Hospital Columbia Asia terbesar di Malaysia Dibuka di Tebrau

April 21, 2020
Tebrau, Johor [26hb Mac 2020] | Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama kami, Columbia Asia Hospital - Iskandar Puteri, pada tahun 2010, kami sukacita memperkenalkan hospital kedua kami di Johor iaitu Columbia Asia Hospital – Tebrau.

Columbia Asia Hospital – Tebrau mula beroperasi pada 27hb November, 2019. Ia merupakan hospital Columbia Asia yang ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara. Bangunan setinggi empat tingkat ini merupakan yang terbesar antara semua hospital Columbia Asia di Malaysia.


Terletak di hab kediaman dengan kadar lalu lintas yang tinggi di Kota Southkey, hospital ini terletak hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru serta dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Sentosa, Taman Sri Tebrau, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi, Taman Abad, Taman Kebun Teh, Taman Century, Taman Melodies, Taman Suria dan Taman Kota Southkey. Hospital ini juga dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta bagi memenuhi keperluan masyarakat Tebrau yang semakin berkembang.

Selain daripada kemudahan moden dan kepakaran tinggi, Columbia Asia Hospital mempelopori trend penjagaan kesihatan swasta dengan rawatan perubatan yang terkini dan kurang invasif lantas memendekkan tempoh tinggal di hospital. Struktur penetapan harganya adalah telus dan lebih kompetitif berbanding model standard khidmat kesihatan swasta.


Program perubatan di Columbia Asia Hospital – Tebrau meliputi Kardiologi, Perubatan Dalaman, Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.

Hospital ini juga menempatkan Makmal Pengkateteran Jantung (Cardiac Catheterization Lab), Bilik Litotripsi, Mamografi, Ultrabunyi, 128-slice CT Scan, 1.5 Tesla MRI, Farmasi, Makmal, Bilik Fisioterapi, Ruang Pengasingan, ICU, Bilik Bersalin dan lima Dewan Bedah berkemudahan lengkap.

"Keputusan untuk membina hospital Columbia Asia kedua di Johor berdasarkan kajian kami tentang kurangnya kemudahan khidmat kesihatan di kawasan sini. Tambahan lagi, penduduk Johor Bahru semakin ramai. Kerana itu, kami memberi pilihan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan," kata Pengurus Besar Serantau Columbia Asia Hospital – Tebrau dan Iskandar Puteri, Puan Rahani Yaacob.



Memandangkan kapasiti hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri hampir penuh, Rahani menjelaskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk memperluaskan lagi kumpulan hospital ini di Johor. Dengan pembukaan Columbia Asia Hospital – Tebrau, keperluan khidmat kesihatan di Johor Bahru akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi.

"Columbia Asia Hospital – Tebrau adalah satu-satunya hospital dalam kumpulan kami yang mempunyai kapasiti 205 buah katil. Ini berbeza daripada struktur hospital biasa kami. Kemudahan perubatan lain mempunyai kapasiti tidak lebih daripada 100 buah katil setiap hospital. Dengan permintaan tinggi bagi khidmat kesihatan swasta di Johor, kami membuat keputusan untuk membina sebuah hospital Columbia Asia yang lebih besar di Tebrau untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat di sini," tambah Rahani.


Memandangkan peningkatan bilangan pesakit warga asing yang meningkat di Malaysia, Columbia Asia Hospital – Tebrau bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, termasuk permintaan dari Singapura dan Indonesia.

"Selain menyediakan akses penjagaan kesihatan swasta yang berkualiti kepada penduduk Johor, hospital baharu ini turut mewujudkan peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja. Kami mempunyai pelbagai kempen menarik yang telah dirancang, untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan," kata Rahani.

Dalam bulan Disember tahun lalu, kempen 'AyuhSihat!' telah diadakan sempena pembukaan hospital di Tebrau. Kempen yang terbuka kepada orang awam ini merupakan hari yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, pemeriksaan kesihatan dan tawaran istimewa untuk pakej yang ditawarkan oleh hospital kami. Acara itu bertujuan untuk mendorong para hadirin untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil jualan tiket Ayuh Sihat diserahkan kepada Yayasan Kanser Laksamana Johor.


