(20 GAMBAR)Rita Rudaini Bercuti Di Kapalai, Sabah

September 23, 2013
Rita Rudaini sekeluarga sedang seronok bercuti di Kapalai, Sabah. Membuat pelbagai aktiviti seperti menyelam melihat keindahan lautan ditemani dua anak lelakinya yang sangat comel tuuu
rita rudaini

Rita Rudaini buat masa ini masih belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya, Aidil. Kata Rita:-


Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa). Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih.
Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka. Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)
rita rudaini

Tahniah Fauziah Gous

waahh! congratz Fauziah Gous yang sekali lafaz sah menjadi isteri Zafran :) Untuk majlis malam berinai tema Pakistan dipilih kerana keluarga Fouziah dikatakan mempunyai darah keturunan dari sana. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 29 September di Hotel Marriot Putrajaya.









Majlis pernikahan telah berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.
Mas kahwin yang dihantar ialah sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran ialah RM50,000. Pihak lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

sumber

Emosi mengatasi segalanya.

September 12, 2013
Assalamualaikum.
Salam sejahtera..

Siapa takde emosi ? semua memiliki emosi. yang takde emosi tu sememangnya takde perasaan. Hari ni, berlakunya pelbagai emosi. Actually bukan hari ni je,, tapi minggu ni laa. Nak mudahkan cerita, emosi mengatasi segala-galanya. Sukar untuk mengawal emosi ni, tapi.... Diri sendiri yang dapat mengawalnya....


ikutkan emosi, memang tak fikirkan orang lain punya perasaankan ?
so, Mimin nak kongsikan bersama untuk input diri sendiri terutamanya :)

1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
Jika anda tahu rakan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.

2. Mendiamkan diri ketika marah
Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.

3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati. Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.

4. Luah pada masa dan tempat sesuai
Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran. Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.

5. Bawa bertenang
Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.

6. Senyum
Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.

7. Berzikir
Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu “Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar.” Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.

baca sini untuk lebih banyak motivasi yang anda perlukan :)

478,848 calon duduki UPSR hari ini

September 10, 2013


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula hari ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan, kata jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia


Powered by Blogger.
Back to Top