SEKARANG DAH BOLEH TUNAIKAN ZAKAT SECARA ONLINE DI RHB BANK

December 18, 2021
Korang tahu tak zakat ni sangat penting dan wajib untuk kita sebagai orang muslim. Sebelum ni aku pernah ceritakan panjang lebar di entry yang lepas. Tapi kali ni aku nak kongsikan dekat korang bagaimana fungsi Lembaga Zakat Selangor dapat membantu keluarga B40 yang terkesan akibat Covid-19.


Aku percaya ramai yang terkesan dengan sekarang ni susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Kehilangan punca pendapatan dan hilang tempat bergantung yang selama ini dia lah tunjang utama keluarga memberi tempat teduh, makan dan pakaian untuk keluarga. Ini baru golongan keluarga dari M40. Bagaimana pula dengan golongan keluarga dari B40?


Secara jujurnya, aku juga terjejas masa PKP 3.0 haritu, satu per satu kepentingan pekerja di syarikat aku ditarik satu per satu. Majikan hanya berikan jawapan yang sama apabila mereka membuat keputusan untuk tarik kepentingan pekerja iaitu terjejas PKP katanya. Tapi, aku masih bersyukur kerana aku masih ada pendapatan. Alhamdulillah. Dan kini, ekonomi juga sedang dibaik pulih. Ramai sudah tarik nafas lega. 



Bila ekonomi sudah semakin pulih, pendapatan pun sudah semakin pulih.. Jangan lupa pulak tunaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk menunaikan zakat. Bayar zakat ni tak susah pun. Korang tak payah susah-susah nak balik kampung halaman ke nak pergi beratur dekat kaunter pusat zakat ke.. tak perlu dah semua tu. Sebab sekarang semuanya dihujung jari,

BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI RHB BANK


Takpe kan kalau aku nak ingatkan korang. Jika korang masih ada pekerjaan, perniagaan, berharta seperti emas, wang simpanan, pelaburan dan lain-lain. Maka korang wajib untuk buat tafsiran. Sekiranya cukup nisab , jangan tangguh nak bayar. Simpan resit tu. Bolehlah korang tunjukkan bukti untuk buat pelepasan cukai. Korang boleh rujuk di laman web Lembaga Zakat Selangor untuk maklumat lebih lanjut bab ni. 


Cara pembayaran zakat secara online ni ada banyak cara kalau di Lembaga Zakat Selangor tau. sebelum ni aku ada terangkan cara pembayaran secara online di public bank. Kali ni aku baru jumpa cara macam mana nak bayar zakat secara secara RHB Banking online. Sangat mudah dan pantas kalau korang jenis yang busy seharian. Waktu korang makan boleh bayar kejap. Jangan nak bagi alasan dah weyh, hahaha




Menariknya di Lembaga Zakat Selangor, sentiasa tak kering idea untuk menggalakkan korang untuk tunaikan kewajipan korang dengan mengadakan kontes Menang & Kongsi. Korang berpeluang untuk memenangi dan juga akam kongsikan bersama asnaf terpilih. Boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut berkaitan Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi".. Hahh ! gitueww.. bertambah pahala korang.. 

---------------------------------------

Tunaikan kewajiban berzakat anda. Info lanjut:

No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)

WORDLESS WEDNESDAY | Hasbunallah Wani'mal Wakil

September 29, 2021

 

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

 

Dengan kalimat ini, kita menyerahkan segenap jiwa dan raga kepada Allah, menyerahkan segala urusan, beban, dan masalah kita kepada Allah kerana Allah lah sebaik-baiknya wakil. Tawakal dan ikhlas menyerahkan masalah yang perlu kepada kita adalah salah satu makna hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir.

CANCER FIGHTING TAHAP 0

September 28, 2021
Harinya sudah tiba, kalau korang ada baca entry sebelum ni (boleh baca sini) aku ada ceritakan salah seorang ahli keluarga aku pejuang kanser payudara. Apa yang aku dapat simpulkan dari entry sebelum ni, dia kena buat keputusan segera untuk buang sel kanser sebelum merebak. Hari ni merupakan tarikh keramat buat kami apatah lagi tuan badan. Di mana kena buat operation segera. 
 

 SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN SEPANJANG PEMBEDAHAN
 
Allah Allah Allah, tak terucap bila semalam kakak aku tu update dekat whatsapps group yang dia sudah bersedia untuk di warded dan staff hospital memintanya untuk melihan kondisi pesakit yang senasib dengannya di bilik sebelah. Sayu sedih takut.. itu kami rasa.. diri yang merasa ? tak tergambar rasanya
 
 
Pagi ni, lebih kurang jam 8.30 pagi kakak aku sudah persiapkan diri diruang menunggu untuk ke bilik pembedahan. Alhamdulillah, diberi sokongan moral laki dia untuk menemaninya. Aku harap abang ipar aku faham kondisi kakak aku.


Tak tahu aku nak gambarkan perasaan aku ketika ini detik ini, hanya doa terus dan terus agar urusan pembedahan berjalan dengan lancar bila tatap gambarnya ni
 
ANAK-ANAK DAN SELURUH AHLI KELUARGA MENDOKANMU KAKAKKU
 


Alahmdulillah, anak-anak mama faham kondisi mama. Dhia dan ajin pandai uruskan diri dengan nenek kat rumah dengan pegang amanah mama untuk bersihkan tahi kucing pirlo heheh.. 


Anak-anak mama dan adik-adik mama serta mak juga ahli keluarga besar kita berdoa dan berserah kepada Allah agar permudahkan urusan mama jalani pembedahan serta sembuh sepenuhnya dan tiada kesan sampingan pada mana-mana bahagian diri mama. Amin...


TIDAK DISANGKA FIGHTER KANSER PAYUDARA DALAM AHLI KELUARGAKU

September 14, 2021

Menyepi dan terus sepi. Itulah kali pertama bila salah sorang daripada kakak aku langsung tidak respon dan tidak sembang dalam group whatsapps adik-beradik malah group bersama emak jugak tak ada respon inikan pula group besar yang ada ipar duai dalamnya. Selalunya dialah paling aktif memberi respon dan kongsikan apa yang dia buat pada hujung minggu dengan anak-anak. Pelik dan hairan memakan masa seminggu.

KANSER PAYUDARA TAHAP 0

Sebelumnya, kakak aku tu dia ada mengadu dekat kami adik beradik lain yang breast dia ada keluar cecair bisa. Dia takut bila search di google semua ke arah kanser. Jadi dia ada juga pergi ke pakar untuk periksa bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Masayaallah, masa salah seorang dari kakak aku yang sepi selama seminggu akhirnya dia umumkan bahawa dia sah menghidap kanser payudara tahap 0.


Apa yang dia maklumkan pada kami sekeluarga, dia perlu buat MRI, pemeriksaan Gen dan buat keputusan segera untuk operate buang kanser tersebut. Diberi juga pilihan buang terus payudara atau pun buat semula payudaranya. Sekiranya pemeriksaan Gen menunjukkan keputusan bukan disebabkan Gen, kemungkinan dia tidak perlu untuk buang payudara yang sebelah begitulah sebaliknya. Kalau menunjukkan keputusan ke arah Gen... Kami adik beradik lain juga perlu jalani pemeriksaan payudara tersebut.

Apa yang dimaklumkan kos untuk buat semula payudara memakan kos hampir atau lebih RM40k dan insurance tidak akan cover. Ini bermaksud. Kalau buang sahaja, insuran baru cover. Allahu. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat kakak aku tu.



Daripada susulan rawatan, kakak aku tu kena buat keputusan cepat untuk buat operation macam yang aku maklumkan kat atas tadi. Dan tarikh tersebut lagi beberapa hari je lagi. Persediaan mental aku yakin dia tak sedia. Dia perlu taruhkan nyawa dia untuk buat keputusan. Kalau tidak dia akan bergantung pada kimoterapi dan sel kanser akan merebak pergi limpa dan juga ovari. Itulah risiko sekiranya tidak buat operation segera. Korang doakan yaa supaya urusan kakak aku ni dipermudahkan dan kembali sihat. Amin


DESIGN BLOG AMERAHUSSAIN.COM

September 13, 2021
Hai ! Bulan lepas beriya lah sembang kalau boleh nak satu hari satu entry. Tapi dasar makbuyong. Hahhaha. melayan malas lebih dari rajin. Hari ni ada cerita tentang kerja artwork Mimin je lah ye. Aku ni boleh je nak edit blog. Kebiasaanya aku edit blog yang sesiapa je pakai blogspot dengan harga murah. Biasanya aku akan pakai free template. Korang yang pakai blogspot aku cuma cas main coding dengan follow korang punya details yang korang bagi je lah..

