HAPPY NEW YEAR 2016

December 31, 2015
SELAMAT TAHUN BARU 2016 | Wahh ! Esok bermulalah kehidupan yang mencabar dengan pelbagai ragam poliik di Malaysia. Kalau kita throwback untuk tahun ni, pelbagai musibah yang melanda Malaysia. Jerebu, Mangsa lemas, Mangsa Tragedi kemalangan di Lebuhraya Duke, Keluarga Maut ketika holiday di Air terjun, Kehilangan pelawak tanah air Allahyarham Pak Yus, Kehilangan Vateran Malaysia, Kemangkatan Laksmana Johor yang berjiwa rakyat.. Bertubi tubi musibah diuji. Adakah ini adalah petunjuk dari Allah supaya kita lebih berhati-hati pada tahun 2016?


Azam 2016

Azam Mimin tahun 2016 yang pastinya mahukan lebih baik kehidupan daripada tahun 2015. Inginkan ketengahkan lagi dalam bidang blogging, tanam azam nak rajin masak nak rajin, nak perbetulkan attitude dan yang pastinya nak travelling Malaysia dengan kawan-kawan tercapai ^.^ 

Tunang ? Nikah ? HAHA ! Mimin pun belum tahu bila lagi. Ada masanya Mimin jemput korang laa. Kalau azam ada rumah next year pun okay gak kan? mudah-mudahan tercapai impian azam dan matlamat mimin ni . Jumpa Tahun depan semua orang :D

Marsha Mengaku Sudah Memeluk Islam Dan Akan Bernikah 31 Disember

December 30, 2015

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh yang berasal dari Sabah mengaku sudah memeluk agama Islam sejak beberapa minggu lalu. Majlis tersebut berlangsung dengan sangat tenang dan lancar serta hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja.

Marsha juga akan bernikah dengan seorang ahli perniagaan Mohamed Shaiful Nizam pada 31 Disember ini. Marsha berkata dia mengenali Shaiful atau lebih mesra dengan panggilan Sepol itu sejak 10 tahun yang lalu.

Namun bibit percintaan Marsha dan jejaka berasal dari Pulau Pinang berputik kira-kira dua tahun yang lalu iaitu pada 2013. Dengan iringan restu dari keluarga kedua belah pihak, ikatan cinta kedua pasangan ini bakal disatukan dalam beberapa majlis yang bakal dilangsungkan esok.

Marsha dan Sepol telah mengikat tali pertunangan pada 14 Disember lalu dalam satu upacara ringkas yang berlangsung di kampung halaman Marsha di Sabah dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua pasangan ini.

Mengikut perancangan, Marsha dan Sepol atau nama sebenarnya Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Hj. Mohamed Ismail, 29, akan bernikah di Pulau Pinang pada 31 Disember ini dalam sebuah majlis tertutup yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua belah pihak sahaja.

Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari depan di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Astro Gempak

WordlessWednesday | GST membebankan rakyat Malaysia

WordlessWednesday | GST membebankan rakyat Malaysia | Berbaki lagi berapa hari kita nak langkah ke Tahun baru 2016. Sedia atau tak sedia, hari tetap berlalu. GST jugak akan dilancarkan. Bila tengok yuran sekolah Mamet, Masya Allah !! Mahalnya. Macam mana keluarga yang kurang bernasib baik nak  berikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Macam ibu mimin, cuma mengeluarkan perbelanjaan sekolah mamet tahun 2016 darjah 6. Sekolah agama sahaja yurannya cecah RM200 lebih. Itu baru sorang. Kalau ada keluarga mempunyai anak kembar bagaimana pula. contoh nya mamakembar3. Huisshh ! seramnyaa Najib ni. eh !! 

Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!

Kenapa perlu bebankan rakyat? Dengan naikkan BR1M sikit je, tapi mansuhkan subsidi dan GST makin berleluasa. Padahal kerajaan tahu rakyat membantah. Ada pulak tu menteri kata dia pun melakukan kerja 3 dalam 1. Anda seorang menteri yang berada dalam zone selesa. Bagaimana pulak keluarga yang perlu turun ke laut pagi hari, petang hari memotong rumput dan malam pula jadi pak guard. Bila dia nak luangkan masa bersama keluarga? Tepuk dada tanya selera ..








Boleh dah nangis ramai-ramai ye ^.^


Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

December 23, 2015
Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

Mayat pertama mangsa lemas di Pantai Rhu

December 22, 2015

Mayat Muhamad Naim 

Mayat mangsa pertama dibawa pasukan penyelamat untuk dihantar ke Hospital Setiu. Manakala Adik Wafiq masih belum ditemui. Allahuakhbar. Semoga Cikgu Zabedah, Zulaika sekeluarga sabar menunggu sebarang berita berikaitan Adik Wafiq dan menerima Qada' dan Qadar.

Kes Pantai Rhu Sepuluh: Mayat Muhammad Naim ditemui




SETIU - Mayat pertama mangsa lemas di Pantai Rhu Sepuluh, di sini, yang hilang ketika bermain air semalam, ditemui kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Mayat Muhammad Naim Adnan‎, 17, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa dan seorang rakan, Muhamad Wafiq Mohd Noor, 17‎, dipercayai hanyut ditarik ombak.

Ketua ‎Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan, Elias Abu Bakar berkata, pihak penyelamat berdepan kesukaran untuk membawa naik mayat mangsa ke kawasan pantai berdekatan lokasi pencarian berikutan keadaan ombak kuat.

