CARA INI DAPAT MELEGAKAN BATUK DAN SAKIT TEKAK DENGAN PATI OXYMEL KHAL IN SANIVIR

Baru-baru ni, anak Mimin si Fayyadh Affan tu dia kena tahan wad rentetan dari demam lepas sambut hari lahir dia awal bulan 12. Dia diwadkan sebab tiba-tiba batuk dan selesama 24hb Disember 2023 waktu pagi, waktu tengah hari dah dengar nafas dia berbunyi, dada dia berombak laju. Teruslah Mimin tak fikir panjang bawak dia pergi hospital. Biasalah, mak-mak kalau dah jaga anak sakit. Kita tak lari dari kena tempias. Bukan je cirit birit malah batuk selesama pun hinggap dekat diri ni. Mujurlah adik baby kuat antibodi dia. 

Alternatif melegakan sakit tekak
 
Mimin ni malas nak pergi klinik. Sebabnya ubat-ubat klinik tak pernah terhabis. Kalau pergi klinik pun sebab nak dapatkan MC. hahaha. Mimin lebih suka sakit tu pergi sendiri lagi-lagi tengah dalam cuti bersalin. Tapi mana boleh biarkan macam tu je takut nanti adik baby join sekali. 

CARA MELEGAKAN SAKIT TEKAK

 
Terdapat pelbagai cara melegakan sakit tekak dan selesama kalau kita google. Banyak juga kaedah rawatan yang mudah yang untuk batuk dan selesama ni. Walaupun kita selalu ambil mudah tapi boleh menggangu aktiviti seharian kita, kualiti hidup pun boleh terjejas sebab nanti kita duk srruuttt sruutt selesama tu. Dada pun tak selesa bila kat tekak macam nak letak luar kejap. Ia lah, kalau batuk ni semestinya sakit tekak. Sakit tekak boleh mengalami kegatalan, rasa sakit atau rasa terbakar dekat leher tu. 

1. KUMUR AIR GARAM



 
Kumur dengan air garam salah satu cara merawat sakit tekak. Garam boleh menarik keluar lendir pada tekak yang sedang meradan dan bengkak sebabkan sakit tekak. Kaedah ini dapat memberikan kelegaan kepada sesiapa yang tengah sakit tekak. Dengan cara berkumur untuk beberapa saat dan ia perlu dibuang (bukan untuk diminum). 

2. MINUM AIR SECUKUPNYA




Minum air secukupnya penting untuk kesihatan umum. KKM juga sangat galakkan kita untuk minum air 8 gelas sehari. Malah ia juga boleh membantu melegakan sakit tekak. Ramai juga yang tak tahu pengambilan air mengikut saranan adalah cara merawat sakit tekak yang mudah dan efektif. Tanpa air yang mencukupi, badan tidak boleh menghasilkan jumlah air liur dan mukus yang cukup di dalam tekak. Kalau badan dah kurang pelincir semula jadi ni, semestinya akan menyebabkan simptom sakit tekak kita lebih menyakitkan. Boleh juga kalau nak minum sup atau teh sebagai alternatif air kalau memang jenis tak suka minum air masak banyak-banyak. Tapi pastikan ia suam dan bukanlah manis dan berais ya.

3. TINGGIKAN KEPALA DENGAN BANTAL SEMASA TIDUR



Tak pasti dekat orang lain cara ini menjadi atau tidak. Tapi kalau Mimin tinggikan posisi kepada semasa tidur dapat melegakan penafasan malah dapat juga melegakan sakit tekak. Kaedah ini boleh disebabkan korang akan tidur dengan mulu terbuka untuk bernafas. Bukaan tersebut boleh mengeringkan tekak kita menyebabkan kita nak pergi minum air banyak sebab kering dah tekak.

4. MINUM MADU

Madu boleh disenaraikan sebagai salah satu cara melegakan sakit tekak yang berkesan. Ia boleh dicampurkan bersama dengan air teh bagi mengekalkan tahap hidrasi kita pada paras optimum. Sesetengah air teh seperti air teh hijau mempunyai sifat antibakteria. Ia memberikan kelegaan daripada kesakitan.


