MENEROKA 6TH MILES TUNNEL DI LOST WORLD OF TAMBUN

October 27, 2017
Entry sebelum ni aku dah janji nak buat entry khas untuk 6th Miles Tunnel di lost World of Tambun. Dan aku ada sebut pasal salah satu tempat aktiviti mencabar yang kami lakukan di Lost World Of Tambun tempoh hari. Kami sudah dimaklumkan untuk aktiviti ini, di mana kami tidak perlu pakai-pakaian cantik dan haruslah memakai kasut yang lasak dengan air seperti kasut getah. 

Lost World Of Tambun

PERJALANAN KE 6TH MILES TUNNEL 

Sebelum pergi tu, macam-macam aku tanya dekat Cik Wawa (Staff Lost World Of Tambun). Dia cakap ada 6th Miles Tunnel ni mencabar. Kalau dah masuk tak boleh patah balik. Fuhh dalam hati dalam tuu ada ikan apa sampai cakap macam tu. Siap bagitahu kawasan tu kawasan selut. Dalam hati Cuma cakap, waahh ! mencabar aktiviti kali ini.
Selepas makan tengah hari, kami berkumpul semula untuk persediaan keselamatan bagi melakukan aktiviti kejap lagi. Mereka menerangkan ciri-ciri keselamatan dan menyediakan peralatan keselamatan seperti safety helmet, head lamp, life jacket, air mineral dan sejenis energy bar. Unik kat sini, dia sediakan tali rapia untuk ikat botol air mineral. Hahaha, time ni tak dapat imagine apa yang akan berlaku kat sana.
Langkah pertama yang perlu kami buat perlu memastikan segala keselamatan sudah tersedia. Nak buang air ke nak tingkatkan keselamatan ke, time ni lahh masanya untuk buat semua tu. Sebabnya, bila perjalanan bermula sukar untuk buat tu semua.

Asal Usul 6th Mile Tunnel Cave

6th Mile Tunnel ini terletak di bawah bukit batu kapur. Pada asalnya pelombong menjadikan terowong ini jalan pintas untuk ke sebelah lain bukit di samping melombong bijih timah dan akhirnya ia dijadikan sebagai tempat persembunyian tentera komunis dan tempat strategik untuk menyerang hendap askar Melayu mahupun masyarakat setempat. 6 batu, 3 batu pergi dan 3 batu balik adalah panjang perjalanan di dalam terowong gua ini. Sebab itu dipanggil 6th Miles Tunnel Cave.

Cabaran melepasi Tasik Boga

Lost World Of Tambun
Menyeberangi Tasik Boga
Untuk pergi ke pintu masuk 6th Miles Tunnel ni, kami semua kena merentasi Tasik Boga yang digembar gemburkan ada ikan naga (ikan arapaima) di dalam tasik tu. Time tu sis redha guys. Dan Tasik Boga memang ada ikan. Aku sejenis tak suka haiwan.. Jadi, Masa merentas Tasik Boga ni, kaki aku macam apa pun tak tahulah nak cakap. Janji kaki tak kene segala kaum kerabat ikan dalam Tasik Boga. Nak tak nak kena tempohi jugak, sebab nanti menyesal tak sudah kalau tak buat.

Lost World Of Tambun
Alternatif lain untuk seberang ke Tasik Boga
Selepas semua dah berkumpul di seberang tasik Boga, kami perlu berjalan lebih kurang 5 minit dan perlu melalui kawasan perumahan. Besar dan cantik rumah-rumah kat sini tapi padan la dengan harganya. Kalau banyak duit, aku beli rumah kat sini buat homestay jee. Ehh ! Walaupun kami jalan sambil membawang, tetap jugaklah jaga privasi kawasan kejiranan yang harmoni itu.

Cabaran Melepasi Kawasan Paya ke Pintu Masuk 6th Mile

Lost World Of Tambun
Kami di kawasan Tapak X-Camp
Setibanya kami ke kawasan pintu masuk tunnel yang terletak di tapak X-Camp. Sekali lagi kami berkumpul di situ dan diberi taklimat mengenai pantang larang dan juga aspek-aspek keselamatan yang perlu di patuhi. Iyalah, ini kan kali pertama kami jejak kaki kat situ.. Makanya perlu diingatkan semula tentang keselamatan semasa di dalam 6th Miles Tunnel ni.

