IR TOURS & TRAVEL BATAM TERBAIK DENGAN TARIKAN MENARIK 5 HARI 4 MALAM DI BATAM, INDONESIA

Batam, Indonesia ni sangat hampir dengan Johor. Banyak kali rancang mahu ke Batam, tapi ramai kata kat Batam ni tak ada apa-apa. Tapi bila tengok membe aku Intan Jenab ni pergi jadikan aku teringin nak pergi. Sampailah Kak Uzu Emas Putih ajak. Itupun selepas 3 kali ajakkan . Ya Allah, susah betul nak dapat cuti.  Sebelum mulakan, aku nak credit kan gambar yang cantik di ambil atau daripada Emas Putih, Yanty Lee, Hasif Hamsyari dan William

HARI PERTAMA
Terminal Ferry Puteri Harbour, Johor

Sepatutnya aku kena naik feri jam 9, terlupa pulak feri pun ada bording time. Hahaha. So, aku dengan kak yanty terlepas feri. Rugi masa 2 jam dekat Puteri Harbour, Johor. Yup, kami naik dari Puteri Harbour. Feri dia cantik sikit berbanding Stulang Laut.







Kalau korang nak tahu, aku ke sana tak pakai roaming ataupun beli poket wifi. Makanya, aku beli terus simkad Indonesia ni. Staff feri tu ada jual, 1 simkad RM20. Unlimited jugak wifi dia. Bila aku balik Malaysia still ada lagi internetnya. 

Batam Centre International Ferry Terminal


Lebih kurang jam 2 petang tiba di Batam Centre International Ferry Terminal. Di sebabkan aku dengan kakty terlepas feri yang pertama, maka aku dan kakty terlepas jugak sesi tour Tokong Maha Vihara Duta Maitreya, Masjid Muhammad Cheng Hoo dengan Replika Kapal Golden Cheng Hoo. Tapi nasib baik dapat pergi pada hari kedua untuk Masjid Muhammad Cheng Hoo dengan Replika Kapal Golden Cheng Hoo.

Restoran Sari Bumbu, Batam



Lambat jugak lah nak tunggu Bapak Sularso dan lain lain sampai. Kelaparan jugak. Nasib baik sampai-sampai je diorang Bapak Sularso tu  bawak pergi makan tengahari di Restoran Bumbli, Batam. Kira restoran wajib pergi bila dah jejak kaki di Batam kot aku rasa. Katanya pemes dan semestinya Halal

Alamat:
Komplek Gedung Indonesia Emporium Hall C Batam Centre, 
Jl. Jend. Sudirman, Kec. Batam Kota, Tlk. Tering, Kec. Batam Kota, 
Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia 

Nagoya Hill Shopping Centre, Batam


Antara tempat yang akan dikunjungi oleh pelancong ketika berada di Batam, aku tak rasapun harga di sini murah. Sebab aku rasa harga dia standard. Lepastu aku pelik jugak lah dia ada jual survenior Singapore. Hee.. so just jalan jalan tengok gelagat orang di sini je. Pak Sularso bagi kami masa dalam 1 jam je dekat sini

Alamat:
Nicco Residence Blok A5 No. 02, Sadai, Kec. Bengkong,
Kota Batam, Kepulauan Riau 29411, Indonesia

The Golden Bay Hotel


Selepas window shopping di Nagoya Hill, kami dibawa ke tempat untuk kami bermalam. Kami bermalam di The Golden Bay Hotel, Batam. Selesa sangat di hotel ni. Klik laa entry aku pasal The Golden Bay hotel tuu. 

D'Steam Peranakan Live Seafood, Batam


Lupa pulak nak bagitahu yang di Batam lewat sejam dari kita. Jadi, sekiranya jam sana aku cakap pukul 8 makan, jadi sebenarnya aku makan berat jam 9 malam waktu Malaysia. Hahahahha ! bila tersadar rasa alamak gemuk lahh . hahhaahahha. memang sedap giler makanan kat sini.


