Rita Rudaini sekeluarga sedang seronok bercuti di Kapalai, Sabah. Membuat pelbagai aktiviti seperti menyelam melihat keindahan lautan ditemani dua anak lelakinya yang sangat comel tuuu
Rita Rudaini buat masa ini masih belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya, Aidil. Kata Rita:-
Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa). Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih.
Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka. Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)
waahh! congratz Fauziah Gous yang sekali lafaz sah menjadi isteri Zafran :) Untuk majlis malam berinai tema Pakistan dipilih kerana keluarga Fouziah dikatakan mempunyai darah keturunan dari sana. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 29 September di Hotel Marriot Putrajaya.
Majlis pernikahan telah berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.
Mas kahwin yang dihantar ialah sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran ialah RM50,000. Pihak lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
sumber
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula hari ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 469,882 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.
Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan, kata jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia