

My Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Semua Jenis Kulit

August 15, 2019
Hai hai hai, hari ini aku nak kongsikan tentang pencuci muka aku yang baru dan sudah ramai mencuba pencuci muka ni iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Semua wanita termasuk aku menginginkan kulit yang sihat dan cantik. Sebab tu lah kita perlu mendapatkan pembersih yang lembut pada kulit kita tidak kira normal, kering, berminyak, sensitif dan banyak lagi. Macam aku nak kulit yang sihat dan cantik, aku gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser kerana ia membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.


99% wanita bersetuju 'Cetaphil Gentle Skin Cleanser' membersihkan dengan lembut sambil melembapkan kulit, tanpa mengikiskan minyak semulajadi kulit. 

Ramai pengguna cetaphil di luar sana memberikan feedback positif. Pada kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia pada 2018, 800 lebih ahli yang menerima dan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni memang setuju pada dakwaan tersebut. 
 
Ada juga yang mencuba sebab setelah muka mereka breakout teruk, mereka jumpa pakar kulit dan pakar kulit itu sendiri ada yang mencadangkan Cetaphil sebab ia selamat digunakan. Walaupun Cetaphil memberikan kesan yang perlahan, tetapi muka yang breakout tadi akan kembali normal dan cantik seperti sebelum ni. 
 
Disebabkan itulah, kalau nak kulit cantik dan sihat kena memulakan dengan mengetahui cara dapatkan kulit yang sihat. Jangan terlampau nak cepat pulih dan putih. Belum pasti produk itu bagus. 



Review Cetaphil - Pengalaman Mimin



 
Aku tahu kulit aku jenis kulit sensitif dan aku kena pastikan cleanser yang aku nak gunakan tu seharusnyalah lembut pada kulit. Kulit sensetif aku jenis kulit kering dan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini pulak memang sesuai sangat kerana ia tanpa sabun dan pewangi

Kali pertama aku cuba mencuci muka dengan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni walaupun agak pelik sebab ia memang tiada buih langsung sehingga aku bilas, kulit tak terasa tegang dan ketat. Sesetengah pencuci muka pernah aku pakai, muka aku rasa ketat selepas dicuci dan menyebabkan kulit kering makin perit dan akhirnya mengelupas kulit ni. Tapi lepas guna ni, aku dapat rasakan kulit lebih lembut

Sekiranya kalau kulit korang jenis normal, berminyak, berjerawat sekalipun, korang boleh serasikan je dengan Cetaphil cleanser ini sebab ia memang sesuai dengan semua jenis kulit. Tapi, lain pulak lah kalau kau punya kulit tu jenis sangat berminyak.. kau boleh cuba pergi pakai Cetaphil Oily Skin Cleanser. 


Paling best kebaikan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni tak tarik kelembapan kulit kita dan macam aku bagitahu tadi, 99% wanita yang dapat cuba pencuci muka ni bersetuju bahawa ia betul-betul membersihkan dan melembabkan kulit muka. Haaa! sebab itu juga ia sesuai untuk kulit bayi

Tekstur & Packaging Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Packaging sangat mesra pengguna. Ia boleh dikunci dan dibuka dengan mudah. Kalau aku bawak travel pun mudah je. Tak tumpah kat dalam beg. hikss
 
 

 

Macam aku cakap tadi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni langsung tak berbuih.. Bila tengok teksturnya pun memang lain dari cleanser yang aku pernah cuba yang kebanyakannya agak cair dan perlu dibilas dengan air sehingga berbuih. Tapi tidak pada cleanser ni. Teksturnya agak kental seperti losyen dan langsung tiada bau (fragrance-free) oleh Itu takkan merengsakan kulit muka yang sensetif aku.
 
Rupanya fragrance tu boleh menyebabkan skin irritation terutamanya pada kulit yang sensetif. Ohhh! lepas ni memang aku akan elakkan cleanser yang ada fragrance. Mula-mula je akan rasa tak selesa sebab tak biasa pencuci muka yang tak ada buih. Wangi dan berbuih pun nak buat apa kan kalau muka jadi merah dan gatal. 
 

Cara Penggunaan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini boleh digunakan dalam dua keadaan. Digunakan bersama air dan juga tanpa air. Yang menariknya, kalau musim peraya mesti air kecik. Haa, time ni lahh cuci muka tak payah bilas. hehehe. Kalau malas atau kelam kabut nak cuci muka, korang boleh pakai pencuci muka ni lepas tu lapkan dengan menggunakan cotton pad je. Mudah je.. 


Kebiasaanya, aku akan gunakan 2 kali sehari. Pada waktu pagi dan juga malam. Kadang-kadang aku pakai sebelum nak masuk tidur (biasanya terlupa) hahahahha.. 

Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

 
 


Antara kelebihan yang ada pada Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni :

● Membersih dengan lembut sambil memberi kelembapan pada kulit
● Formula yang bebas dari sabun , wangian dan lanolin
● Berkesan untuk semua jenis kulit termasuk bayi dan kulit yang sensitif
● Berkesan tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit
● Dermatologist mensyorkan
● Boleh remove light makeup
● Non - comedogenic ( tak menyebabkan liang pori tersumbat)
● Menyeimbangkan pH kulit
● Won't sting eyes
● Boleh di gunakan dengan air dan tanpa air

Formula mudah membantu untuk mencapai kulit yang benar-benar sihat, yang merasakan lembut dan melembapkan bukannya dilucutkan dan kering. Pembersih Kulit Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah pembersih yang diuji dermatologi yang sama-sama luar biasa untuk semua jenis kulit. Ia melindungi dan melembapkan semua jenis kulit, bukan hanya kulit yang sensitif. 

Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser dari Mimin Adam

Keseluruhan, selepas aku pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni memang tak nampak banyak perubahan pada kulit aku. Untuk sementara waktu ni aku tak dapat nak tunjukan perubahan tersebut sebab Cetaphil ni bukanlah untuk memutihkan kulit wajah dalam masa 3 hari. Hikss.. Tapi… aku dapat rasakan kulit aku makin kurang kering dan bebas dari mengelupas kerana aku penderita eczema. 
 
 
Sebenarnya untuk mengembalikan kembali masalah kulit kita yang terjejas ni akan mengambil masa jugak untuk membaikikan. Jadi, kau janganlah berputus asa dan teruskan sentiasa menggunakan. Ada juga aku pernah dengar, kulit dia jenis tak sesuai menggunakan Cetaphil ni.. Tapi kau dah cuba ke ? Haa tak cuba mana nak tahu lagi sesuai ke tidak. Janji analisis terlebih dahulu kulit kau jenis apa.

-------------------------------------------
Info Lanjut:

Website : https://cetaphil.com.my
Facebook Page : https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/
Shopee : https://shopee.com.my/cetaphil.os
Powered by Blogger.
Back to Top