ØَسْبُÙ†َا اللَّÙ‡ُ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ الْÙˆَÙƒِيلُ Ù†ِعْÙ…َ الْÙ…َÙˆْÙ„َÙ‰ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ النَّصِÙŠْرُ
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”
Dengan kalimat ini, kita menyerahkan segenap jiwa dan raga kepada Allah, menyerahkan segala urusan, beban, dan masalah kita kepada Allah kerana Allah lah sebaik-baiknya wakil. Tawakal dan ikhlas menyerahkan masalah yang perlu kepada kita adalah salah satu makna hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir.
Harinya sudah tiba, kalau korang ada baca entry sebelum ni (boleh
baca sini) aku ada ceritakan salah seorang ahli keluarga aku pejuang kanser payudara. Apa yang aku dapat simpulkan dari entry sebelum ni, dia kena buat keputusan segera untuk buang sel kanser sebelum merebak. Hari ni merupakan tarikh keramat buat kami apatah lagi tuan badan. Di mana kena buat operation segera.
SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN SEPANJANG PEMBEDAHAN
Allah Allah Allah, tak terucap bila semalam kakak aku tu update dekat whatsapps group yang dia sudah bersedia untuk di warded dan staff hospital memintanya untuk melihan kondisi pesakit yang senasib dengannya di bilik sebelah. Sayu sedih takut.. itu kami rasa.. diri yang merasa ? tak tergambar rasanya
Pagi ni, lebih kurang jam 8.30 pagi kakak aku sudah persiapkan diri diruang menunggu untuk ke bilik pembedahan. Alhamdulillah, diberi sokongan moral laki dia untuk menemaninya. Aku harap abang ipar aku faham kondisi kakak aku.
Tak tahu aku nak gambarkan perasaan aku ketika ini detik ini, hanya doa terus dan terus agar urusan pembedahan berjalan dengan lancar bila tatap gambarnya ni
ANAK-ANAK DAN SELURUH AHLI KELUARGA MENDOKANMU KAKAKKU
Alahmdulillah, anak-anak mama faham kondisi mama. Dhia dan ajin pandai uruskan diri dengan nenek kat rumah dengan pegang amanah mama untuk bersihkan tahi kucing pirlo heheh..
Anak-anak mama dan adik-adik mama serta mak juga ahli keluarga besar kita berdoa dan berserah kepada Allah agar permudahkan urusan mama jalani pembedahan serta sembuh sepenuhnya dan tiada kesan sampingan pada mana-mana bahagian diri mama. Amin...
Menyepi dan terus sepi. Itulah kali pertama bila salah sorang daripada kakak aku langsung tidak respon dan tidak sembang dalam group whatsapps adik-beradik malah group bersama emak jugak tak ada respon inikan pula group besar yang ada ipar duai dalamnya. Selalunya dialah paling aktif memberi respon dan kongsikan apa yang dia buat pada hujung minggu dengan anak-anak. Pelik dan hairan memakan masa seminggu.
KANSER PAYUDARA TAHAP 0
Sebelumnya, kakak aku tu dia ada mengadu dekat kami adik beradik lain yang breast dia ada keluar cecair bisa. Dia takut bila search di google semua ke arah kanser. Jadi dia ada juga pergi ke pakar untuk periksa bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Masayaallah, masa salah seorang dari kakak aku yang sepi selama seminggu akhirnya dia umumkan bahawa dia sah menghidap kanser payudara tahap 0.
Apa yang dia maklumkan pada kami sekeluarga, dia perlu buat MRI, pemeriksaan Gen dan buat keputusan segera untuk operate buang kanser tersebut. Diberi juga pilihan buang terus payudara atau pun buat semula payudaranya. Sekiranya pemeriksaan Gen menunjukkan keputusan bukan disebabkan Gen, kemungkinan dia tidak perlu untuk buang payudara yang sebelah begitulah sebaliknya. Kalau menunjukkan keputusan ke arah Gen... Kami adik beradik lain juga perlu jalani pemeriksaan payudara tersebut.
Apa yang dimaklumkan kos untuk buat semula payudara memakan kos hampir atau lebih RM40k dan insurance tidak akan cover. Ini bermaksud. Kalau buang sahaja, insuran baru cover. Allahu. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat kakak aku tu.
Daripada susulan rawatan, kakak aku tu kena buat keputusan cepat untuk buat operation macam yang aku maklumkan kat atas tadi. Dan tarikh tersebut lagi beberapa hari je lagi. Persediaan mental aku yakin dia tak sedia. Dia perlu taruhkan nyawa dia untuk buat keputusan. Kalau tidak dia akan bergantung pada kimoterapi dan sel kanser akan merebak pergi limpa dan juga ovari. Itulah risiko sekiranya tidak buat operation segera. Korang doakan yaa supaya urusan kakak aku ni dipermudahkan dan kembali sihat. Amin
Hai ! Bulan lepas beriya lah sembang kalau boleh nak satu hari satu entry. Tapi dasar makbuyong. Hahhaha. melayan malas lebih dari rajin. Hari ni ada cerita tentang kerja artwork Mimin je lah ye. Aku ni boleh je nak edit blog. Kebiasaanya aku edit blog yang sesiapa je pakai blogspot dengan harga murah. Biasanya aku akan pakai free template. Korang yang pakai blogspot aku cuma cas main coding dengan follow korang punya details yang korang bagi je lah..
DESIGN BLOG UNTUK MERA AMERA
Mera ni sebenarnya dah berhenti jadi blogger. Dulu dia punya blog www.merahussain.com buat bodoh je dia punya domain. Akhirnya ada orang amik domain dia lepas tu dia jual dengan harga yang mahal. Dah tu, sampai 2 kali dia purchase domain pulak tu kali ni. hahahaa. Dari blogspot ke wordpress
Boleh klik dekat link tu untuk tengok mera kaya. Dah order blogspot lepas tu dia berhijrah ke wordpress. Tapi aku tak salahkan dia. Sebab dia berblog semula untuk berniaga. Jadi dia sangat memerlukan untuk add to cart shopping system. Kalau blogspot tak ada kemudahan tu.
Okay, link kat atas ni pulak untuk wordpress mera. Aku tolong setup kan blog shop dia. Setakat basic dan belum pro. Harga masih mampu milik lagi. hahaha
Yess ! Kali ni aku dapat lain daripada yang lain punya task. Edit blog untuk mereka yang nak guna platform wordpress. Aku dah explore. Ada pro n cons jugak lah Wordpress dengan Blogspot ni. Apa yang aku boleh cakap.. Blogspot edit dekat satu bahagian je iaitu di bahagian coding. Tapi Wordpress ni klik klik je dah siap. Cuma kena pandai klik je lah. Kalau tak pandai dia akan cepat fedup.
Okay itu je nak share. hehehe bye