Lost World Of Tambun
Ambil giliran untuk ke pintu masuk 6th Miles Tunnel Cave
Lost World Of Tambun
Cara yang sama digunakan semasa seberang Tasik Boga, Berpaut pada tali
Dari tempat berkumpul, kami boleh nampak pintu masuk ke Tunnel tersebut. Sekali lagi! Kami perlu merentasi kawasan berair. Kali ini kawasan berpaya selut. Err, confirm ada lumpur dalam ni. Berbekalkan tali seperti di Tasik Boga tadi, Sekali lagi aku perlu selamatkan badan aku dari tersentuh apa-apa di paya tersebut. Hahahaha, Kelakar kalau di ingatkan semula.

Pengalaman Sepanjang di dalam 6th Miles Tunnel

Lost World Of Tambun
sempit, berair, dan gelap serta berbatu licin
Selepas mengharungi paya tadi, maka kami betul-betul berada di depan pintu masuk 6th Miles Tunnel. Kawasan di dalam gua itu agak gelap, berbatu dan berair kat situ. Memuatkan untuk dua orang je kalau sekali masuk. Tapi untuk keselamatan, kami bergerak seorang demi seorang dalam bentuk barisan. Pada masa ni head lamp perlu dipasang kerana kawasan dalam tunnel sangat gelap. Untuk sampai ke penghujung tunnel kami perlu mengharungi kawasan yang sempit, berair, dan gelap serta berbatu licin ni sepanjang 3 batu. Manakala untuk pulang juga perlu melalui jalan yang sama iaitu sepanjang 3 batu juga. Itulah sebabnya nama tempat ni Sixth Miles Tunnel.

Lost World Of Tambun
bergerak seorang demi seorang dalam bentuk barisan hanya berbekalkan cahaya head lamp
Lost World Of Tambun

Macam aku cakap tadi, Dalam gua tu ada batu dan air. Sepanjang perjalanan dalam tunnel ni kami perlu menyusuri kawasan yang berair dan berbatu. Sebab itulah pentingnya memakai kasut yang bersesuaian supaya kaki tidak luka atau sakit. Pada awalnya, air dalam tunnel tu tinggi jugak la sampai paras peha. Masa tu dapat la tengok ikan keli berenang-renang tepi kaki. Berdebar-debar aku sepanjang perjalanan tersebut. Makin ke dalam perut tunnel cave, paras air makin cetak tapi batu makin banyak, so kami kena lebih berhati-hati bila melangkah. Ada certain tempat tu bumbung tunnel rendah dan kami perlu tunduk untuk mengelakkan terhantuk. Nasib baik ada safety helmet, kalau tak mau benjol kepala. Pastu kami juga dinasihatkan berhati-hati kalau nak pegang bahagian dinding tunnel sebab takut terpegang kawasan penginapan binatang berbisa. Jadi, buat masa ni memang kena fokus dan peka dengan sekeliling untuk keselamatan.

Lost World Of Tambun
stalaktit

Sampai satu tempat tu, ada dindingnya berkilau bila terkena sinaran head lamp. Kawasan di mana pembentukan kristal berlaku. Subhanallah, tak sangka boleh tengok dengan dua mata sendiri. Selalu tengok orang jual, katanya Kristal. Tapi tak tahulah betul punya ke buatan punya. Kawasan inilah yang digelar The Princess. Jurupandu kami menasihati kami supaya jangan sentuh kristal tersebut kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan kristal ni. Jadi, kami hanya mampu tengok je. Selain dari tu, kami juga dapat melihat rupa bentuk stalaktit dan stalagmit dan juga titisan air yang jatuh dari bumbung tunnel seolah-olah air terjun kerana dipercayai di bahagian atas ada sungai atau punca air. Cantik sangat.. 
 
Lost World Of Tambun
antara haiwan yang ada dalam Terowong gua ini
Menurutnya, 6th Miles Tunnel ni dahulunya pernah digunakan oleh pihak komunis dan juga pelombong bijih timah. Jadi, sepanjang perjalanan dalam tunnel ni terdapat banyak tinggalan-tinggalan sejarah sebagai bukti kewujudan mereka suatu ketika dulu. Sebagai contoh, ada satu kawasan tu kami dapat tengok ruang-ruang dinding ditebuk seperti bilik dan terdapat susunan batu yang disusun secara rapi di tepi dinding tunnel. Biasanya, bila ada susunan batu, pasti kawasan tu ada haiwan liar (ular). Kami di nasihatkan supaya, sekiranya ada 2 biji mata merah memandang mata kita, jangan cemas dan mintalah bantuan dari jurupandu. Sekiranya hanya 1 biji mata merah memandang kita, jangan risau.. dia dah tak focus kat kita lagi. Zaman dahulu menyusun batu bertujuan untuk menahan dinding tunnel dan bertindak sebagai empangan jika paras air naik, elak berlaku keruntuhan. Selain tu kami juga dapat melihat beberapa peralatan melombong dan juga serpihan tembikar yang ditinggalkan di situ. Kami juga berpeluang merasai kegelapan para tenaga buruh zaman dahulu bekerja di terowong itu dengan memadamkan lampu kepala seketika. Fuhh ! memang gelap gelita. Macam mana mereka usahakan di dalam tunnel tersebut berbekalkan lampu pelita, hmm macam pelik bunyinya.. Kalau api tu terpadam, macam mana nak hidupkan. Seorang Mimin memikirkan kesusahan dan kepayahan orang zaman dahulu

