MH17: 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi

July 18, 2014



KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. 

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. 

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini. 
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

July 8, 2014
As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]

dianjurkan oleh Emas Putih dan di sponser oleh Emas Putih ,


Okay, mimin first time join and first time follow sebegitu ramai untuk 10 minit. hehe. Cuba nasib punya pasal. Apa pun boleh... BTW, mimin daa laksanakan semua syarat.. ehemm kak uzu.. kasi chan meyh.. haha ^.^

Syarat ke 4 follow blog..
Emas Putih = dah lama follow
Mommy Lizz = follower 234
Rozana = follower 110
Monolog = follower 1075
Saidatul = follower 432
Mimi = follower 455
AyuInsyirah = Follower 2987
MamaMursyid = Follower 449
Iday = follower 463
Liyana = follower 1579
Boni Kacak = Follower 1702
Macam2Produk = follower 298
Scha Nazri = follower 1340
Lisa = follower 172
Munirah = follower 1313

Syarat 5 follow instagram
@emasputih90 = dah lama follow
@yong_mommylizz = follower 320
@kitepunya = follower 347
@mimichin501 = follower 531
@nasibahkhushairy = follower 374
@liyanafatin = requested
@duaqaseh = follower 697
@bradokapak = follower 1627
@macammacamproduk = follower 175
@mawar_biru89 = follower 1153
@tyasalmid = dah follow lama 
@myfavperfumes = follower 118
@kedaitshirt = follower 3227

Syarat 6 follow twitter
@emasputih90 = da lama follower 
@kitepunye2013 = follower 164
@muhamahu = follower 927
@nasibah = follower 94
@mOoNizzaN = follower 212
@liyanaerythrina = follower requested
@DuaQaseh = follower 87
@confdeb = follower 181
@therylisa = follower requested
@sweetkurma = follower 630

syarat 7 follow google+






"Promosi Hari Raya Aidilfitri Beli 2 Free 1 RM120 di MyFavPerfume"

3 Julai: Hari kelahiranku - Felixia Yeap

July 6, 2014
Alhamdulillah, di Ramadhan yang mulia ini, kita dapat saudara baru. syukur. kerana beliau telah mendapat nur dan hidaya dari Allah S.W.T . Jom kita baca artika yang ditulis oleh Felixia Yeap sendiri.

Assalammualaikum.
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
Bantahan.
Makian.
Sindiran.
Fitnah.
Penyisihan.
Tekanan.
Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.
Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 
Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 
Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.
Saya tetap teruskan perjalanan. 
Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.
Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 
Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 
Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)
Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 
Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.
Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.
Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.
Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.
Saya pernah cuba mencari Tuhan.Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.Saya pernah cuba memahami agama Kristian.Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.
***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.
Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.
Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.
Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.
Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"
Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.
Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.
Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.
Tidak ada sebarang media yang akan hadir.
Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.


P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

Terima kasih semua atas sokongan anda. =)

Pensyarah Politeknik Merlimau telah seminggu kembali kerahmatullah.

Inalillahi. Seorang lagi warga Politeknik Merlimau telah seminggu kembali kerahmatullah. Semoga rohnya mencucuri rahmat..
 Al-Fatihah
 
REMBAU – Seorang pensyarah di Politeknik Mukah, Sarawak maut apabila motosikal ditungganginya merempuh bahagian belakang sebuah lori membawa muatan air kordial, di Kilometer 225.3, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (arah selatan), dekat sini, petang kelmarin.
 

 

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, mangsa, Ahmad Fazli Mohd Khodri, 34, maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan perut terburai.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Putrajaya ke Merlimau, Melaka dan kini sedang cuti belajar bagi menyambung pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Menurut pemandu lori, Mohd Ikhmal Sulaiman, 28, ketika kejadian dia baru sahaja memberhentikan lori yang dipandunya dari Kuala Lumpur ke Ayer Keroh di lorong kecemasan disebabkan tayar belakang sebelah kanan lori pecah.

