LEMBAGA ZAKAT SELANGOR LANCARKAN KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT - TAKSIR DAN MENANG HADIAH

Assalamualaikum dan harap yang tengah baca ni dalam keadaan sihat sejahtera. Korang pernah dengar tak program Bulan Taksir Zakat dari Lembaga Zakat Selangor? Okay jujur Mimin cakap ini merupakan kali pertama Mimin dengar. Jadi Mimin pun tanya lah Ustaz Google berkaitan BTZ ni. BTZ tau bukan BTS k-pop tu. 

Lembaga Zakat

BULAN TAKSIR ZAKAT ITU APA?

Takzir zakat bermaksud mengira anggaran zakat yang perlu dibayar. Zakat Fitrah lebih mudah dikira kerana mengikut harga beras yang dimakan dan diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Zakat Harta pula ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

lembaga zakat selangor


Umat Islam di Malaysia diseru memahami lebih jelas tentang kewajiban menunaikan zakat dan mengetahui sendiri kaedah taksiran bagi mengira sendiri jumlah yang perlu dibayar. Dengan adanya Bulan Taksir Zakat, Pembayar zakat kini boleh mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan sendiri menerusi laman sesawang jom.zakatselangor.com,my bagi mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan.

Kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) ini sebagai usaha untuk membantu pembayar zakat memahami kaedah dan membuat taksiran dengan lebih tepat. Taksiran zakat tersebut bukan terhad kepada zakat harta tetapi zakat-zakat lain juga.  

BILA KEMPEN TAKSIR ZAKAT BERMULA ?

Kempen BTZ telah pun bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai 2022. Amboi dah nak tamat dah rupanya. Harap artikal ni dapat lah tolong korang cepat-cepat sertai kempen BTZ ni sebelum tamat tempoh. Dengan tagline "Sempurnakan Zakatmu" secara tidak langsung kempen ini juga dapat mendidik masyarakat supaya mengetahui jumlah sebenar zakat yang ditunaikan.

 

lembaga zakat selangor

LZS wujudkan kempen bulan taksir zakat merupakan salah satu inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat pada setiap bulan Jun sebagai amalan tahunan dalam kalangan masyarakat agat bertanggungjawab atas zakat dan tidak dilupakan seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah tersebut dapat dilaksanakan lebih sempurna.

CARA TAKSIR ZAKAT

 

Okay, kat sini lepas rujuk dengan ustaz google.. hehehe. tak lah, mestilah Mimin rujuk terus dekat laman sesawang Zakat Selangor cara taksir zakat. Jangan risau, Mimin tak suruh korang cari sendiri, lepas korang baca entry Mimin kali ni. Korang boleh terus semak dekat laman web Lembaga Zakat Selangor sahih ke tidak. haaa

CARA PERTAMA

 

Bagi korang yang bersemangat nak tahu dan tak faham macam mana nak kira. Faham ! Mimin pun tak faham pun. Tapi.. LZS ada menyediakan Khidmat Taksir Zakat secara bersemuka. Tapi kenalah buat temujanji dahulu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/. Okay ini sembang untuk orang yang ada masa nak walk-in ke LZS kan. Habis yang sentiasa sibuk kejar duniawi macam Mimin macam mana ?

CARA KEDUA

 

Okay, untuk korang yang tak ada masa nak bersemuka ke LZS untuk buat taksiran zakat dan kalau boleh nak buat taksiran sendiri serta mahu buat pembayaran secara atas talian (online), korang boleh masuk ke bahagian Zakat Pendapatan. Kemudian, pilih mana-mana zakat yang hendak ditaksir. Contohnya Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan Zakat Emas atau lain-lain Zakat.

CARA KETIGA 

Selain laman web LZS, LZS juga ada sediakan kemudahan aplikasi yang boleh korang muat turun aplikasi Zakat Selangor di Apps Store atau Play Store di telefon bimbit korang. Bagi Mimin, lagi mudah kalau korang muat turun aplikasi tersebut untuk Tafsir Zakat.


Langkah 1 - Muat turun aplikasi Zakat Selangor di telefon bimbit. 

Langkah 2 - Daftar atau log masuk. Log Masuk dengan menggunakan sistem Elektronik Zakat Online (EZO). Kalau korang belum daftar lagi, boleh daftar dulu di https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp

Langkah 3 - Pilih menu 'Taksir' dan lengkapkan semua maklumat.


Langkah 4 - Pilih Jenis Zakat yang hendak di tafsir. okay dalam entry ini kita tengok cara nak taksir Zakat Pendapatan.

Langkah 5 - Lengkapkan semua maklumat dan kemudian tekan 'Taksir Zakat' dan 'Jumlah Zakat Setahun' dan akan dipaparkan


Langkah 6 - Tekan 'Simpan Taksir Zakat' untuk buat rujukan masa nak buat pembayaran. Bila-bila masa boleh rujuk semula rekod taksiran korang. 

Pembayaran zakat secara atas talian juga boleh dibuat menerusi aplikasi Zakat Selangor yang sudah korang muat turun tadi.

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KOMITED AGIH ZAKAT 

Lembaga Zakat Selangor semestinya pengeluar zakat ingi mengetahui bagaimana hasil zakat yang mereka kutip dan akan diagihkan. Sepanjang tahun 2021, pengeluar zakat di Selangor telah mengeluarkan zakat sebanyak RM993 juta dan sejumlah RM922 juta telah diagihkan kepada mereka yang layan untuk menerima zakat.

 

Bagi tahun 2022, kutipan zakat dari bulan Januari sehingga April 2022 ialah RM 354,912,888 dan telah dibuat agihan untuk tempoh empat bulan ialah RM 313,931,706. Pelbagai bantuan telah diberikan termasuklah bantuan kepada mangsa banjir, bantuan Ramdan dan Syawal serta bantuan pendidikan. Ini merupakan pengeluar zakat mahukan. Lebih banak zakat terkumpul dan semakin banyak jugalah agihan bantuan dapat dihulurkan.

Korang juga boleh dapatkan info dan laporan aktiviti zakat Selangor di https://www.zakatselangor.com.my/informasi/laporan-aktiviti-zakat/ . LZS juga sentiasa berkongsi kisah aktiviti agihan zakat di Instagram dan juga di Facebook mereka. Mimin ada juga scroll sosial media LZS, Membaca kisah-kisah yang LZS kongsikan sedikit sebanyak sebak betul hati ni. Rupanya ramai lagi yang susah dekat luar sana. Secara tak langsung juga buat kita lebih peka kepada masyarakat keliling. 

Alhamdulillah, terima kasih dan syabas buat mereka yang sudah membuat pembayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor. Disebabkan zakat korang, LZS dapat turun padang untuk menyantuni ramai asnaf di Selangor. 

Jom Taksir Zakat Dan Menang Hadiah

Sempena kempen Jom Taksir Zakat, Sempurnakan Zakatmu yang bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022, mana-mana pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat berpeluang untuk menyertai peraduan Jom Taksir Zakat dan memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

TAKSIR ZAKAT & TEBUS VOUCHER KFC

 

Haa, cara mudah untuk buat penebusan voucher KFC, korang hanya perlu layari http://jomzakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Zakat Selangor di Play Store atau Apps Store. Daftar dan log masuk. Kemudian gunakan fungsi "Taksir" dan buat taksiran mengikut jenis taksiran dan "simpan taksir zakat". Jangan lupa tangkap layar sebagai bukti taksiran dan tebus voucher di cawangan LZS berdekatan

TAKSIR, BAYAR ZAKAT DAN MENANGI HADIAH MENARIK

Korang boleh berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sekiranya membuat bayaran zakat. Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan berkomputer dan akan diaudit oleh juruaudit LZS.
 

Hadiah Utama - Yamaha Lagenda 115Z FI
Hadiah Kedua - Nintendo Switch OLED
Hadiah Ketiga - Smart Watch Garmin
10 Hadiah Saguhati - Galaxy Tab A8

Menarik betul hadiah korang bakal terima bila korang buat pembayaran zakat-zakat korang tu. Tak rugi pun bayar zakat di LZS ni. Mana tahu selepas korang dah keluarkan zakat, ada rezeki buat korang untuk menang hadiah pula kan. Kalau Mimin tempat ketiga dah okay sangat tu. hahahaha
 
 
Berikut syarat-syarat kelayakan dan lain-lain info yang boleh korang baca sendiri. Bukan mudah nak menang dan bukan mudah ye nak keluarkan budget hadiah-hadiah menarik ni. sebab tu susah sikit syaratnya. Semoga berjaya dan terima kasih sudah membuat pembayaran zakat-zakat anda.
 
----------------------------------------------
INFO LANJUT
Telefon : 1-300-88-4343  

0 Comments