Kaya dengan antioksidan dan boleh menurunkan tahap radang dIdalam tekak. Banyak juga kalau google madu bukan sahaja boleh menghilangkan sakit tekak, ia juga boleh bertindak sebagai agen mengawal simptom batuk. Sekurang-kurangnya, tekak kita tak adalah terasa pedih berikutan batuk semasa alami masalah sakit tekak.

MINUM PATI MADU KURMA AJWA DARI OXYMEL KHAL IN-SANIVIR



Korang nak tahu, haritu ada kawan Mimin cadangkan untuk minum madu. Tapi madu ni kan ada macam-macam versi. Kebetulan, kawan sesama blogger ni dia cadangkan madu dari oxymel di Shopee. Sebab dia baru je lepas review jenama Oxymel. Dia cakap sedap dan rasa lega macam makan gula-gula hacks je.

 
Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu kala. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala In-Sãnivir adalah ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya. 

100% Tiada Bahan Kimia
100% Tanpa Bahan Pengawet
100% Tanpa Sebarang Gula
100% Tanpa Sebarang Perisa
100% Tanpa Sebarang Pewarna
 

KEBAIKAN PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir



Banyak kelebihan dan kebaikan Pati Oxymel Khal In-Sanivir ni.
● Ia sangat bagus untuk kesembuhan selesema, batuk, demam
● Meredakan segala macam jenis masalah dan gejala selasama biasa
● Meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya
● Meredakan masalah selesema, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga
● Memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya
● Bertindak sebagai tindak balas cepat untuk melawan virus berkaitan selesama biasa
● Melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selesema
● Membuang angin dalam badan
● Badan akan mudah sendawa dan membuang angin
 

CARA PENGGUNAAN OXYMEL KHAL IN-SANIVIR


Korang boleh menggunakan secara tradisional sebagai minuman kesihatan. Ambil 1 atau 2 sudu besar selepas makan atau bila diperlukan. Jangan lupa minum air secukupnya selepas pengambilan Oxymel Khal In-Sanivir.

Disarankan pengambilan Oxymel Khal In-Sanivir bagi dewasa 1 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh. Manakala Kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas boleh beri 1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh. 

Bagi ibu mengandung, kanak-kanak bawah 4 tahun korang boleh tanya seller shopee tu dulu
yaa. Mimin tak pasti pulak pasal tu.

REVIEW OXYMEL KHAL IN-SANIVIR DARI MIMIN ADAM

 

Macam biasa, kalau Mimin cuba sesuatu mimin akan berikan ulasan apa yang Mimin sudah mencuba sesuatu benda tu. Mimin secara jujurnya Mimin tak suka makan ubat batuk dan tak reti minum madu. Suami Mimin cakap Mimin ni jakun semua benda tak nak cuba. Tapi tah kenapa Oxymel Khal In-Sanivir ni Mimin boleh nak mencuba dan nak rasa. Tengah Mimin sakit tekak, beli dekat shopee hari ni tak sangka esok dah sampai. Padahal beli waktu cuti publik. Kira ngamlah waktu beli tu. Tengah sakit tekak nak batuk. Minum Khal In-Sanivir ni terus lega. Lega sebab berangin dekat tekak dan rasanya pula seperti makan gula-gula hacks. Mula tak percaya kawan Mimin cakap rasa dia berangin dan rasa gula-gula hacks. Sekali dah rasa, baru percaya. Hehehe

Nak simpan pun mudah je. Tak payah masuk dekat peti ais. Letak dekat suhu bilik sudah memadai. Lepastu boleh simpan lama. Rasa dan kualiti tak terjejas. Mimin ulas sebab dah sebulan tak minum tiba laki pulak sakit tekak. Suruh dia amalkan Khal In-sanivir juga. Alhamdulillah. Beransur mengkokol batuk dia.

 

------------------------------
INFO LANJUT :
HARGA : RM 29.00 (SM) | RM 39.00 (SS)
SHOPEE : BELI DEKAT SINI


0 Comments