----------------------------------------------------
Ingin ketahui lebih lanjut tentang Columbia Asia Hospital Tebrau
hubungi 07-272 999 

Columbia Asia Hospital – Tebrau terletak di Persiaran Southkey 5, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

APA ITU COLOMBIA ASIA HOSPITAL?

Diperbadankan di Malaysia pada tahun 1996, syarikat hospital swasta antarabangsa Columbia Asia Sdn Bhd membuka hospital pertamanya pada tahun 1997. Kini, Columbia Asia menawarkan 19 kemudahan perubatan yang beroperasi di seluruh Asia dengan 13 buah hospital di Malaysia.



Pemilik hospital Kumpulan Columbia Asia di Malaysia, Indonesia & Vietnam adalah perkongsian antara konglomerat berpangkalan di Malaysia, Hong Leong Group dan syarikat aset alternatif global terkemuka, TPG.

Hospital-hospital Columbia Asia menawarkan perkhidmatan perubatan kos-efektif dengan menubuhkan hospital bersaiz sederhana di kawasan kediaman, menjadikan penjagaan kesihatan swasta berkualiti termampu dan boleh diakses tanpa kompromi terhadap kualiti penjagaan kesihatan, kemudahan dan kemahiran perubatan. Selain itu, struktur dan model hospital kami telah berkembang di sebalik kesederhanaannya. Kami menerajui trend penjagaan kesihatan swasta masa depan - cekap dan kos-efektif.


Kesungguhan Kami, Kesejahteraan Anda.


SUPPLEMENT FERROVIT 3 DALAM 1 UNTUK PESAKIT ANEMIA, GEJALA ANEMIA ATAU WANITA HAMIL

April 16, 2020

Pernah mengalami kuku rapuh, tangan dan kaki yang sejuk, sentiasa letih, lemah atau pucat; sakit dada, jantung berdegup kencang dan sesak nafas, atau sakit kepala dan berasa ingin pitam? Jika korang pernah mengalami satu daripada gejala ini, anda mungkin kekurangan zat besi. Namun, anda tidak keseorangan!. Penyakit akan datang dengan tiba-tiba. Korang ada ambil apa-apa makanan tambahan tak untuk diri sendiri? Banyak jugak aku ada dengar yang ada amik makanan tambahan ni. Kalau korang tanya aku, aku amik Supplement Ferrovit 3 Dalam 1.


FERROVIT 3 DALAM 1

Pengambilan zat besi mencukupi dalam kalangan wanita hamil dan ibu menyusu juga penting untuk memberikan nutrien dari susu ibu kepada bayi. Oleh itu, Ferrovit, suplemen zat besi 3 dalam 1 untuk pesakit anemia atau wanita hamil dengan gejala anemia, boleh didapati dalam bentuk kapsul gel lembut dalam pek blister 50s.


Jika kita tidak mendapat zat besi secukupnya melalui diet atau dengan cara lain, mereka mungkin akan mengalami Anemia Kekurangan Zat Besi atau IDA iaitu sejenis anemia yang kebiasaanya berlaku apabila tubuh tidak mempunyai zat besi mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah. Namun, kebanyakan wanita tidak sedar mengenai gejala kekurangan zat besi atau kesannya terhadap kesihatan,

APA ITU FERROVIT?

Ferrovit adalah suplemen besi yang mengandungi Ferrous Fumarate, garam besi unsur tertinggi antara besi lain. Ia juga mengandungi Vitamin B12 dan asid folik. Ferrovit sesuai untuk wanita dengan kekurangan zat besi, kehamilan menyebabkan anemia dan remaja haid dengan pendarahan berat kerana Ferrovit membantu memperbaiki jumlah hemoglobin dan sel darah merah untuk mencegah keadaan anemia dan memperbaiki keadaan anemia.


IRON atau Ferrous Fumarate: adalah komponen penting dalam hemoglobin.
Folik Asid atau Folat: Folat memainkan peranan penting dalam hematopoiesis (pembentukan darah) dan pengeluaran sel darah merah.
Vitamin B12 atau Cobalamin: adalah vitamin larut air, dan diperlukan untuk pembentukan sel darah merah, fungsi neurologi dan sintesis DNA yang betul.

Setiap gel lembut yang berperisa vanila mengandungi zat besi seperti Ferrous Fumerate, Asid Folik dan Vitamin B12. Ferrous Fumarate yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menawarkan peratusan elemen zat besi yang tinggi.

Bagaimana Ferrovit membantu meningkatkan sel darah merah?