“Belum sempat saya keluar untuk meletakkan kon kecemasan di belakang lori, lori saya bergegar dan terdengar dentuman kuat. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat seorang lelaki sudah terlentang di atas jalan raya.

"Saya menghampiri mangsa dan terus meminta bantuan apabila melihat mangsa sudah terdiam serta berada dalam keadaan mengerikan," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC melanggar belakang sebelah kanan lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

“Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Anak Linda Rafar meninggal dunia


5 JULAI, anak lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini. Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.

Al-Fatihah.

GEMPAR! TEROWONG BAWAH TANAH DI JALAN IMBI RUNTUH

July 2, 2014
BERITA DIKEMASKINI :

Kerosakan diperbaiki, pembinaan terowong diteruskan - DBKL

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada struktur terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di simpang empat Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah, dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah pecah.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 9.30 pagi tadi, dan orang ramai dinasihatkan tidak melalui kawasan itu untuk mengelak kesesakan lalulintas.

Beliau berkata, terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan, mempunyai empat laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, dengan menghubungkan laluan kenderaan dari Jalan Pudu hingga menghala ke Jalan Tun Hussein.

Pihaknya juga telah meminta perkhidmatan monorel antara Stesen Hang Tuah ke Stesen Bukit Bintang dihentikan buat sementara atas faktor keselamatan selepas disarankan oleh pihak kontraktor projek terowong itu. Ini memandangkan satu daripada tiang monorel itu terletak berdekatan dengan tapak runtuhan.

"Kami risau tapak runtuhan berdekatan dengan tiang monorel akan runtuh dan menyebabkan monorel jatuh," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Azizan juga berkata, pihak bomba turut melakukan kerja menanda di sekitar kawasan yang retak berdekatan dengan tiang monorel bagi memantau keadaan runtuhan supaya tidak berlaku pergerakan tanah yang besar.

Sementara itu, jurucakap DBKL berkata trafik di Jalan Imbi dijangka akan meningkat pada sebelah petang berikutan kejadian tanah mendap itu.
Dalam reaksi segera kepada BERNAMA, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pembinaan projek terowong yang runtuh itu akan diteruskan dan dijangka akan disambung esok.

"Punca kejadian itu dipercayai paip air SYABAS pecah. Projek itu akan disambung semula dan pemantauan projek terowong itu akan dibuat secara berterusan dengan jurutera perunding dan DBKL," katanya.

DBKL juga sedang berbincang dengan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memastikan tidak berlaku litar pintas terhadap bangunan berhampiran termasuk pusat-pusat perniagaan di Bukit Bintang, hotel-hotel dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur hingga bekalan tenaga terputus.

"Ini kerana terdapat saluran kabel elektrik TNB di kawasan terowong runtuh itu," katanya.

DBKL juga akan meneliti keadaan keselamatan di tempat kejadian runtuh itu dalam memastikan keselamatan pekerja membina terowong itu. - BERNAMA 


Pautan kekal imej terbenam

Terowong bawah tanah di Jalan Pudu runtuh

KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.38 pagi itu, dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa dilaporkan. ~Berita Harian


Sebuah terowong bawah tanah dalam pembinaan runtuh akibat tanah mendap di simpang empat Jalan Imbi - Bomba

Pautan kekal imej terbenam

Masih berlaku runtuhan tanah kira-kira jam 12.20 tadi. Bomba arah SYABAS tutup aliran paip air bawah tanah.





Satu kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Imbi - Jalan Hang Tuah di ibu negara bermula sebentar tadi.

"Berdasarkan maklumat awal yang diterima mendapan tanah yang mengakibatkan lubang besar berlaku di lampu isyarat simpang bersilang berhampiran sebuah kawasan pembinaan.

Ia turut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam termasuk Monorail dan perkhidmatan bas.

Ini bukan kejadian kali pertama tetapi sudah beberapa kali.

Powered by Blogger.
Back to Top