Beauty In Pouch - Ecolite Collagen Bird’s Nest Drinks Review

August 17, 2023
Minuman Kolagen Sarang Burung Sedap dari Ecolite | Banyak khasiat yang boleh dapat bila kita minum sarang burung ni terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan, kalau macam mimin tak susah pun nak cari sarang burung ni sebab keliling rumah ni ada rumah pikat burung walit ni, tapi biasalah.. bukan mimin punya jadi masih tak susah nak cari dan banyak boleh dapatkan di pasaran. Banyak jenama terkemuka mengeluarkan Sarang burung ni. Mimin lebih suka minum sarang burung dari Ecolite ni.  
ECOLITE BIRD NEST


Bagaimana Rasa Sarang Burung ?

Sebelum ni, Mimin ada cerita Ecolite Boostick. Korang dah cuba belum Ecolite Boostick tu ? Bagi korang yang tak pernah minum sarang burung and tertanya-tanya rasa dia macamana, rasa sarang burung ni plain je, tak rasa apa pun sebenarnya dan teksturnya macam jeli. Bila minum sarang burung dari Ecolite ni memang sedap dan banyak sarang burung yang ada dalam 1 pouch ni.

ECOLITE BIRD NEST
PACKAGING BARU - LEBIH MESRA PENGGUNA

Packaging Baru Ecolite Collagen Bird’s Nest

Bagi pengguna sarang burung Ecolite semestinya sudah tahu dahulu packaging Ecolite Collagen Bird’s Nest ni dalam botol kaca. Haaa sekarang dah berwajah baru tau korang, Ecolite dah tukar packaging baru dalam bentuk pouch. Seriously qaseh happy bila Ecolite tukar packaging baru ni sebab ia lagi memudahkan dan senang nak bawa kemana-mana tanpa rasa risau ia pecah

ECOLITE BIRD NEST
PACKAGING LAMA - DALAM BENTUK BOTOL KACA

ECOLITE BIRD NEST
BOLEH MUAT MASUK KE DALAM BEG TANGAN

Nampak kecik je kan.. tak sangka, sebab semua masih sama hanya packaging sahaja yang berubah. Tengoklah size Ecolite Bird’s Nest yang baru ni kecil dan comel, bila dah tergopoh gapah nak keluar rumah kan tapi tak sempat nak minum, nah letak je dalam handbag dan boleh minum dalam kereta, di pejabat dan sambil borak-borak dengan kawan pun sempat je nak minum tau.

3 Perisa Ecolite Collagen Bird’s Nest

  • Original
  • Longan
  • Lychee & Rose Syrup

Ecolite Bird’s Nest Perisa Original

PERISA ORIGINAL

Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Cane Sugar, Water


Ecolite Bird’s Nest Perisa Longan
PERISA LONGAN

Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Collagen Peptide Dried Longan Piece, Water


Ecolite Bird’s Nest Perisa Lychee & Rose Syrup
PERISA LAICI & ROSE

Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Lychee Syrup, Rose Syrup, Water


1 pouch tu memang tak cukup untuk Mimin tau tak.. sedap betul.. tapi untuk pengambilan harian 1 pouch sehari dah cukup dah untuk badan kita, lagi sedap letak dalam peti sejuk dah satu hal pulak berebut pulak dengan laki. Bila dah mak pak berebut, anak pun sibuk mintak jugak. Dah berebut haa...

Khasiat Sarang Burung Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Sarang burung adalah sejenis burung yang boleh dimakan atau lebih dikenali sebagai edible bird's nest dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan makanan eksotik dan popular sejak dulu lagu. Khususnya dalam kalangan masyarakat cina kaum Tionghua di Malaysia. 

gambar contoh dari google

Sarang burung ini juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan Phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus menjadi lebih baik. 


Harga Ecolite Bird’s Nest Drink di Guardian

Harga mampu milik berbanding jenama sarang burung di pasaran yang lain !


Cara Minum Collagen Ecolite Bird’s Nest

1 pouch sekali sehari, sebaiknya minum dengan perut kosong
Waktu pagi : sebelum sarapan 
Waktu malam : sebelum tidur

Jangan lupa goncang sebelum minum, lagi sedap letak dalam peti sejuk, bertambah sedap !

Mana Nak Dapatkan Ecolite Bird’s Nest ?

Korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Guardian terdekat. Korang nak kulit kekal awet muda jugak haaa jangan lupa dapatkan di Guardian berhampiran korang. 



INFO LANJUT :

TAMPIL BERGAYA LEBIH FEMININ DENGAN KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA

April 16, 2023
Sejujurnya, susah nak cari SmartWatch yang betul-betul berfungsi dengan baik.. Sebelum ni ada beli SmartWatch berjenama biasa tapi bunyi pula pecah, kiraan jantung tak tepat dan banyak lagilah yang jadikan "SmartWatch" itu sekadar untuk tengok masa je. Ada juga, laki Mimin Reward bersalin dengan SmartWatch berjenama terkemuka. Okaylah berfungsi baik cumanya, Smartwatch tu hanya boleh tengok notifikasi je tak boleh nak baca habis apa yang Sender Chatting.
 

KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA

Pernah dengar tak jenama jam Kieslect ? Ini pun mimin baru pertama kali dengar. Mimin tahu pun sebab saja lah cari-cari jam raya dekat shopee. Bila tengok jenama Kieslect ni, Mimin terus tengok review. Takut terkena "SmartWatch" yang hanya tengok waktu. hehehe...

Apa yang lainnya Kieslect Lady Calling Watch Lora berbanding dengan SmartWatch yang lain, Kieslect Lady Calling Watch Lora ni merupakan jam pintar yang mempunyai pelbagai fungsi kegunaannya. Bukan sahaja boleh tengok waktu malah boleh bantu sesiapa yang memiliki jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ni dengan urusan harian seperti menjawab panggilan telefon, membaca mesej, mendengar lagu, mengira langkah seharian dan banyak lagi.



Rupanya, jenama Kieslect ini dah mendapat tempat lebih 60 buah negara dengan lebih 5,000 lokasi runcit . Sejak penubuhannya sekitar tahun 2017, Kieslect telah bekerjasama dengan pembekal teknologi terkemuka supaya dapat menyediakan produk yang berkualiti, Kieslect mempunyai lebih daripada 600 orang pekerja di seluruh dunia dan semua  produknya diperakui dengan pensijilan CE, RoHS, FCC, dan UKCA. Ia dapat membuktikan kebolehpercayaan jenama ini dan kualitinya,

BANTU TAMPIL BERGAYA DENGAN KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA

SmartWatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni sangat sesuai dengan wanita, bukan sahaja reka bentuk yang sangat feminin. Malah didatangkan dalam 3 warna pastel pilihan Merah Jambu, Emas, dan Ungu yang sangat Feminin. Dan pilihan Mimin adalah semestinya SmartWatch Kieslect Lady Calling Watch Lora berwarna Ungu ! 

 

Menariknya jam ini, tali jamnya berkonsepkan 'double strap' iaitu mempunyai 2 warna berbeza dan boleh tukar mengikut kesesuaian serta diberikan percuma 1 set tali jam untuk kita menggayakan dengan Outfit kita.


Eh! bukan itu sahaja. Wallpaper jam boleh ikut kita. Boleh guna gambar sendiri juga boleh menggunakan wallpaper yang sedia ada. Menarik kan ! boleh sesuaikan wallpaper dengan mood kita. Kalau mood suram, boleh lah letak wallpaper gelap-gelap giteww.. hehehe

KELEBIHAN KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA

  • Sambungan Blutooth yang stabil
     

Kieslect Lady Calling Watch Lora mempunyai mikrofon dan pembesar suara untuk panggilan telefon yang jelas. Selain itu, sambungan Blutooth 5.2 yang stabil untuk sambungan yang lebih kuat. Takde lah dengar bunyi pecah semasa buat panggilan. 

  • 3D Full View Colorful Display


Skrinnya pula merupakan Touch Screen 3D Full View Colorfull Display. Lebih besar dan lebih terang sudah pasti jangan risau boleh laraskan tahap pencahayaan di jam ini. Kieslect Lady Calling Watch Lora menggunakan Sarung Aluminium Tanpa Pudar menampilkan rupa yang bergaya selain diperbuat daripada aloi aluminium tahan pudar.

  • Sambungan Notifikasi Aplikasi Chatting

Nah, boleh nampak notifikasi panggilan, whatsapps, twitter, instagram dan lain-lain aplikasi yang korang boleh sambungkan di telefon. tak payah lah kelam kabut cari telefon dalam beg yang penuh dengan harta karun tu lagi dah sewaktu kesibukan yang melanda. heheeh

  • Lebih 70 Mod Sukan Tersedia


Ehem ! zaman sekarang ni, mana ada orang tak pentingkan kesihatan. Untuk mereka yang suka bersenam bolehlah sambungkan dengan High Definision Music Playlist On Wrist.

 

Kita boleh dengar musik kegemaran hanya daripada jam tangan kita. Tak perlulah bawak earbud yang boleh tercabut dari telinga bila sedang beraktiviti sukan. Hal ini kerana, Kieslect Lady Calling Watch Lora dilengkapi dengan lebih daripada 70 Mod sukan termasuk kiraan kalori dan langkah. 

  • AI Voice Assisrant


AI Voice Asisstant ni macam kalau telefon pintar Apple ada Siri. Haa! Kieslect Lady Calling Watch Lora juga ada fungsi yang sama. Jadi kita jadi mudah sangat bila tengah sibuk bekerja ke tengah memandu ke. Hanya "Tap" di AI Voice Assistant untuk navigasikan jam tangan kita. hmm ! menarikkk sungguh. 

  • Pemantauan Kadar Jantung, SPO2, Analisa Paten Tidur, Peringatan Kiraan Haid

 

Wah! memang terpaling bagus untuk wanita macam Mimin ni yang ada sejarah Pre-eclampsia semasa melahirkan anak tempoh hari. Yang memerlukan pantauan kadat denyutan jantun, SPO2 dan terpaling penting merancang keluarga.. Hekhek.. 

  • Cip Panggilan Teras 2 Dalam 1

Sama seperti jenama terkemuka lain, Kieslect Lady Calling Watch Lora membolehkan meningkatkan hayat bateri 30% lebih baik daripada dual chip. Jadi, ianya lebih cekap tenaga dan boleh tahan lama di mana jam ini sekiranya penggunaan yang kerap boleh bertahan sehingga 1-2 hari. Kebiasaannya jika tiada notifikasi masuk dengan kerap jam ini boleh bertahan sehingga 3 hingga 5 hari

  • Fungsi Lain-lain

 

Kieslect Lady Calling Watch Kieslect Lady Calling Watch Lora turut dilengkapi dengan aplikasi permainan, SMS quick reply, rintangan air IP68 (waterproof), Penggera, Kalkulator, lampu suluh dan butang SOS. Ini hanya sebahagian daripada ciri-ciri tambahan yang kadangkala kita tak terfikir ada di dalam smartwatch.

REVIEW KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA DARI MIMIN ADAM

Sepanjang Mimin gunakan jam ini, sangat berpuas hati dari segi daya tahan bateri jam yang panjang, bunyi yang jelas sekiranya terdapat panggilan, yang paling penting sejenis malas nak workout semenjak berbadan dua dapat banyak jalan dengan bantuan Kieslect Lady Watch Lora sangat membantu.  

Kalau sebut harga pula, berbanding smartwatch berjenama terkemuka di Malaysia ni dengan fungsi yang sama. Kieslect Lady Calling Watch Lora merupakan jam yang paling mampu milik ! Ia mempunyai CP (Cost Performance) yang tinggi, menawarkan banyak ciri pada harga yang sangat berpatutan.

Tak rugi kalau korang dapatkan jam ni tau. Harga jauh lagi murah dan terselamatlah duit belanja korang dari beli mahal mahal tapi sama je fungsi dengan Kieslect Watch Brand ni.

MODEL SIRI LAIN DARIPADA KIESLECT

Eh, memang betul Kieslect Lady Calling Watch Lora ni direka khas untuk wanita. Tapi, cik abang sana jangan lah sedih. secbab Kieslect ni ada dalam Model Kieslect Lady Calling Watch Lora dengan Mod Sukan dan Ujian tekanan serta Ujian Emosi serta model Kieslect Calling Kr Pro dengan 70 Mod Sukan.

**Kieslect menawarkan perlindungan jaminan gantian selama setahun. Pemilik jam boleh menukar mana-mana produk yang serba baharu. tapi ! Kieslect pun ada hak untuk menolak bagi menggantikan produk jika kerosakan disebabkan kesilapan yang datang dari pemilik jam. Bukan dari Jam tersebut.

-------------------------------------------

INFO LANJUT

Sekiranya korang juga berminat untuk mendapatkan SmartWatch daripada Kieslect ni secara dalam talian. Korang boleh terus beli melalui platform Shopee (https://shopee.com.my/kieslect.os) Tahniah sebab korang rajin baca sampai habis. Makanya, ada diskaun kalau korang guna kod yang sah digunakan ketika membeli di Shopee sahaja :  

KIESLORA - diskaun RM5 untuk Kieslect Lady Calling Watch Lora'

KIESKS - Diskaun RM10 untuk Kieslect Calling Watch Ks 

 
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness

MEKDI SELAMI KEHIDUPAN ANAK MUDA MELALUI DRAMA 9 EPISOD "KAU SUNDAEKU"

February 21, 2023

McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global. Sebelum itu, McDonald’s juga telah memenangi Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 dan Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman. 



Tak sangka, ingatkan McDonald's atau tulisan pasarnya "Mekdi" sekadar menyajikan makanan segera kepada pelanggannya. Sebelum ni, yang kita tahu banyak program Khidmat Masyarakat yang Mekdi anjurkan, malah penghargaan kepada guru sempena Hari Guru di Malaysia juga Mekdi anjurkan setiap tahun. Baru-baru ini, saja tengok Mekdi punya Facebook mana tahu ada lagi promosi Happy Meal yang menarik boleh belikan untuk Fayyadh. Sekali teruja pulak bila nampak Mekdi buat drama 9 episod yang bertajuk "Kau Sundaeku"

PROGAM LATIHAN DI McDONALD's

Mekdi melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.



Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

 

McDONALD's MENYELAMI KEHIDUPAN ANAK-ANAK MUDA MASAKINI

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Mekdi mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.  


SINOPSIS DRAMA 9 EPISOD McDONALD's KAU SUNDAEKU 

 
Mekdi Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai di Mekdi. Menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, Mekdi mengeluarkan  satu siri drama original di Instagram reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan



 
Mekdi muncul dengan Drama Bersiri Original yang tidak pernah terfikir oleh aku, Restoran akan buat drama bersiri untuk pelanggan tetapnya. Sam, Aisyah, Nina dan Sheila akan berkongsi pengalaman menarik bekerja di Mekdi. Episod pertama "Kau Sundaeku" telah ditayangkan pada 21 Disember 2022 dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan 3 kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza yang menemui 'rumah' mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di Mekdi.
 
Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Ujaramuthu. 

—----------------------------------------------------------------



McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. 


Powered by Blogger.
Back to Top