Pernah makan siput gonggong tak ? aku first time makan siput gonggong ni. Dan kau boleh dapat makan siput gonggong di restoran D'Steam Peranakkan Live Seafood, Batam. Boleh tahan rasanya. Antara menu yang laku keras di Batam tau siput gonggong ni. Harga kat sini, ikut harga pasaran. Makanan seafood semua fresh. Kalau kau ada budget tersendiri, lebih baik korang tanya khidmat nasihat dengan staff mereka untuk makan malam korang.

Address:
Komp Blok II No.2 Seraya, Kp. Seraya, Kec. Batu Ampar,
Kota Batam, Kepulauan Riau 29444,
(Contact) +62 778 4881809 | (Instagram) @dsteam_seafood/

Hari Kedua
Masjid Muhammad Cheng Ho

 
Terletak di Golden City, masjid ini mengambil nama Laksamana Cheng Hoo yang katanya pernah singgah ke Batam dalam misi penjelajahannya. Masjid ini dibangunkan pada 2015 dan lekas menjadi tumpuan kerana reka bentuknya yang dipengaruhi seni bina China, terutama pagoda yang menggantikan struktur kubah. Ia juga dihiasi dengan kaligrafi Arab.

Nama masjid muhammad cheng ho ini merupakan bentuk penghormatan pada Cheng Ho, Laksamana asal Tiongkok yang beragama Islam. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, juga menyebarkan agama Islam.

Lokasi
Tanjung Buntung, Bengkong, Batam City, Riau Islands 29444, Indonesia

Replika Kapal Golden Cheng Hoo


Masa aku datang tengah kemaskini, means tengah sesi bersihkan. Rugi jugaklah, Tapi diorg dapat pergi semalam. So, takpe lahh. Replika kapal ni tak jauh daripada Masjid Muhammad Cheng Hoo. Replika kapal ini juga antara yang mencuri tumpuan kerana rekaannya yang cukup mempesonakan. Bayaran masuk cuma IDR10 000 (RM3) saja dan pengunjung akan mendapat sehelai t-shirt.

Lokasi:
Golden Prawn, Bengkong Laut, Daerah Bengkong, Batam City.

Jambatan Barelang


Kalau dah sampai Batam, ini antara tempat wajib kena pergi tau! Jambatan ini cukup sinonim dengan Batam. Ia selalu menjadi ikon untuk oleh-oleh daripada sini. Jauh dari Pusat Bandar, sebab tuu ambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke sini. 



Jambatan ni mendapat namanya daripada tiga daerah yang bersambung kerana jambatan ini iaitu Batang, Rempang dan Galang. Melalui enam jambatan sepanjang 2.23 kilometer, ia turut menghubungi pulau-pulau di sekitar kawasan ini termasuklah Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. Jambatan ni siap dibina pada 1998 dengan menelan belanja IDR 400 billion.

Lokasi:
Jl. Trans Barelang, Galang, Kepulauan Riau 29481, Indonesia

11.30a.m
Pantai Terih

sumber google
sedih sikit, gambar kat sini masa ni dah tak ada, hp min dah rosak tukar lain. tak sempat nak backup. Shheedihhh wak kite.  Pak Halim pengusaha Pantai Terih ini, katanya Pantai Terih selalu mendapat kunjungan kumpulan mahasiswa Malaysia. Menariknya, kawasan ni dibangunkan sebagai satu lagi lokasi Instagram-worthy berhampiran dengan paya bakau. kena pandai gayakan sebab, tempat ni luas sangat.

Pantai Vio Vio

Pantai yang unik ini terletak di Pulau Galang sehingga pelancong yang ingin melawat pantai ini akan melalui Jambatan Baraleng, lebih dekat dengan jambatan 5 Barelang atau selepas Camp Vietnam.  



Pantai ini menyediakan kawasan tempat letak kereta yang mencukupi. Untuk masuk, hanya Rp 10 ribu per orang termasuk yuran parking. Manakala kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah percuma. Ada juga pondok kayu atau gazebo di sepanjang pantai. Kotej ini disewakan kepada pengunjung jika anda ingin berehat dengan rakan sekerja atau saudara-mara. Harga sewa satu pondok adalah Rp 200 ribu.


Cara lain untuk menikmati Vio-vio Beach berenang. Air laut tidak begitu jernih tetapi masih ramai, pengunjung membuat keputusan untuk terjun ke air. Kemudahan dalam bentuk air terjun telah disediakan di sebelah kiri pantai dalam bentuk bangunan kayu sementara.