DESIGN BLOG UNTUK MERA AMERA

Mera ni sebenarnya dah berhenti jadi blogger. Dulu dia punya blog www.merahussain.com buat bodoh je dia punya domain. Akhirnya ada orang amik domain dia lepas tu dia jual dengan harga yang mahal. Dah tu, sampai 2 kali dia purchase domain pulak tu kali ni. hahahaa. Dari blogspot ke wordpress

https://www.belaiankasihbonda.com/ 

Boleh klik dekat link tu untuk tengok mera kaya. Dah order blogspot lepas tu dia berhijrah ke wordpress. Tapi aku tak salahkan dia. Sebab dia berblog semula untuk berniaga. Jadi dia sangat memerlukan untuk add to cart shopping system. Kalau blogspot tak ada kemudahan tu.

https://amerahussain.com/

Okay, link kat atas ni pulak untuk wordpress mera. Aku tolong setup kan blog shop dia. Setakat basic dan belum pro. Harga masih mampu milik lagi. hahaha

Yess ! Kali ni aku dapat lain daripada yang lain punya task. Edit blog untuk mereka yang nak guna platform wordpress. Aku dah explore. Ada pro n cons jugak lah Wordpress dengan Blogspot ni. Apa yang aku boleh cakap.. Blogspot edit dekat satu bahagian je iaitu di bahagian coding. Tapi Wordpress  ni klik klik je dah siap. Cuma kena pandai klik je lah. Kalau tak pandai dia akan cepat fedup. 

Okay itu je nak share. hehehe bye

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-9 DAN MENTERI KABINET 2021

August 27, 2021

Tahniah Mimin ucapkan buat Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9 iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas lantikannya. 


Pada hari ini, jawatan kabinet baru selepas perlantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-9 telah diumumkan. Apa yang aku boleh cakap, barisan kabinet 2021 dibawah Perdana Menteri Malayia ke-9 adalah menteri yang sama hanya pertukaran Perdana Menteri sahaja. 


Haishhh, baik kekalkan je Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhiyyidin Yassin. hmm macam tulah ye Malaysia kini. 


DAPATKAN 2 REGULAR PIZZA DENGAN HANYA RM19.00 DI DOMINO'S PIZZA MALAYSIA

Berita baik buat penggemar pizza terutamanya Domino's Pizza. Korang boleh nikmati 2 Regular Pizza yang berharga RM 19.00 dengan anak-anak makan di rumah. Domino's Pizza Malaysia mahu raikan buat korang yang sudah mendaftar vaksin di MySejahtera. Tak kiralah kalau korang dapat 1 dose atau 2 dose janji korang dah daftar untuk vaksin. Korang dah layak dapat 2 Regular Pizza Dominos dengan tawaran potongan harga sebanyak 70% off.


DAFTAR VAKSIN SEGERA DI APLIKASI MYSEJAHTERA

Mana tak yakin dengan vaksin, aku sebagai golongan berisiko (ibu hamil) pada awalnya ragu-ragu dan tak yakin untuk dapatkan vaksin. Aku bukanlah golongan anti vaksin. Tapi aku lebih risaukan kandungan aku. Aku kemaskini MySejahtera selepas aku yakin tengok golongan ibunisasi tiada kesan sampingan yang teruk. Alhamdulillah, lepas je kemaskini dalam seminggu aku dapat temujanji.

NIKMATI TAWARAN ISTIMEWA PIZZA DOMINOS SELEPAS DAFTAR VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA


Hanya perlu tunjukkan sijil digital di dalam MySejahtera dekat mana-mana cawangan Domino's Pizza untuk mendapatkan 2 pizza dengan harga RM19.00 (potongan 70%) Jangan lupa sebarkan berita ini dekat orang kampung macam korang sebarkan fitnah. hahahahaa. Bagus Dominos ni, dia macam tahu-tahu je kesan sampingan lepas vaksin ni akan asyik lapar jee.

TAWARAN 70% REGULAR PIZZA DILANJUTKAN SAH SEHINGGA 19 SEPTEMBER 2021


Tawaran ini bermula dari 15 Julai sehinggan 19 September 2021 dan tersedia untuk korang Walk-in dan Take-Away di cawangan Domino's Pizza berhampiran korang. Kalau tak nak beratur atau tak nak tunggu lama dekat dalam premis Domino's Pizza tu, korang boleh buat pesanan secara dalam talian sama ada Potong Q atau Pandu Ambil dengan menggunakan kod  MYVAX  semasa membuat pembayaran atau nak mudah klik je link ni tawaran dominos vaksin

Tidak ada had berapa kali anda dapat menebus promosi ini, selagi anda mendaftar untuk vaksin dan mendapat 1 atau 2 dos!