Ferrovit adalah suplemen zat besi yang mengandungi Ferrous Fumarate yang digunakan dalam rawatan anemia kekurangan zat besi. Di antara semua garam besi, Ferrous Fumarate memberikan jumlah unsur besi yang optimum. Vitamin B12 dan Asid Folik sangat penting untuk pembentukan darah dan membantu mencegah kecacatan tiub saraf semasa kehamilan.

Siapa yang disyorkan untuk mengambil Ferrovit?

  • Kekurangan zat besi
  • Wanita dengan pendarahan haid yang berat
  • Kehamilan menyebabkan anemia
  • Pesakit anemia

Apakah dos yang disyorkan?

Satu kapsul dua kali sehari selepas makan atau seperti yang diarahkan oleh doktor

Apakah ciri-ciri Ferrovit?


  • Ferrous fumarate mempunyai unsur garam yang tinggi
  • Pembungkusan lepuh individu untuk pengendalian yang mudah, mudah dan mencegah pengoksidaan
  • Mengandungi rasa vanila, tanpa rasa logam
  • Kapsul lembut, senang ditelan
  • Gangguan perut minimum

Berhenti Makan Atau Minum Ketika Amalkan Ferrovit

Makanan kaya kopi, teh dan kalsium (seperti susu dan yogurt) menghalang penyerapan zat besi

Bahan-bahan

  • Ferrous Fumarate 162 mg
  • Asid Folik 0.75 mg
  • Vitamin B12 7.5mg

------------------------------------------------
INFO TAMBAHAN :

Ferrovit boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara 
termasuk Caring, Guardian dan farmasi komuniti yang berdekatan. 
Ferrovit dijual pada harga RM20 setiap pek 50 kapsul 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ferrovit , sila layari:


Ini adalah iklan produk ubat
MAL19913041x
KKLIU0597 / 2019

10 Hidangan Malaysian Yang Best Dan Berbaloi Untuk Kita Cuba!

Hai semua, macam mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) korang ? Dalam Zon mana korang? Aku kat Batu Pahat, dah Redzone. Orang Batu Pahat masih ramai lagi yang keluar rumah. Tapi majoriti keluar seorang. Jadi, aku pun masih husnuzon. Semoga Dunia kembali bebas seperti sedia kala hendah-Nya. Amin

Dalam tempoh kawalan ni, macam macam pulak menu makanan yang nak di cuba masak dan makan kan. Ada yang menu baru jarang-jarang orang buat pun ada. Buat masa sekarang ni, yang aku teringin nak makan dan susah nak masak banyak jugak. Yang western nya lain yang tempatannya lain. hahaha

10 HIDANGAN MAKANAN SEDAP TEMPATAN YANG TERINGIN NAK CUBA

#1-ASAM LAKSA

Asam laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Pada asalnya, keturunan Baba dan Nyonya ini sebenarnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Mereka telah menggabungkan budaya Melayu yang yang diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.


Gabungan unsur daripada dua budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. 

Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otak udang bagi menambah rasa yang lebih enak kepada hidangan ini. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang.

#2-Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun juga dikenali sebagai mee gulung yang berwarna putih dan bentuknya seakan kuey teow. Ia merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong.


Di Malaysia, Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos soya manis yang berwarna hitam. Manakala jika di Pulau Pinang pula, sosnya menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seakan-akan karamel.

Jika anda berada di Ipoh, Chee Cheong Fun biasanya dihidangkan dengan dua cara iaitu kering atau berkuah(bersos). Versi kering biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula dihidangkan bersama kuah kari dan juga cendawan.

#3-Ais Kacang

Ais kacang yang juga dikenali sebagai ais batu campur (ABC) merupakan pencuci mulut yang popular di Malaysia. Pada awalnya ia dibuat daripada ais yang dikisar serta dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan ais kacang telah dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang membuatkannya lebih enak dan berwarna-warni.


Ais kacang ini juga turut dicampurkan dengan jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan juga aiskrim. Bagi melengkapkan hidangan ini, ia dicampurkan dengan susu pekat dan juga susu sejat yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. Terdapat juga yang ais kacang yang disirami dengan coklat cair bagi menambah selera.

#4 - Lok-Lok

Lok-Lok merupakan sejenis steamboat versi Cina. Ia merupakan makanan yang dicucuk dengan lidi yang kemudiannya direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak. 

Ia biasanya boleh dimakan dengan pelbagai jenis pilihan sos. Tetapi kebiasaannya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa. Makanan ini boleh didapati di gerai penjaja, food truck, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia.


Antara Lok-Lok yang dijual terdiri daripada pelbagai jenis ramuan seperti telur puyuh, kepah, kerang, sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, daging vegetarian, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng.

#5 - Otak-Otak

Otak-Otak merupakan sejenis snek atau makanan ringan yang boleh dinikmati di Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar otak-otak kerana teksturnya yang lembut dan agak lembik seakan otak.


Pada kebiasaannya ia dimakan bersama dengan nasi dan ia juga boleh dimakan terus begitu sahaja. Antara bahan yang digunakan untuk membuat otak-otak ialah isi ikan, cili serta rempah ratus lain dan dibalut menggunakan daun kelapa. Ia kemudiannya dibakar di atas api sehingga masak.

#6 - Mee Kari

Mee kari merupakan hidangan yang penuh dengan perisa serta unik hasil daripada gabungan hidangan masyarakat Cina dan juga masyarakat India. Kuahnya pula dihasilkan menggunakan rempah kari yang diadun bersama santan, pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun pudina.


Hidangan ini menjadi kegemaran ramai tidak mengira bangsa dan boleh didapati dengan mudah di restoran-restoran tempatan. Kuah karinya yang enak boleh dimakan bersama mee, kuey teow mahupun bihun dan mee kari juga boleh dimakan bersama cili asam atau cili jeruk.

#7-Pisang Goreng

Pisang goreng biasanya menjadi kudapan oleh para penggemarnya di waktu petang. Ia digoreng menggunakan tepung, telur, marjerin dan sebagainya bagi menghasilkan tepung yang rangup.


Pisang goreng biasanya disajikan bersama cili kicap atau sos pencicah bagi membangkitkan lagi selera. Malah, pelbagai inovasi telah dilakukan untuk memberi kepuasan semasa menikmatinya. Kini ia juga turut dimakan bersama susu pekat, keju, coklat dan sebagainya. Pisang goreng ini sememangnya digemari oleh masyarakat Melayu dan Cina. Ia boleh dibeli di gerai penjaja tempatan di serata tempat.

#8-Roti Canai

Roti Canai merupakan roti leper yang telah diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.


Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. Roti Canai ini juga mempunyai pelbagai pilihan lain seperti Roti Telur, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya.

#9-Cendol

Cendol merupakan pencuci mulut yang berasal daripada negara jiran kita iaitu Indonesia, namun ianya sangat popular di Malaysia. Ianya diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras serta berwarna hijau, ais batu yang dikisar dan gula melaka.


Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia. Ia juga turut dihidangkan bersama pulut, kacang merah dan jagung. Malah, ada juga yang menyajikannya bersama durian, nangka dan juga tapai.

#10-Nasi Briyani

Nasi Briyani merupakan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan serta sayuran. Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.


Nasi Briyani ini juga boleh didapati dengan pelbagai jenis seperti Briyani kambing, Briyani ayam, daging, cendawan serta Briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia.

Menu Makanan Malaysia Memang Banyak Yang Best Best !


Malaysia ni memang banyak makanan yang best jadi tak hairanlah kenapa pelancong sendiri boleh jatuh dengan menu makanan dari Malaysia. Cuma dalam tempoh PKP ni memang agak susah juga nak ke sana ke sini untuk aktiviti jalan-jalan cari makan macam dulu.

Walaubagaimanapun, kita tetap di kira beruntung kerana kita masih boleh nikmati menu makanan kegemaran masing-masing dengan bantuan online food delivery by Foodpanda.


Dengan adanya online food delivery begini, eh memang senanglah nak makan apa pun. Macam-macam pilihan menu makanan ada kat sana. Siapkan duit je kata orang. Apapun harganya takde lah terlalu mahal. Ada saja makanan yang dalam bajet kata orang. Nak dengan tak nak saja kan.

Untuk mereka yang dah mula rasa boring dengan menu makanan yang hampir sama, bolehlah cuba-cuba gunakan servis online food delivery dari pihak Foodpanda ni. Tak kisah di mana berada kerana Foodpanda ada di mana-mana.
Powered by Blogger.
Back to Top