APA ITU PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA)?
KEPENTINGAN FTA
- Dapat akses kepada pasaran yang lebih besar
- memudahkan dan menggalakkan perdagangan, pelaburan dan merangsang kerjasama ekonomi
- meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia
- Membangunkan keupayaan industri tempatan melalui kerjasama teknikal
PERJANJIAN FTA
- Kemudahan perdagangan
- pelaburan
- perlindungan harta intelek
- polisi persaingan perdaganan
- kerjasama ekonomi yang berkaitan.
FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat layanan istimewa dan akses kepada pasaran yang lebih besar. Pengeksport Malaysia juga akan menikmati penjimatan kos daripada penghapusan atau pengurangan duti kastam serta memudahkan urusan perdagangan dengan liberaslisasi syarat-syarat prosedur kastam yang ketat.
Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai sektor perkhidmatan komersial dan profesional dari Malaysia. FTA turut memudahkan para pelabur Malaysia untuk melabur di negara rakan FTA.
--------------------------------------------------------------------
harap korang faham asas Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ni. Next entry mimin nak sembang keistimewaan syarikat yang menikmati FTA ni okay. stay tuned !