RICHIAMO COFFEE KINI DI PARIT RAJA

August 24, 2021

Hai ! sekali lagi aku cerita pasal kopi. Baru-baru ni aku ada perasan satu outlet baru buka di sekitar Taman University, Parit Raja. Nama dia pelik. Saja aku google translate  Richiamo Coffee ni apa. Di kesan bahasa asal dari Itali yang bermaksud Ingat Kopi. Aku baru kenal Richiamo Coffee ni sebab baru buka di Batu Pahat. Bila aku google untuk nak tahu berkaitan Riciamo Coffee,  aku baru tahu bahawa Richiamo Coffee dimiliki oleh Raja Ilya dan Zulkiflee Yusof telah secara rasmi melepaskan saham terbesar mereka dan kini saham terbesarnya dimiliki Muhd Zamry Abu Samah.

RICHIAMO COFFEE PARIT RAJA


Konsep Cafe ini aku suka sebab tenang. Tak tahu sebab PKP ke sebab baru bukak ke menyebabkan tidak padat dalam cafe ini. First impression aku kat cafe ni ingatkan cafe ni macam starbuck. Hanya sajikan coffee dan hanya beberapa menu je. Tapi jangkaan meleset. Cafe ni berkonsepkan tekak melayu. Hhahaha. Nak coffee dalam masa yang sama nak makan nasi lemak ke nak makan spaghetty ke ada dekat cafe ni. 

MENU DI RICHIAMO COFFEE



Memandangkan aku masih was-was untuk dine-in di situ sebab kes covid-19 masih meningkat. Jadi aku tak mencuba lagi makanan yang ada di sana. Aku hanya take away Red velvet muffin. Fuh ! itu je pun sedap kau. hahaha 


Korang bolehlah cuba sendiri rasa makanan yang ada di Richiamo Coffee ni. Nak cita rasa melayu ada nak citarasa western pun ada..

REVIEW RICHIAMO COFFEE DI PARIT RAJA


------------------------------------------

Info Lanjut

RICHIAMO COFFEE PARIT RAJA

📍 No. 64, Jalan Universiti 1, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Johor
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam (Isnin-Ahad)
instagram | facebook | 013-3888276

TIPS UNTUK BUAT SURPRISE DELIVERY DENGAN SPREAD THE LOVE BY RIEQA

August 23, 2021
Hai korang ! aku harap korang sihat-sihat belaka dalam musim pandemik Covid-19 ni ya. Aku nak kongsi dekat sini penghantaran surprise untuk diberikan kepada yang tersayang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang membataskan kita untuk menyambut tarikh-tarikh yang istimewa dengan tersayang. Kakak aku yang Atiqah baru jinak-jinak menjalankan perniagaan Surprise Delivery yang dikenali sebagai Spread The Love By RieQa.

APA ITU SPREAD THE LOVE BY RIEQA?


Okay, Spread The Love By RieQa ini dimiliki oleh Atiqah binti Adam dan Mazrina Binti Mohammad Zainol. Pada awalnya, mereka berdua sentiasa menjadi "mastermind" untuk memberikan kejutan kepada rakan sekerja mereka. Lama-kelamaan mereka melebarkan lagi minat mereka untuk dijadikan sebagai perniagaan perkongsian bersama bermula awal Mac 2021 tahun ini.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SPREAD THE LOVE BY RIEQA

Bagi korang yang tertanya-tanya apa perkhidmatan yang disediakan oleh Spread The Love By RieQa ni boleh rujuk dekat bawah ni.

1. Bouqet Fresh Flower

Fresh Flower bouqet. Sesuai untuk korang beri penghargaan untuk insan tersayang. Selain itu, Fresh Flower ni sesuai bagi pasangan yang sedang merajuk hehehe.. Korang boleh pilih bunga jenis bunga, berapa kuntum bunga, tema apa dan lain-lain lagi. Harga mengikut jenis bunga dan kuntuman yang korang pilih. Eh! korang juga boleh campur dengan beberapa jenis bunga ya. Harga di antara RM 45 hingga RM 150.

2. Fruits Bouquet

Fruits Bouquet ini sesuai untuk diberikan kepada mereka yang pentingkan kesihatan selain daripada mereka memang suka makan buah. Kebiasaannya, Fruits Bouqet ini sesuai untuk diberikan kepada mereka sedang sakit atau seseorang yang baru sembuh dari sakitnya. Harga boleh runding dengan mereka. Ini berdasarkan permintaan korang nak mix dengan apa. Kadangkala ada nak campur dengan fresh flower, ada nak campur dengan teaddy bear ada juga nak campur dengan duit dan tak juga nak campur dengan belon.

