PEMENANG ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2021 RAIKAN GURU LUAR BIASA

Jasa guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata-kata. Sesungguhnya mereka dengan rela hati melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki. Ucapan terima kasih saja pastinya tidak mampu membalas segalanya. Oleh itu, bagi menghargai dan mengiktiraf guru yang telah melaksanakan tanggungjawab melebihi tugasan hakiki demi menghasilkan impak yang berpanjangan kepada pelajar, McDonald's Malaysia telah meraikan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 sempena sambutan Hari Guru. Anugerah ini merupakan tahun kelima penganjurannya dan menerima lebih 4,000 pencalonan guru luar biasa di seluruh negara.


Bagaimanapun, situasi yang kian hari semakin meningkat dengan penularan wabak Pandemik Covid-19, kita perlu akur dengan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan. McDonald's bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk membuat kejutan keada guru yang menerima anugerah dan pelajar mereka menerusi panggilan video.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata tahun ini Anugerah Guru Inspirasi menjadi platform untuk mengetengahkan golongan pendidik sebagai insan luar biasa dan wira dalam kehidupan seharian kita. Tambahan lagi, membaca kisah yang luar biasa tahun ini mengenai komitmen guru, dedikasi tinggi dan rasa kasih yang mendalam kepada pelajar memperkukuhkan lagi keyakinan McDonald’s bahawa guru perlu diberi penghargaan terbaik atas segala usaha mereka.

TAHNIAH CIKGU ZARIMAH BINTI OTHMAN

Kali ni, Mimin nak kongsikan salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 daripada 25 orang pemenang iaitu cikgu Zarimah. Tahniah Cikgu Zarimah ! Dedikasinya beliau sebagai seorang guru memang sangat layak buat beliau untuk memenagi anugerah tersebut.



Cikgu Zarimah dari SMK Datuk Undang Abdul Manap telah di calonkan oleh Khalisah binti Mohammad Noor. Khalisah sangat menghargai akan jasa gurunya. Menjadi guru bukanlah suatu pilihan tetapi merupakan suatu ketentuan. Jiwa seorang pendidik sememangnya suatu anugerah yang tidak ternilai dan semestinya tidak boleh ditukar ganti. 

CIKGU ZARIMAH DI MATA PELAJARNYA

Sesiapa sahaja yang menjadi pelajar cikgu Zarimah akan menghargainya kerana itulah hakikatnya dan itulah perasaan pertama yang terbit tika pertama kali berjumpa dengan Cikgu Zarimah terutamanya ketika sesi pembelajaran. Sepanjang belajar di bawah penyeliaan Cikgu Zarimah, pelajarnya akan senang hati dengannya. Dengan sifat beliau yang tidak pernah sombong untuk membantu dan mencari jalan bagi menyalurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan terutamanya anak-anak istimewa.  


Bukan itu sahaja, beliau mampu untuk mengajar pelbagai bidang tanpa mengikut opsyen. Ini sebab pengalaman Cikgu Zarimah yang pernah mengajar selama 7 tahun di sekolah rendah, kemudian 11 tahun di arus perdana dan selama 7 tahun sehingga kini mengajar anak-anak istimewa PPKI di SMK Datuk Undang Abdul Manap.


Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia pendidikan, beliau pernah menjadi Guru Media (GPM) dan berjaya mentransformasi perpustakaan. Semestinya beliau tidak terlepas daripada menjadi Guru Penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK) yang telah berjaya melahirkan 5 orang murid memperoleh 8A PMR dan 10 orang murid memperoleh 7A dalam PMR di mana Cikgu Zarimah telah melakar sejarah baru di sekolahnya itu.



Pada tahun 2011, Cikgu Zarimah mula menceburkan diri dalam Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Pertukaran bidang beliau tidak mematahkan semangat sebagai seorang pendidik. Malah, Cikgu Zarimah terus bangkit dengan pelbagai program dan projek yang memberi manfaat dan meningkatkan kemahiran anak kelainan upaya ini.



Cikgu Zarimah berjaya menghasilkan Produk Biskut Kelapa, Fertigasi Lada Api, Fertigasi Halia. Projek Usahawan Gubahan Orked, serta merancang dan melaksanakan program kebajikan PPKI seperti sponsor baju raya serta mengadakan lawatan sambil belajar. Selain itu, Cikgu Zarimah juga pernah mendidik Murid Berkeperluan Khas sehingga merangkul Johan Pertandingan Memasak Rendang Peringkat Kebangsaan dan Johan Pertandingan IT Challenge Kebangsaan.

Jiwa keibuan yang menebal dan kasihnya kepada Murid Berkeperluan Khas menjadikan beliau seorang yang sentiasa mencari ruang dan inisiatif bagi menaiktaraf pelajar PPKI di SMK Datuk Undang Abdul Manap. Antara inisatif Cikgu Zarimah adalah mencari sumbangan Chiller, Freezer, Oven industri bagi subjek Pembuatan Roti, dan terkini beliau berjaya mendapatkan Water Dispenser bagi memudahkan pelajar PPKI mendapatkan bekalan air.

Sifat keibuan beliau lah membuatkan Cikgu Zarimah sentiasa memikirkan nasib dan kebajikan murid-murid PPKI. Jika kita mendalami beliau sebagai seorang pendidik, pasti tidak terbayang berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukannya bagi memastikan kemenjadian dan kebajikan anak didiknya. 

Semangat dan kesungguhan beliau sangat menginspirasikan kepada warga pendidik diluarsana untuk terus berusaha menjadi guru terbaik untuk anak bangsa. Sehubungan itu, kita turur mendapat suntikan inspirasi menerusi cebisan perkongsian ini. Sesungguhnya ilmu yang bermakna itu merupakan ilmu yang bermanfaat. Tahniah Cikgu Zarimah!

-------------------------------------------

Ribuan terima kasih McDonald's kerana kenang jasa dan pengorbanan luar biasa guru-guru pada tahun 2021 ini. Diharapkan tahun mendatang, guru-guru yang lebih luar biasa dapat kita ketengahkan lagi. Jom baca kisah - kisah 24 lagi pemenang anugerah inspirasi ni di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi/winners/2021

1 Comments