Anak Linda Rafar meninggal dunia


5 JULAI, anak lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini. Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.

Al-Fatihah.

0 Comments