3. Money Bouquet

Sejambak wang terdiri daripada wang kertas yang disusun dengan cara yang serupa dengan sejambak bunga. Daripada aroma bunga segar yang indah dan bau wang kertas baru dicetak yang akan diberikan oleh seseorang untuk insan teristimewa. Untuk budget Sejambak Wang ni bermula dengan harga RM45. Harga ni tidak termasuk duit untuk dijadikan jambak, campur gubah dengan coklat dan lain-lain ya..

4. Chocolate Bouquet 

Sejambak Coklat sesuai untuk semua lapisan umur. Mereka menggunakan coklat yang sedap dan dikenali oleh semua lapisan umur dan masyarakat. Juga boleh request untuk mix dengan duit atau juga bunga atau juga dengan teddy bear. Harga mengikut budget korang.

5. Vegetable Bouquet

Wahh ! mesti emak awak yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sangat gembira dapat Vegetable Bouquet ni ya. Tak perlulah emak pergi ke groceries sepajang seminggu ni. Hehehe. Hari hari boleh goreng capcai.. Bincanglah harga dengan mereka ya untuk dapatkan bouquet yang awesome macamni.

6. Helium Balloon

Seperti surprise party yang lain, di Spread The Love by RieQa juga menyediakan belon yang boleh di custome dengan ucapan di belon. Deko belon ikut kesesuaian permintaan dari korang yang akan mereka laksanakan. Berdasarkan budget korang juga tau

7. Soap Flower


Bunga sabun dibuat dari sabun wangian menjadi bentuk bunga asli. Ia tahan lebih lama daripada bunga sebenar, menjimatkan kos dan unik sebagai hadiah.

8. Special Request Box

Banyak sebenarnya special request dari customer mereka. Aku tak tahu nak masukkan gambar apa. So, ini sebagai contoh kalau korang nak bagi hadiah untuk anak kakak korang yang baru lahir disekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk ini, mereka boleh buat penghantaran luar dari kawasan Kuala Lumpur dan Selangor seperti Johor, Kelantan, Terengganu dan lain-lain.

TIPS UNTUK MEMBUAT PESANAN DAN TEMPAHAN SURPRISE DELIVERY


1. Tujuan untuk penghantaran - Korang kena maklumkan kat mereka tujuan seperti apa untuk hantar kepada insan tersayang. Sama ada untuk hari lahir, anniversary, penghargaan, permohonan maaf, atau apa sahaja boleh nyatakan kepada mereka.

2. Jantina penerima - Ini untuk memadankan warna yang sesuai untuk di deko pada surprise penghantaran nanti. Ada faktor lain juga seperti size belon, jenis bunga dan lain-lain.

3. Slot masa penghantaran - Mereka akan sesuaikan slot penghantaran disebabkan musim pandemik covid-19 ni. 

4. Ucapan di Kad - Boleh nyatakan sesiap semasa buat tempahan nak buat ucapan apa untuk si penerima.

5. Budget Pesanan - Haa ! ini penting untuk korang. Spread The Love By RieQa sangat mengutamakan budget pesanan korang. Tak semestinya ikut apa yang ada di katelog mereka. Itu contoh pelanggan sebelum ini punya tempahan. 

6. Harga Penghantaran - Nah.. ini selalu orang pening.. mana ada semua free. hehehe. Mestilah berbeza. Apa yang akan Spread The Love by RieQa nyatakan masih belum termasuk penghantaran. Dan penghantaran akan menggunakan Lalamove untuk lokasi yang lebih 10km dari mereka. 

------------------------------------------------

Info lanjut

Spread The Love By RieQa

MIMIN DROPSHIP TASNEEM NATUREL

August 22, 2021
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Kalau korang dari Batu Pahat tapi tak tahu nak pergi mana petang-petang aku cadangkan korang baca entry ni sampai habis dulu lepas tu baru klik entry sebelum ni. Wajib korang pergi. hehehe. Balik pada tajuk kat atas Yes! aku dah jadi salah seorang dropship product Tasneem Natural di bawah pengawasan (leader) Mera Amera.


APA ITU TASNEEM NATUREL?


Tasneem Naturel diasaskan oleh Puan Haridah dan Tuan Rafizal. Tasneem Naturel mula beroperasi pada bulan November 2016. Produk Tasneem Naturel ialah Produk Muslim Bumiputera yang dihasilkan pada mulanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya sendiri. Visi syarikat Tasneem Naturel adalah untuk menjadi pengeluar produk berasaskan minyak pati tumbuhan (essential Oil) dan Produk Natural yang sangat dipercayai dan menjadi pilihan semua rakyat Malaysia.

PRODUK UTAMA TASNEEM NATUREL

Minyak Pati (Essential Oil) merupakan minyak yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok lalu diekstrak dengan menggunakan kaedah penyulingan. Produk utama Tasneem Naturel dengan bermula dengan Balm dan kini Tasneem Naturel telah mengeluarkan beberapa rangkaian produk lain.

CF-Rub Balm - RM 49.00


Telah diformulasikan khas untuk membatu bayi dan kanak-kanak yang demam, batuk dan selesema. Bahan-bahan seperti minyak carrier, mentega shea, beeswax, lavender, lemon, oren, minyak kayu putih, pokok teh, kemenyan dan cemara membantu meredakan kedukaran bernafas, melegakan batuk dan mencairkan lendir serta memberi kesan penyejuk sehingga membantu mengurangkan suhu badan semasa demam.

T-rub Balm - RM 49.00


Merupakan balm yang paling digemari oleh ibu bapa di luar sana. Balm ini dapat melegakan bayi dan kanak-kanak yang sakit perut, sembelit dan cirit-birit. Bahan utama fennel, halia, serai dan Anise terbukti secara saintifik dapat membantu meredakan dan menyelesaikan masalah pencernaan.

Sleep Time Balm - RM 49.00


Dirumuskan secara khusus untuk membantu ibu bapa yang bertungkus-lumus untuk menidurkan anak-anak mereka yang terlalu aktif pada waktu malam. Balm ini terdiri daripada bahan-bahan semulajadi dan minyak pati seperti cedarwood, vetiver, roman chamomilem dan ylang-ylang. Bahan-bahan ini terbukti secara saintifik berkesan untuk membantu anak-anak agar mudah tidur dengan mudah, tidur nyenyak sepanjang malam dan berasa selesa setelah terjaga.

Calm Time Balm - RM 49.00


Balm ini akan membuatkan anak merasa selesa dan puas. Ia terbuat dari bahan semulajadi dan minyak pati seperti Lavender, Orange, Mandarin Bergamot, Frankincense, Roman Chamomile dan Marjoram. Dengan bahan-bahan ini, anak-anak akan menjadi senang dan gembira.

Skeenz Balm - RM 55.00


Bagi anak yang mengalami masalah kulit, Skeenz Balm adalah penyelesaian masalah. Bahan-bahan seperti Shea Butter, Beeswax, Argan Oil, Rosemary, Sunflower Seed Oil sangat membantu ekzema, ruam, kegatalan dan melegakan kerengsaan kulit sensitif.

SIAPA PERLUKAN BALM TASNEEM NATUREL?

  1. Ibu bapa yang memiliki bayi dan anak kecil
  2. Cikgu-cikgu sekolah yang mempunyai anak di rumah
  3. Warga tua
  4. Ibu bapa yang suka travel dengan anak-anak dalam flight
  5. Pengasuh atau babysitter
  6. Cikgu pendidikan khas
  7. Ibu mengandung

KELEBIHAN BALM TASNEEM NATUREL

  1. Telah dikilangkan OEM bertaraf GMP (Good Manufacturing Practices) 
  2. Memiliki pengesahan (sijil) daripada KKM
  3. Baby baru lahir sehingga dewasa boleh menggunakan produk tasnem
  4. Banyak kelebihan buat seisi keluarga
  5. Jimat. Produk Tasneem tahan sehingga 3 bulan
  6. Size produk yang kecill mudah dibawa ke mana-mana
  7. Memiliki bau yang sedap
  8. Produk Tasneem yang tidak panas, tidak melekit dan tidak pedih buat si kecil anda
  9. Campuran minyak pati yang berkualiti.
  10. Harga seiring dengan keberkesanan dan ramuan setiap produk Tasneem

PRODUK LAIN TASNEEM NATUREL 



Apa yang momies kena tahu, Tasneem bukan mengeluarkan produk Balm sahaja ya. Ada produk lain yang mereka keluarkan seperti lotion, mandian, makanan, produk essential dan banyak lagi. Nanti aku akan kongsikan lagi di next entry okay.