Lokasi
Sijantung, Galang, Batam City, Riau Islands 29485, Indonesia 

Ex Camp Vietnam

Ia hanya sebuah kem, jadi wajar untuk membayangkan jejak perang yang menggambarkan suasana menakutkan, sejuk dan tegang. Suasana yang dirasai ketika memasuki kompleks pelarian Vietnam di Barelang, Batam, Kepulauan Riau.



Terletak di hujung selatan Batam City dan kira-kira 50 km dari pusat bandar, untuk pergi ke kem hanya boleh menggunakan kenderaan peribadi dan teksi motosikal. Di sinilah terdapat kawasan seluas 80 hektar yang merupakan tempat perlindungan bagi ribuan warganegara Vietnam. Mereka melarikan diri dari tanah air mereka yang dilanda perang saudara pada tahun 1957-1975, antara kem komunis - Vietnam Demokratik (Vietnam Utara) - dan liberal - Republik Vietnam (Vietnam Selatan).

Aku tertari nak share cerita sejarah ex camp vietnam ni, nanti next entry aku ceritakan.  Lokasi terletak di Pulau Galang, Kepulauan Riau Batam.

Tebing Langit
4.30 petang

Tebing Langit, Sekupang merupakan tempat pelancongan di Batam yang menawarkan keindahan pemandangan semulajadi dari atas ketinggian orang.


Tempat ini di buka pada 9 Februari 2018 tidak hanya menawarkan pemandangan jika korang memang peminat mengambil gambar diri sendiri. Di sinilah tempat yang sesuai jika korang sedang mencari sudut bergambar di Batam. Boleh baca entry aku pengalaman aku di tebing langit

Lokasi
Jalan Ir. Sutami, Tanjung Pinggir, Sekupang, Tj. Pinggir, 
Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau 29424, Indonesia


Narwastu Spa

Bila dah penat berjalan, mesti teringin nak dibelai kan. Nahh, Narwastu Mobile Spa terletak di tengah-tengah Batam dan telah ditubuhkan sejak tahun 2017.



Konsep perkhidmatan mobiliti yang mereka menjadikannya kita mudah untuk bersantai bersapa. Sama ada dia pergi kat kita atau kita pergi kat dia..

Lokasi
Jl. Jendral Sudirman, Komplek Pertokoan Kepri Mall No. 7, 
Sukajadi, Kota Batam
Phone:+62 812 6888 4355
WhatsApp:+62 812 6040 8191
Email: narwastumobile.batam@gmail.com 

Batam Harbour Boutique Hotel

Malam kedua kami bermalam di Batam Harbour Boutique Hotel. Yang terletak di Komplek Citra Super Mall, yang unik tentang hotel ni ialah semua biliknya sangat luas... Aku menginap di bilik jenis Grand Deluxe yang turut didatangkan dengan balkoni. Selesa.
 
Antara kemudahan yang disediakan kat sini termasuklah Heliconia Restaurant, Alamanda Spa, Sweet Corner Cafe, shuttle bus dan money changer.
Hari ketiga
Sea Forest Adventure Nuvasa Bay

Kawasan rekreasi Sea Forest Adventure Nuvasa Bay ditubuhkan di kawasan seluas 10 hektar dengan tumpuan kepada tiga konsep utama, iaitu alam semula jadi, pengembaraan, dan survival sains. Kawasan rekreasi ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan permainan untuk semua peringkat umur yang berada di empat wilayah utama, seperti Kemudahan Gathering, Glam Camp, Rain forest dan Water World.

Sesiapa dah jejakkan kaki di Batam, yang ingin menikmati permainan air atau sukan, Sea Forest Adventure lah tempatnya. Tempat ni memang sangat menyeronokkan! Terletak di Nongsa Beach, Nuvasa turut meliputi Palmsprings Golf & Country Club bagi peminat sukan golf serta Seaforest Adventure yang mana menawarkan pelbagai sukan antaranya Aqua Adventure Track, Banana Boat, Mangrove Tour, Paintball, ATV, kayak dan memanah. Tapi aku sangat cadangkan korang cuba flying bike kat sini sebab ia adalah terpanjang di Sumatera!

Untuk pelancong asing, bayaran dikenakan untuk tujuh tahun ke atas sebanyak IDR50 ribu (Isnin-Jumaat) atau IDR60 ribu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum). Harga aktiviti di sini juga berbeza-beza

Lokasi

JL. HANG LEKIU, SAMBAU, NONGSA,
KOTA BATAM, KEPULAUAN RIAU 29465
Phone: (0778) 761 979 - 08117003338
Facebook | Instagram 

Zia Boutique Hotel, Batam

Hotel ketiga kami menginap di Zia Boutique Hotel.. Sekitar 20 minit dari Batam Centre Ferry Terminal, hotel ni memiliki 76 bilik dengan kemudahan termasuklah Wi-Fi percuma.


Selain sesuai untuk pelancong biasa, hotel ni juga sesuai untuk sebarang urusan bisnes kerana memiliki beberapa bilik mesyuarat. Untuk ruang makan, ada Hangry Pool Restaurant di area lobi. Makanan dia sedap sedap tauu..
Hari keempat
Kepri Coral

Pulau tersorok terbaru di Batam yang akan memberikan ketenangan. Korang akan menaikki ferry ke Pulau Kepri tu. Banyak aktiviti yang korang boleh luangkan masa di sini. Kepri Coral baru sahaja dibangunkan sebagai sebuah resort yang lengkap dengan segala prasarana daripada penginapan sampailah aktiviti sukan darat dan sukan air termasuklah ATV, water bike, kayak, banana boat, buggy tour dan banyak lagi. Rumah Tarzan pun ada jugak.

Antara yang menjadi tumpuan di Kepri Coral ni ialah penginapannya yang berbentuk dome dinamakan Dome Village, macam rumah igloo. Menariknya, ruang dalamnya masih sangat selesa, dilengkapi dengan tandas dan siling lutsinar boleh dibuka yang mana penginap boleh melihat bintang di waktu malam sambil berbaring..

Lokasi
Abang Island, Galang, Batam City, Riau Islands 29464, Indonesia
Phone: (62) 822 6819 8337
Facebook | Instagram

Homestay Zaynab

Penginapan terakhir kami di sana adalah di Homestay Zaynab di Batam juga. Aku sangat galakkan sekiranya kalau korang datang beramai-ramai di Batam. Homestay murah di Batam serendah RM50 satu malam per bilik.



Homestay Zainab ada tujuh bilik berpendingin hawa dengan kemudahan asas seperti toiletries dan air mineral percuma juga disediakan. Sangat sesuai untuk mereka yang mahukan penginapan menjimatkan namun masih selesa. Homestay ni jugak terletak dalam 10 minit daripada Lapangan Terbang Hang Nadim. Jadi, yahh! Thanks bu Adis.. Selesa untuk beradu sebelum berangkat balik ke Malaysia..

PT. ADISO INDO RAYA

Semua perjalanan kami selama 5hari 4 malam di Batam adalah di bawah agensi PT. Adiso Indo raya.. PT. ADISO INDO RAYA salah satu travel agency yang popular yang di Batam jugak dikenali sebagai AIR TOURS & TRAVEL, yang terletak di BATAM-RIAU ISLANDS, Indonesia. Kepulauan Riau disenaraikan sebagai penyumbang ketiga destinasi pelancongan asing di Indonesia selepas BALI dan JAKARTA.
BATAM terutama sebagai salah satu Tempat Kegemaran untuk mengadakan Seminar dan Konferensi, serta untuk Golf dan Rekreasi. Mereka menyediakan Penyelesaian Perjalanan kepada mereka yang datang khusus ada business mahupun personal. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan TEAM mereka yang berdedikasi Professionals. 
Contact Information & Booking :
====================
PT. ADISO INDO RAYA
(AIR TOURS & TRAVEL BATAM)

🏢 Komp. Ruko Botania Garden D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432
☎ +62-778 7433397
📲 +62-81364070919
📲 +62-82173036518
📧 adis.adisoindoraya@gmail.com
🌐 www.adisoindoraya.com

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya
Follow & Like our Social Media AIR Tours and Get
Free Souvenir
* T & C Applied *

0 Comments