Lost World Of Tambun
Pintu penghujung 6th Miles Tunnel
Lost World Of Tambun
Berehat sebentar sebelum patah balik ke pintu masuk 6th Miles Tunnel
Setelah sejauh 3 batu, akhirnya kami berjaya sampai ke hujung. Penat jugak mengharungi air dan kawasan berbatu selama hampir sejam. Mujur la ada bekalan energy bar dan air mineral. Jadi kami pun berehat sebentar lebih kurang setengah jam gitu la sebelum meneruskan perjalanan untuk balik. Laluan balik adalah laluan yang sama juga, so maknanya kena berjalan 3 batu lagi la jawabnya. Tapi pelik, time balik rasa laju pulak. Mungkin sebab dah tau kot laluannya. Walaupun rasa laju, tapi hakikatnya aku berjalan seorang diri semasa balik. Orang belakang jauh ke belakang.. dan orang depan jauh kedepan. MasyaAllah, Allah je tahu apa aku rasa. Maaflah Kristal semua, sis terpaksa memegang awak. Sepanjang kat dalam, sis hampir nak jatuh banyak kali akibat takut keseorangan berjalan. Pintu masuk kami pada awalnya tadi air sudah ke parah pinggang, menunjukkan air tengah naik atau ada gerimis sedikit sepanjang kami kat dalam terowong itu tadi. Akhirnya aku berjaya sampai semula ke pintu tunnel. Rasa macam nak marah orang depan jee sebab tinggalkan aku (Afiq Halid laa tu yang tinggalkan aku). Huh ! hahahaa. Sekali kali kami perlu merentasi paya untuk kembali ke X-Camp.
Lost World Of Tambun
Merentas semula paya
Alhamdulillah, setelah mengharungi lebih kurang 3 jam perjalanan, kami akhirnya sampai semula ke tapak Glamping dengan selamat. Walaupun pada mulanya aku dihantui dengan kata-kata Cik Wawa, akhirnya aku dan rakan-rakan lain semua berjaya menyahut cabaran untuk meneroka Sixth Miles Tunnel Di Lost World Of Tambun dengan jayanya. Ia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi aku memandangkan ini adalah kali pertama aku memasuki terowong seumpama ini di Malaysia. Jangan bimbang kerana korang akan dibimbing oleh jurupandu yang berpengalaman dan bertauliah di sana.

Sekiranya korang nak buat kem motivasi sambil berhibur, Lost World Of Tambun ada jawapannya. Semua ada, nak fun fun adan, nak adventure ada nak santai pun ada. Senang kata Lost World Of Tambun ada semuanya.



14 beleter:

Nadia Johari said...

syoknya tengok

Sue Izza said...

bestnyaaaaa rindu aktiviti lasak gini hehehhee

Mimi Azirah said...

Bestnya join aktiviti mcm ni. Suka sangat kalo ada aktiviti mcm nih..Enjoy kan

Yanty Lee said...

Seriously! I do miss this adventure activities. Really had fun.

qaseh dalia said...

Best gila tengok aktiviti korang , kalau xkena jaga anak memang join gak ni haha nangis bucu katil

atiehilmi dot com said...

waa.. bestnya !! lama tak buat aktiviti cintai alam sekitar camni.. em.. nampak nya kena singgah Ipoh lagi ni..

Maisarah Humaira said...

bestnya masuk gua. sejuk kan dalam tu

www.maisarahsidi.com

YB Shehan said...

Wowwwww.. syok gila tunnel ni.. seriusss

Salina Johari said...

Subhanallah..keindahan alam yg tersembunyi dan tak pernah k.sal tahu kewujudannya..

Leyla Nurjatiey said...

seronok nye dpt masu tunnel ramai2.

yaya_flanella said...

Syok betul baca haha yaya tak pernah pergi lagi

Akif Imtiyaz said...

Xtvt menarik sangattt..seronok ler dapat masuk gua..hehehe

Lisa Nurulain said...

syoknyaaaa . teringin jugaaa

mas saari said...

Fuhhh giler best aktiviti camni, advanture tu.

Powered by Blogger.
Back to Top