PERLINDUNGAN SEUMPAMA SENTUHAN KASIH SAYANG | MIMIN SUKA PAKAI BEDAK AGNESIA NI

Tengah syok buat kerja masa kerja minggu lepas, tiba tiba dapat panggilan cakap ada bungkusan nak sampai dalam 10 minit. Ehh! Dalam hati bungkusan apa pulak tu kan.Sejak bila aku merajuk.. Sejak bila pulak birthday aku bulan Julai. Setahu aku orang lain yang birthday aku yang dapat bungkusan surprise. Apa pulak tuu..




50gram buat surprise rupanya. Wahh! Siapa hantar.. Masih ragu-ragu dengan pemberian dari siapa.. Setahu aku 50gram tak cover kawasan Batu Pahat. Teruja sangat nak tahu apa dalamnya..Korang mesti nak tahu kan apa dalamnya. Tapi aku tak sempat bukak kat office. Jadi sampai rumah baru aku bukak..




Ni haa, Agnesia yang hantar rupanya. Weyhh ! aku tunggu lama tauuu. Sekali sampai dia kasi bunga sekali tahu! Dalamnya ada 2 bau baru yang pasti Agnesia original masih ada dan tetap menjadi pujaan hati ibu aku.. Terus bersinar mata dia tengok bedak ni sampai rumah.

Bedak merah ni dah banyak transformasi dan ini wajah paling terkini. Lawa kan. Packaging dia pun lawa senang nak pegang dan kemas. Bau masih sama. hihihi

Beau Care Lavender, bau ni aku suka sangat. Jadi memang cepat habis aku pakai.

Beau Care Rose, Jenis bau rose ni aku kurang gemar sikit. Sebab aku bukan jenis suka bau manis macam ni. Kalau korang suka bau manis, mesti korang suka jenis ni

BEDAK MERAH AGNESIA MEMBERIKAN KELEGAAN KERENGSAAN KULIT KINI BERWAJAH BARU DENGAN 2 HARUMAN BUNGA

Bedak yang tidak asing dalam penggunaan harian. Bedak ni terkenal dalam kalangan emak-emak. Iyelah bedak merah Agnesia ni digunakan bila badan terkena ruam. Terutamanya kanak-kanak . kanak-kanak kan selalu akan kena ruam. Tambahan lagi, bedak merah Agnesia ni mudah untuk di dapati di kedai-kedai runcit berhampiran korang,

Apa itu Agnesia?


Agnesia ni dah wujud sejak 1930an lagi tau. Agnesia Hygiene Care Powder telah menjadi sebahagian daripada isi rumah rakyat Malaysia, Bedak Agnesia ni dipercayai dapat membantu tidak terkira ramainya keluarga untul melegakan kegatalan kulit dan mengurangkan masalah ruam akibat cuaca lembap di negara ini.


Rumusan Agnesia yang berasal dari Britain di bawa ke sini dan disesuaikan dengan keadaan cuaca tropika agar dapat memenuhi keperluan masyarakat tempatan.


Tin Merah ikonik ingat lagi tak? Mungkin kalau lahir tahun 2000 dah tak jumpa. Bedak ni yang paling disukai oleh setiap generasi juga kini turut popular di luar negara. Ia boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai di Singapura, Mauritius serta Nigeria.

Agnesia Disahkan Halal


Pada 2004, Agnesia berjaya memenangi anugerah berprestij Superbrands Award, yang menjadi bukti kepada jenamanya yang kukuh lagi diiktiraf oleh rakan-rakan industri serta para pelanggan sekalian. Ia juga disahkan Halal.



Dengan pengalaman menghasilkan produk berubat selama berdekad lamanya, jenama Agnesia telah berkembang dengan menghasilkan sabun pembersih bagi memberikan keselesaan dan kelegaan yang berlanjutan untuk para penggunanya. Agnesia akan terus berinovasi dan memajukan produknya dengan tujuan untuk menjadi jenama terunggul di Malaysia dalam kategori produk berubat.

LEGAKAN KERENGSAAN KULIT DENGAN BEDAK AGNESIA YANG SERBA BARU


Setelah lebih 80 tahun memantapkan kedudukan, Bedak Agnesia Hygiene Care kini telah menampilkan wajah baru dengan keluaran Beau Care di datangani dengan dua haruman menyegarkan iaitu Lavender dan Ros masing-masing berat 100g dan dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang memikat lagi menyenangkan..





Terbukti berupaya membasmikan 99.9% bakteria dan TIDAK MENGANDUNGI Asbestos, bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal kerana rumusannya yang melegakan dan menenangkan. Ia mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Bedak pelindung yang menjadi pilihan ramai ini membantu menyerap lembapan berlebihan pada kulit. Ia juga berkesan melegakan kegatalan kulit.

Boleh didapati di semua farmasi utama, 
Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.

-------------------------------------------------------

5 Comments