13 Hari Pemergian yang tersayang

October 25, 2013
Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera



Baru hari ni Mimin ada kekuatan untuk Mimin maklumkan bahawasanya Ayahnda Mimin telah kembali kerahmatullah. Siapa sangka orang yang paling disayangi, dihormati, dikasihi dan disanjungi telah pergi meninggalkan keluarganya.

Piluu sangat.. Arwah pergi sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha. Sayu dengar Takbir raya berkumandang.

Banyak hint yang arwah ingin sampaikan kepada kami, tapi kami biarkan dan berharap beliau sihat sentiasa, boleh menemani mak hari-hari. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Dia pendam sakitnya biar kami tak risaukan dirinya. 

Apak menghembuskan nafas terakhir pada 14hb October 2013 sebelum Subuh. Menunggu adik-adik turun flight, kebumikan Arwah ayah selepas Asar. Alhamdulillah, adik-adik dapat melihat wajah ayah kali terakhir.
Hajatnya untuk kumpulkan anak-anak telah tercapai. Last moment balik dari Langkawi.

Enam kuntum bunga, mewakili enam orang puteri Arwah Haji Adam Bin Maarop.
Semoga Allah sentiasa melindungi dari azab seksa kubur dan tempatkan ayahnda dalam kalangan Para Sahabat Rasulullah S.A.W
Insyaallah, Amin. Al-Fatihah

persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

October 11, 2013

Ya, Saya Dan Wawa Sudah Bernikah – Aeril Zafrel -
Akhirnya segala persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi. Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 4 Februari 2012 dan 25 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama.

Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 25 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-

Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.

Mungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin. Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.
Powered by Blogger.
Back to Top