-----------------------------
Sekiranya korang berminat untuk dapatkan Balm dan Pes dari Tasneem ni boleh terus roger aku okay. Tekan je link dekat sini 013-2088832

GERAI VINTAGE KOPI IKAT TEPI DAN MAKANAN RINGAN DI YONG PENG, BATU PAHAT

August 21, 2021
Hai kopi lover! mesti korang ni seorang yang menikmati aroma kopi yang hebat tapi nak mencuba pulak kopi yang berlainan dan jauh lebih murah dari kopi terkemuka di Malayisa? Berita baik buat warga Batu Pahat terutamanya yang berdekatan dengan Parit Awang, Yong Peng. Perghh ! dekat betul rupanya Kopi Ikat Tepi ni dengan rumah mertua aku. Jalan kaki je dah sampai.



PASANGAN GADIS MUDA BUKA GERAI KOPI IKAT TEPI DI PARIT AWANG DARAT, YONG PENG

Minum kopi dan makanan ringan dipetang harian mereka, mereka bawa makanan dan minuman petang harian mereka ke gerai mereka. Kedua wanita ini membuka gerai di Kampung Parit Awang Darat.


Dengan inspirasi dari budaya minum kopi klasik di Malaysia, mereka ingin membuat kopi premium yang berpatutan dan mudah diakses oleh mereka yang tinggal jauh dari bandar. Maka, Kopi Ikat Tepi telah dimulakan awal bulan Ogos 2021.

APA YANG ADA DI GERAI KOPI IKAT TEPI?

Menu di Kopi Ikat Tepi ni mudah dan ringkas dengan disajikan dengan pelbagai makanan ringan. Korang akan dapat semua kopi kegemaran korang di sini. Jenis kopi dari klasik Americano sehinggalah Latte. Selain itu, mereka juga mempunyai pilihan minuman bukan berkonsepkan kopi sekiranya korang teringin nak singgah tapi tak minat minum kopi. Paling menarik, mereka menjual harga yang mampu milik. Ia jual bermula dari RM3.



Selain itu, korang wajib cuba makanan ringan mereka juga! Pisang Popia yang disalut dengan coklat dan orea, Popia kabonara, Popia Bergedil dan Rojak kangkung pasti kombinasi yang paling superb untuk disulamkan dengan kopi segar mereka.

JOM SINGGAH! DAPATKAN KOPI DAN MAKANAN RINGAN YANG SIHAT DI KOPI IKAT TEPI


Kopi Lover yang mahukan kopi premium dengan harga yang murah dan makanan ringan di petang hari yang sedap dan menyelerakan? Cepatlah pergi ke gerai Kopi Ikat Tepi. Eh! yang jauh kena tunggu boleh rentas negeri dan daerah ya. hehehe. Selain murah dan sedap, kita dapat menyokong perniagaan tempatan. Jangan lupa ajak kawan-kawan korang singgah Parit Awang Darat, Yong Peng pekena Kopi Ikat Tepi yaa..

------------------------------------------------------

Info Lanjut

KOPI IKAT TEPI

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (4.00 petang-6.00 petang)
Lokasi : Parit Awang Darat Yong Peng, Batu Pahat
Instagram | Facebook | Contact

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUKA BUKU PINK DI KK SRI GADING

August 20, 2021

Haa, kalau awak baca ni memang tengah tengok pengalaman buka buku pink.. Mimin ucapkan tahniah buat awak sebab hamil pertama atau hamil di musim pandemik Covid-19. Yaa. procedur untuk buka buku pink di KK (Klinik Kesihatan) atau KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) agak rumit sikit. 


BILA WAKTU TEPAT BUKA BUKU PINK?

Waktu tepat untuk buka buku pink ni seeloknya pada mingu ke 12 atau selepas minggu ke 6 kehamilan. Kalau korang buka buku awal, biasanya klinik suruh datang semula. Sebab nak pastikan kehamilan korang betul-betul jadi baru boleh bukak buku pink. Kalau lebih dari 12 minggu, korang mungkin kena bebel sikitlah dengan nurse dekat klinik tu. Kalau lewat tapi korang ada buat dekat follow-up dekat klinik swasta pastikan semua dokumen dari klink swasta tu kau bawak bersama untuk buat buku pink.

Kalau sebelum ni ada pengalaman keguguran atau sejarah penyakit, seeloknya datang awal untuk pantauan klinik.

TEMPAH TARIKH TEMUJANJI DI KLINK KESIHATAN (KKIA/KK)

Aku buat panggilan dahulu dekat klinik yang aku nak buat buku pink ni. Bagi orang Johor terutamanya macam aku yang kat Batu Pahat, mereka suruh buat temujanji (booking) di laman web EPRS http://jknj4.moh.gov.my/qrtca/ isi lah makluman korang dan cadangan tarikh yang korang dah pilih atau pihak klinik cadangkan.


