ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #3 - Kisah Inspirasi Cikgu Mohamad Yusof bin Sulehin
3 JENIS ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED UNTUK KESIHATAN, KECANTIKAN DAN PENGLIHATAN
Makin meningkat usia ni makin kurang daya tahan diri kita. Bila sudah hujung 20-an ni makin terasa bila nampak kulit cepat kusam dan semakin cepat penat bila lakukan sesuatu. Jadi takkan lah kita nak ia berlalu tanpa lakukan apa-apa. Sekarang makanan ringan atau makanan "instant" pun sudah macam makanan rutin harian. Seram ! Nasib baik kawan-kawan aku rajin ingatkan bahawa pentingnya kena ambil makanan tambahan untuk memastikan tubuh badan sentiasa cergas dan bertenaga.
ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BAGUS UNTUK TINGKATKAN KESIHATAN
Menjalani gaya hidup sihat yang aktif, sihat, ceria dan sentiasa tampil awet muda sememangnya menjadi impian semua orang. Biar sibuk mana pun rutin setiap hari pasti kita mahu memiliki badan yang cergas dan bertenaga. Sekarang lebih banyak duduk di rumah di sebabkan Peritah Kawalan Pergerakkan fasa ketiga (PKP 3.0) tak ada alasan untuk terlupa ambil makanan tambahan untuk kekal sihat.
Ecolite Boostick menjadi pilihan suplimen tambahan dalam pemakanan harian aku. Ecolite Boostick ni ada 3 jenis tau. Setiap satunya mempunyai khasiat masing-masing jadi lebih bagus kita ambil je tiga-tiga jenis Ecolite Boostick ni sebagai makanan tambahan harian.
APA ITU ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED ?
Ecolite Boostick merupakan rangkaian produk kesihatan semulajadi untuk membantu memberikan sokongan ke arah peningkatan kesihatan serta kehidupan seharian bagi sesiapa sahaja yang sentiasa mengamalkannya. Ecolite ini telah mendapat perakauan dan diluluskan sepenuhnya sijil Halal Malaysia.
1. ECOLOTE BOOSTICK CONCENTRATED RED DATES AND DATE PALM
Seperti yang kita tahu, kurma terdapat banyak khasiatnya. Formulasi daripada 2 jenis kurma Merah dan Kurma sangat bagus untuk tubuh badan kita. Kurma Arab Kaya denganserat dan tinggi antioksidan yang bermanfaat untuk membantu proses pencernaan dan melindungi sel dari radikal bebas. Manakala kurma merah, dapat membantu mencegah anemia dan memberi kesan pelembapan semula jadi pada pipi seseorang keranan kandungan zat besi.
Ia sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa ada masalah pucat lesi ataupun selalu berasa sejuk badan terutamanya di tangan dan kaki memang di sarankan untuk ambil suppliment ini. Mana taknya, supplimen ini di hasilkan dengan teknologi tinggi dan resepi tradisional dan ianya sangat sesuai untuk semua lapisan umur. Selain Kurma Merah dan Kurma Arab, terdapat Sirap Glukosa, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida. Air dan Asid Benzoik.
2. ECOLITE BOOSTICK CONCENTEATED WOLFBERRY AND WHITE CHRYSANTHEMUM
Siapa ada masalah mata macam aku. Hikhik. Maksud aku rabun mata. Haa! kita geng. Suplimen ni sangat sesuai untuk orang macam kita. Ianya bagus untuk kesihatan mata. Dihasilkan dari gabungan buah Wolfberry (Buah Goji) dapat membantu meningkatkan penglihatan dan menyuburkan darah. Manakala Chrysanthemum (Kekwa) juga memberi manfaat kepada penglihatan dan juga menurunkan suhu badan yang panas.
Aku rasa Ecolite Boostick ini satu-satunya supplemn untuk kesihatan mata aku. Jadi, dengan pengambilan Wolfberry dan Chrysanthemum memang bagus untuk aku yang rabun macam nenek-nenek ni. Selain dari kandungan utama, terdapat Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Jus Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida dan Asid Benzoik.
3. ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED BIRD'S NEST AND PEAR
Sebut je Ecolite, memang produk berasaskan Bird's Nest. Bird's Nest juga sangat berkhasiat. Kawan-kawan Cina kita juga sangat suka pengambilan Bird's Nest dalam kehidupan seharian. Digabungkan pula dengan buah pear memang perghh ! sedap giler. Bird's Nest ini dapat membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan. Penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. Manakala khasiat buah pear pula rendah kalori, tinggi kandungan air dan serat yang bermanfaat untuk pencernaan dan bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Bagi kekalkan tenaga, cergas badan dan berkhasiat tinggi, Kombinasi Pear dan Bird's Nest sangat sesuai untuk kita. Semua lapisan umur boleh minum. Tapi takkan lah tergamak kasi baby minum. agak-agak lah kan. hahaha kena makin dengan Doktor bertauliah kat luar sana je.. Dengan tambahan kandungan Sirap Glukosa, Pekatan Lobak, Air, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Halia, Lily Bulb, Tuckhoe, Biah Lou Han Guo, AKar Kudzu, Ubi Opihiopogon dan Asid Benzoik.
CARA PENGAMBILAN ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED RED DATES AND DATE PALM
- Koyakkan dan terus makan atau boleh di minum dengan air suam
- Sila pastikan minum air mineral yang banyak bagi memastikan buah pinggan tidak rosak sepanjang proses nutrisi dari suplemen yang kita makan.
- Bagi kesan yang cepat, pastikan elak pengambilan kafein
- tips tambahan; letak kan Ecolite Boostick tersebut di peti ais utk kesegaran ketika pengambilannya
REVIEW ECOLITE BOOSTICK CONCENTRATED DARI MIMIN ADAM
Bagi sesiapa yang masih tercari-cari suplement yang terbaik, memang aku cadangkan kat korang untuk korang cuba hasil keberkesanan Ecolite Boostick Concentrated. Harga mampu milik, packaging yang kemas dan selamat dan halal untuk di makan untuk jadikan makanan tambahan harian korang.
Tercari macam mana nak dapatkan Ecolite Boostick ni ? Mimin cuma kongsikan kebaikan dan pengalaman mimin selepas cuba sendiri Ecolite Boostick ni je. Mimin tak jual. Kalau korang nak supplement untuk kekal sihat dan cantik dapatkan segera di Guardian, BIG Pharmacy, Health Lane Family Pharmacu dan korang juga boleh beli secara dalam talian di website mereka dengan harga RM38.80 sahaja.
-----------------------------------
Info lanjut:
instagram : @ecolite_malaysia | Facebook : Ecolite | website www.ecolite.com.my
ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #2 - Kisah Inspirasi Cikgu Rohaidah
Tahun 2021 merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Guru secara bersederhana dalam norma baharu. Tapi tahu tak, pengorbanan Guru ni memang sukar digambarkan. Bersempena dengan sambutan Hari Guru, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's (AGI) 2021 dianjurkan bagi menghargai "Cikgu Luar Biasa" yang telah berhempas pulas menjalankan tanggungjawab mereka lebih daripada tugas hakiki demi pencapaian luar biasa dan menonjolkan dedikasi mereka dalam mendidik generasi muda. Mereka memangselayaknya diberi penghargaan dan semoga AGI2021 mampu dijadikan batu loncatan buat para guru diluar sana untuk terus bersemangat berbakti kepada anak didik mereka. Ada lebih beratus-ratus guru telah dicalonkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2021. Korang boleh baca kisah "Cikgu Luar Biasa" di laman web Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s.
CIKGU ROHAIDAH, IKON GURU INOVATIF DAN KREATIF
Kisah kedua yang ingin aku kongsikan kali ini adalah mengenai Cikgu Rohaidah binti Yon, kini berusia 56 tahun yang merupakan anak jati Parit Sulong, Batu Pahat dan sudah mendirikan rumahtangga dengan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
KEJAYAAN GURU DALAM PENULISAN
PENGHASILAN BUKU
CABARAN CIKGU ROHAIDAH SEMASA MELAKSANAKAN PDPR SEPANJANG PKP
CABARAN BERSEMUKA DENGAN PELAJAR SEPANJANG PKP
![]() |
"Sebelum PKP, rumahnya menjadi tempat beliau mengajar pelajar-pelajar. Sama ada dalam pelajaran mahupun penulisan serta drama" |