Kualiti Beg Terbaik Dari Mizzue Malaysia

Pernah terfikir tak kenapa gegirl macam satu perkara wajib ada handbeg? Kenapa boboy wallet je pun dah cukup? Hahahahah. Kalau korang ada jawapannya boleh laa cerita sikit dengan aku sebab apa. Tak tahu laa apa laa kaum hawa ni nak bawak banyak barang sapai wajib ada handbag. Bagi aku, aku lebih suka tak bawak handbag. Cuma bawak purse. Tak pun beg sandang tuu haa. Alang-alang nak bawak barang. Bawak banyak sikit barang tuu. Hahahaha

MIZZUE MALAYSIA

Pernah dengar tak Mizzue Malaysia tu apa ? Mizzue ni macam Zalora, Lazada, Fashion Valet dan lain-lain tu.. Maksudnya Mizzue Malaysia ni online shopping di mana kita boleh membeli secara online kesemua jenis beg dan juga pakaian di website ini. Di Mizzue terdapat bag seperti clutches wallet, purse, handbag, shoulder bag, across body bag, backpack, leather bag, dan banyak lagi. 

mizzue.com.my


Korang yang rajin OOTD, boleh laa rajin-rajin usha website Mizzue Malaysia ni. Design di Mizzue semua trend terkini. Senang citer semua barang-barang dia up-to-date. Yang paling penting design dia semua simple takde berat-berat. Bagi aku, aku memang suka design simple. Nampak lagi classy.. hehe. Memang rambang mata. Banyak pilihan guys kan Mizzue Malaysia tuuuu. Disebabkan raya, aku behave sikit,, hahahaha


mizzue malaysia
bawak raya dah beg ni.. hihihi

Sebelum raya hari tu, alhamdulillah aku berpeluang untuk merasa sendiri barangan dari Mizzue Malaysia weyhh! Serious teruja habislahh.. Siap rambang mata tak tahu nak pilih apa kat Mizzue tuu. Aku pilih Lavonna Latulas – Brown. pssssssttt … harga dia quite mengancam guys.. Mula-mula aku macam takut kualiti dia tak ok.. Macam takut harga macam gini kualiti macam tuu je.. Bila aku terima beg dari Mizzue ni.. terus tak fikir apa dah. Terus belek belek sampai puas hati. No wonder lah harga dia macam tuu. Ibu aku siap cakap nanti dia nak pinjam bawak pergi sekolah lepas tu mesti student atau cikgu lain nak jugak beg macam ni.


APA KATA MIMIN MENGENAI MIZZUE MALAYSIA?


Jujur cakap aku suka gileeeeeeerr beg sandang Lavonna Latulas dari Mizzue Malaysia ni. Aku pilih ni sebab in fact aku jenis nak menyumbat barang tapi still nak acah-acah semart. Kahkahkah.. Nak nak aku ni bila hari kerja duduk kat rumah sewa walaupun rumah tuu rumah satu lagi parents aku punya sendiri. Sebab dekat dengan tempat kerja. Boleh lahh letak baju dalam beg ni. Tambah lagi time raya ni banyak berjalan. So, boleh laaa bawak p travel raya. Aku galakkan korang beli beg dari Mizzue ni. Tak rugi kalau korang milikki barangan dari Mizzue.

KELEBIHAN LAVONNA LATULAS DARI MIZZUE MALAYSIA


Kelebihannya, beg ni boleh lap dengan tissue basah kalau ada kotor. Walaupun dari mata kasar tak nampak sangat kotor tu. Beg ni ada tempat khas nak letak passport atau handphone. Hahaha. Paling best banyak tempat boleh sorok-sorok barang. I like ^.^  
--------------------------------------------------------------------------------------------

7 Comments