Kalau korang terus terjah datang ke klinik memang mereka akan terima je permohonan korang nak buat buku pink tu. Tapi kemungkinan korang akan dapat jelingan manja dari staff situ. Hahaha. Mau taknya.. Kan tengah tak nak sesak kat klinik tu bagi elak penularan pandemik covid-19. Awak tu dah lah awal kehamilan. Kena extra protetion okay!

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA DATANG BUAT BUKU PINK

Bagi korang yang hamil anak pertama atau buat pertama kali mengandung pada waktu pandemik Covid-19, korang kena amik tahu dokumen apa yang perlu dibawa semasa mahu buka buku pink. Digalakkan buat 2 salinan. Sebab staff situ tak sempat nak layan korang photostat kan. Tah tah, mesin photostat pun takde kat situ.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUKA BUKU PINK

Cadangan aku, korang pilihlah waktu pagi atau lepas waktu tengah hari. Sebab prosesnya yang sangat panjang. Nombor giliran tu dah satu hal yang ambil masa korang.



Di KKIA Sri gading, Batu Pahat. Korang kena pergi ke bangunan bahagian depan untuk dapatkan angka giliran selepas korang scan MySejahtera dan scan suhu. Lepas tu, korang kena pergi ke bangunan tengah serahkan nombor giliran kepada nurse dekat situ dan tunggu sehingga nama korang dipanggil. Nama dipanggil, korang terus lapor diri kat nurse bagitahu nama korang. Terus gerak ke timbang untuk ukur tinggi dan berat badan. Lepas Nurse dah catat berat dan tinggi, korang terus duduk kat kerusi sebelah dia untuk cek tekanan nadi dan dia akan berikan cup untuk cek air kencing. Letak bekas air kencing tadi dekat belakang pintu tandas.

Nama akan dipanggil kemudian, untuk cek bacaan darah rendah ke tinggi. Sebelum korang dapat tarikh temujanji seterusnya. korang akan ditemuramah sejarah kesihatan diri dan keluarga korang. Sekiranya terdapat masalah pada diri sendiri, kemungkinan korang akan diberikan special treatment. Kalau hanya sejarah kesihatan keluarga ada penyakit seperti kencing manis.. Kemungkinan akan diberikan pantauan rapat pada temujanji yang akan diberitahu kelak untuk pantau kesihatan semasa kehamilan korang. Selepas puas nurse tanya macam-macam.. Nurse akan mintak korang untuk buat cek jenis darah korang.

Lepas cek jenis darah, korang akan diarahkan untuk cek gigi. Haa, masa ni korang kena ke bangunan depan yang korang amik nombor giliran tadi. Siap cek gigi, korang kena ke bilik yang nurse tnaya korang macam-macam tadi.. Haaaa ! Barulah korang akan dapat tarikh temujanji seterusnya

------------------------------------------

BUKU PINK MIMIN YANG PERTAMA


Haaa ! inilah buku pink mimin hasil dari beberapa jam dekat KK. Pelekat warna aku warna hijau. Untuk pantauan klinik yang aku ada sejarah kesihatan dari emak dan apak yang ada kencing manis dan darah tinggi.

 


Aku punya darah O positf. Jadi kalau korang tak cukup darah O positif boleh cari aku. Atau mana tahu kalau aku perlukan darah korang. Jangan lah kedekut yaa.. Kita punya darah ni boleh derma kat semua orang. Tapi, orang tak boleh derma darah kat kita kecuali darah sama jenis.

Untuk awal bacaan kehamilan aku semasa buka buku pink sangat okay. Dari segi tekanan darah, bacaan urine, tekanan nadi okay. Cuma part gigi, diaorang a bit risau. Ya! aku ngaku.. Dah lama tak buat cek up gigi since covid-19 ni.

Entry seterusnya aku akan cerita untuk pengalaman scan details aku pulak. Mungkin amik masa sikit. sebab belum buat temujanji dengan klink lagi. Nanti dah selesai buat temujanji dan ada keputusan aku akan update lagi. Hehehe.. Untuk aku juga.. Mana tahu yang kedua dan ketiga dan keempat untuk rujukan aku sendiri juga kan. Bye! doakan semuanya selamat untuk mimin dan untuk awak yang tengah mengandung. Amin !


Powered by Blogger.
Back to Top