AQIQAH FAYYADH AFFAN - PART 1

Kemain kau Fayyadh sampai ada 2 part cerita aqiqah kau. Hahaha. Yaa ada dua part. Sebab Aqiaah untuk baby lelaki perlukan tumbang 2 ekor kambing. 
 
 

AQIQAH ITU APA?

Aqiqah yang biasa kita fahami adalah menyembelih haiwan tertentu dan memberikan daging tersebut kepada golongan yang memerlukan. Selain daripada itu, diteruskan dengan amalan sunnah seperti cukur jambul, berzanji dan lain-lain amalan untuk memberi berkat kepada majlis sekaligus mendoakan keberkatan bayi yang baru lahir.

Pendapat daripada ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari aqiqah dari segi bahasa bermaksud “rambut yang tumbuh di atas pada kala waktu lahirnya”. Hukum aqiqah anak lelaki dan hukum aqiqah anak perempuan adalah sunat muakkad – iaitu sunnah yang dituntut dan digalakkan walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib. 

 

Imam Syafie’ membuat kesimpulan tersebut daripada hadith yang di mana Nabi SAW bersabda:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

 

SYARAT-SYARAT AQIQAH ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN

Secara ringkasnya, aqiqah dilakukan dengan bahagian seperti berikut: 

  • 1 ekor kambing untuk anak perempuan
  • 2 ekor kambing untuk anak lelaki
  • Atau pun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.
Tapi, aqiqah bayi lelaki dengan dua ekor kambing bukanlah satu kewajiban. Ini kerana Nabi SAW pernah membuat aqiqah untuk cucu Baginda Saidina Hasan RA dan Saidina Husin RA masing-masing dengan seekor kibas.
 

FAYYADH AQIQAH 1 BAHAGIAN DENGAN NEKBU

 
Alhamdulillah dikurniakan nenek dari syurga. hehehe. semua ditaja oleh nenek kecuali goodies dari bonda sendiri. Terima kasih nenek. Harap adik-adik payad pun dapat tajaan jugak. kahkahkah..  
 

Fayyadh dan penaja rasmi ^.^

sesi doa kesyukuran buat bonda dan fayyadh

sesi mentahnik

 

nak cukur jambul ayah dah botakkan, jadi buat sesi mentahnik. merasakan manisan seperti kurma dan madu ke lelangit baby. Tak tahu lah apa sebabnya. Mimin follow je lah, lagi pulak dalam kalangan yang hadir tu ada yang doktor. Tak ada cakap apa-apa. jadi min pun okay je.

 


 

Nak jugak macam orang-orang kan Fayyadh. Sudahnya fayyadh tak masuk pun dalam kerangkeng tu. buat sesi bergambar je. hehehe. Bridal mimin amik dengan bridal kawin mimin. Dapat murah, Macam ni RM300. Memang okay sangat. Bridal mimin amik dari Armz Collection Butik kahwin Batu Pahat. thanks Armz & Team.

 

Nantikan Aqiqah Part 2 okay. hahaha.. Part Aqiqah di sebelah Ninda Yong Peng.

0 Comments