13 Hari Pemergian yang tersayang

Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera



Baru hari ni Mimin ada kekuatan untuk Mimin maklumkan bahawasanya Ayahnda Mimin telah kembali kerahmatullah. Siapa sangka orang yang paling disayangi, dihormati, dikasihi dan disanjungi telah pergi meninggalkan keluarganya.

Piluu sangat.. Arwah pergi sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha. Sayu dengar Takbir raya berkumandang.

Banyak hint yang arwah ingin sampaikan kepada kami, tapi kami biarkan dan berharap beliau sihat sentiasa, boleh menemani mak hari-hari. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Dia pendam sakitnya biar kami tak risaukan dirinya. 

Apak menghembuskan nafas terakhir pada 14hb October 2013 sebelum Subuh. Menunggu adik-adik turun flight, kebumikan Arwah ayah selepas Asar. Alhamdulillah, adik-adik dapat melihat wajah ayah kali terakhir.
Hajatnya untuk kumpulkan anak-anak telah tercapai. Last moment balik dari Langkawi.

Enam kuntum bunga, mewakili enam orang puteri Arwah Haji Adam Bin Maarop.
Semoga Allah sentiasa melindungi dari azab seksa kubur dan tempatkan ayahnda dalam kalangan Para Sahabat Rasulullah S.A.W
Insyaallah, Amin. Al-Fatihah

1 Comments

  1. Al-Fatihah..

    Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat ye min. Min buktikan yg min boleh berjaya dan tempuh segala cabaran dalam hidup.

    Insyaallah..

    ReplyDelete