ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #2 - Kisah Inspirasi Cikgu Rohaidah

Tahun 2021 merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Guru secara bersederhana dalam norma baharu. Tapi tahu tak, pengorbanan Guru ni memang sukar digambarkan. Bersempena dengan sambutan Hari Guru, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's (AGI) 2021 dianjurkan bagi menghargai "Cikgu Luar Biasa" yang telah berhempas pulas menjalankan tanggungjawab mereka lebih daripada tugas hakiki demi pencapaian luar biasa dan menonjolkan dedikasi mereka dalam mendidik generasi muda. Mereka memangselayaknya diberi penghargaan dan semoga AGI2021 mampu dijadikan batu loncatan buat para guru diluar sana untuk terus bersemangat berbakti kepada anak didik mereka. Ada lebih beratus-ratus guru telah dicalonkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2021. Korang boleh baca kisah "Cikgu Luar Biasa" di laman web Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s.  


Kisah kedua kali ini, aku diberi peluang untuk menemubual secara dalam talian. Bukan mudah untuk jadi GURU. Mereka bukan hanya mendidik pelajar, tapi mereka melahirkan insan yang berguna, kreatif dan inovatif. Terbaik!

CIKGU ROHAIDAH, IKON GURU INOVATIF DAN KREATIF


Kisah kedua yang ingin aku kongsikan kali ini adalah mengenai Cikgu Rohaidah binti Yon, kini berusia 56 tahun yang merupakan anak jati Parit Sulong, Batu Pahat dan sudah mendirikan rumahtangga dengan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

 


Cikgu Rohaidah seorang yang sangat memberi inspirasi kepada murid, ibu bapa, dan pendidik. Guru ini telah berkhidmat selama 26 tahun di SMK Tun Ismail, Parit Raja. Beliau dicalonkan kerana sikap dan kesungguhannya bila di dalam kelas juga di atas pentas, Tidak kira sama ada dalam latihan untuk pertandingan mahupun memberikan ilmu di dalam kelas, beliau akan memberikan ilmunya dengan bersungguh-sungguh agar semua muridnya dapat mengikuti setiap perkara yang diajar serta sangat tegas ketika mendidik anak-anak muridnya.



Selain itu, Cikgu Rohaidah diberi tanggungjawab dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 6 atas dan bawah serta menaikkan prestasi sekolah. Beliau juga sering diberi peranan sebagai guru pembimbing dalam bidang penulisan Cerpen, dalam bidang pengarahan drama pendek Pengisahan Kenegaraan Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Peringkat Kebangsaan, Drama Komsas, Pertandingan Dekon Kesteria dan Pertandingan pantun dalam talian anjuran Rangkaian Hotel Malaysia dan DBP.

KEJAYAAN GURU DALAM PENULISAN


Antara kejayaan Cikgu Rohaidah memenangi sayembara Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan : 
 
2002- Tajuk Cerpen MIMOSA PUDICA (Naib Johan Kebangsaan) 
2003- Tajuk Cerpen: RAA RAHSIA ABU ATUK (Saguhati Kebangsaan) 
2004- Tajuk cerpen E.T (Naib Johan Kebangsaan) 
2005- Sekolah Dalam Taman (Sagu hati Kebangsaan)
 



2006 – ELAEIS GUINEENSIS (Johan Kebangsaan)
2007- MENUJU CAKERAWALA (Saguhati kebangsaan)
2008- CHANNA SATRIATUS (Johan Kebangsaan)
2009-LENTERA KEHIDUPAN (Saguhati Kebangsaan)
2010 dan 2011 – Johan Negeri Johor.
2012- JATOPRA CURCAS KHAZANAH RIMBA (Naib Johan Kebangsaan)

PENGHASILAN BUKU


Cikgu Rohaidah telah berjaya menghasilkan beberapa buku hasil titik peluhnya. Antaranya:

-Novel kanak-kanak GERBANG PELANGI 2015
-Novel Remaja “GERBANG RAUDHAH”2014
-Novel Remaja SEMANIS NIRA (2020)
-Novel Kanak-kanak “Raja Kupu-kupu.”2020
-Buku Kisah Hidup “MERANDUK OMBAK 2020 (Buku ini terpilih 30 buku terbaik Pengkarya Guru oleh Majlis Buku Malaysia 2021 baru-baru ini)
-Himpunan cerpen “AL-QAMAR bakal dipasarkan di Universiti AL-Azhar dan pasaran di negara Arab.” Terbitan Kolej Islam MARSAH Dan Persatuan Penulis Johor 2020/2021. Kesemua cerpen saya tersiar dalam Majalah Dewan Sastera dan dialihbahasa ke bahasa Arab)


-Menjadi Karyawan Tamu dalam Majalah Dewan Sastera 2019
-Cerpen Tersiar di Dewan Sastera bertajuk Baju Kurung Teluk Belanga, Titi Batang, Ginga Maru, Bulan dan Bait-bait Rindu (2019) Juga di Berita Harian 2020 “COVID-19, CIKGU DAN ADIWIRA.
-Terlibat dengan pelbagai antologi (lebih 50 antologi) antaranya; Antologi buku Guru Asean 2018,Sajak perpaduan Malaysia-Jepun oleh Persatuan Penulis Johor 2019, Sajak Malaysia-India 2019, Puisi Ramadan Asean 2018, Antologi 1000 Pantun GURU ASEAN 2020,Antologi LEGASI EMAK 2020, Antologi LEGASI ABAH 2021, Antologi Serphan Memorabilia 2020 dan banyak lagi.

CABARAN CIKGU ROHAIDAH SEMASA MELAKSANAKAN PDPR SEPANJANG PKP

Beliau akan memastikan kesemua pelajarnya berada dalam talian semasa kelas dijalankan. Cikgu Rohaidah akan menghubungi keluarga pelajar sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir semasa PdPr. Bagi pelajar yang ada masalah kewangan untuk membeli data internet, beliau akan menghubungi mereka untuk memberikan bantuan kewangan. Sekiranya mereka mengalami masalah internet dan tidak dapat menyertai PdPr latihan akan diberikan melalui telegram khas. 
 
Di Telegram merupakan platform bagi sesi perbincangan, edaran soalan dan jawapan-jawapan pelajar akan dihantar di sini. Pesanan kepada pelajar: “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih” dan “patah sayap bertongkat kuku, patah kuku bertongkat paruh”. Dalam menimba ilmu segala permasalahan perlu di atasi meskipun dalam pelbagai cara dan kaedah. Alhamdulillah, kaedah belajar dalam talian banyak membantu dalam PdPr demi mengatasi masalah COVID-19 yang menular. Malah beliau turut melaksanakan bimbingan penulisan melalui dalam talian sepanjang PKP dilaksanakan agar pelajar-pelajar merebut peluang menyertainya.

CABARAN BERSEMUKA DENGAN PELAJAR SEPANJANG PKP


"Sebelum PKP, rumahnya menjadi tempat beliau mengajar pelajar-pelajar.  Sama ada dalam pelajaran mahupun penulisan serta drama"


Cikgu Rohaidah sentiasa memastikan pelajar-pelajar hadir ke sekolah dalam keadaan yang sihat dan tiada gejala. Pelajar-pelajar wajib menjaga penjarakan agar virus COVID-19 dapat diatasi. Sebagai guru, beliau juga harus berada dalam keadaan yang sihat agar sekolahnya tidak menjadi tempat menularnya virus ini. Kelas juga mestilah berada dalam keadaan yang selamat kerana perlu disanitasi sentiasa dan guru-guru saling bekerjasama. Sebagai guru, kepentingan memberi ilmu dan menjaga kebajikan pelajar dan persekitaran sekolah amat diutamakan. Beliau reda dengan norma baharu ini agar dapat mengekang wabak COVID-19.
-----------------------------------------------

Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.


Nantikan keputusan dan pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 pada hujung Mei ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.


0 Comments