"Mayat mangsa terpaksa dibawa menaiki bot ke Jeti Kuala Merang sebelum dihantar ke Hospital Setiu dan berdasarkan pengecaman mayat yang ditemui adalah Muhammad Naim.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar dikhuatiri lemas]

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihak berkuasa, pada awalnya dua objek terapung kelihatan, namun hanya satu yang berjaya ditemui.

"Justeru, kita percaya dengan petunjuk itu, mayat seorang lagi mangsa akan ditemui dalam masa terdekat dan usaha dan gerakan mencari dipergiatkan lagi," katanya.

Sinar Online sebelum ini melaporkan dua pelajar berasal dari Johor yang sedang mengikuti program keagamaan sempena cuti sekolah di Masjid Kampung Banggol, Setiu dikhuatiri lemas ketika bermain air di Pantai Rhu Sepuluh Setiu kira-kira jam 9.30 pagi semalam

Sumber: Sinar Harian




Lemas di Pantai Peranginan Rhu 10: Suasana pilu menyelubungi pesisir Pantai Rhu 10. Apabila Zabedah Kamdan,55 tahun, terpaksa dipapah ahli keluarga setelah gagal menahan sebak. Ibu kepada mangsa lemas yang masih belum ditemui iaitu Muhammad Wafiq Mohd Noor,17 tahun itu masih berharap anaknya masih hidup dan selamat ditemui. Bagaimanapun, Zabedah redha dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.
Posted by Buletin TV3 on Monday, 21 December 2015

Ahli keluarga masih mengharapkan kepulangan Adik Wafiq dengan penuh bersabar. Allah, tak dapat bayangkan Cikgu Zabedah hadap semua ni. Allah takkan menguji kalau hambanya tidak mampu. Doakan terbaik buat cikgu Zabedah sekeluarga. Amin

Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas

December 21, 2015
Mohd Wafiq Mohd Nor, 17 kembar kepada Mohd Wafie. Adik kepada kawan Mimin, Zulaika sama sekolah di SMK Seri Gading. Allah tarik lagi sorang ahli keluarga zulaika dan cikgu Zabedah selepas kehilangan anak kedua/abang kedua dalam ahli keluarga mereka. 


Menurut Wafie, ketika kejadian berlaku. Mereka sudah beransur untuk beredar. Dan empat orang rakan mereka yang terkhir tidak sempat untuk melarikan diri lalu ditari ombak. Rakan mereka yang berbadan besar berjaya naik ke darat. 

Dalam masa yang sama, mereka buat pertolongan berantai. Dan dapan di selamatkan seorang lagi pelajar. Manakala Wafiq dan Naim. Masih tidak dijumpai.
-------

Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Pantai Rhu 10, dekat Setiu hari ini, menurut Pegawai Bomba Kanan I Jabatan Bomba dan Penyelamat Setiu Karomi Nordin.

Beliau berkata 2 pelajar itu dikenal pasti sebagai Mohd Naim Adnan, 17, berasal dari Kampung Seri Bengkal, Batu Pahat, Johor manakala seorang lagi Mohd Wafiq Mohd Nor, 17, dari Kampung Seri Bengkal Mukim 6, Parit Yaani, Yong Peng, Johor.


Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, rakan kedua-dua pelajar itu, Ahmad Izad Shahruddin, 17, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pelajar itu sedang dijalankan anggota bomba dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut meninjau keadaan di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 petang ini. – 21 Disember, 2015.

[6 GAMBAR] Osama Yamani

OSAMA YAMANI,14 | permata hati Penyanyi Datuk Jamal Abdillah telah menampilkan diri di pentas seiras seirama. Fuhh ! Handsome sunggu. bergetaaaaarrrrr semua tulang hakak ni tengok awak dik oi. Hahaha. kbai. Kakak Mimin kau 100% mood gatai lepas tengok persembahan OY malam tadi.

anak jamal abdillah

jamal abdillah

seiras seirama

jamal abdillah

osama yamani



Jangan tengok lama-lama, nanti rinduuu. hahaha. pengaruh iklan 

TIPS | Turunkan Power rabun mata

Rabun Jauh 

Rabun jauh adalah keadaan mata yang menyebabkan objek yang dekat kelihatan jelas sementara objek yang jauh akan kelihatan kabur. Tahap kronik rabun jauh, setiap orang lain ragamnya. Pengidap rabun jauh ringan tidak memerlukan penyelesaian segera. Sedangkan rabun jauh yang tergolong parah akan memengaruhi kemampuan penglihatan sehingga perlu ditangani dengan segera. Siapa yang dah alami mesti merasai susahnya hidup tanpa cermin mata. Sukarnya hidup dengan cermin mata.


Sejak zaman belajar mimin dah prektikkan mata pakai lens, Sebelum ni memang mata mimin lasak. Siap bawak tidur bila travel jauh-jauh (jangan tiru perangai ni). Bila dah selesa pakai lens. Bila pakai spek pula rasa tak confident. Tapi, Sekarang mimin nak back to normal. Nak latih mata tak pakai apa-apa. Takut pulak side effect bila dah 5 tahun dengan bantuan contact lens.

Tips Untuk Masalah Rabun Mata Dan Silau

  1. Berdiri di satu posisi dan lihat kepada pokok yang hijau dalam tempoh 10 minit setiap pagi. Fokus pada titik tersebut.
  2. Rehatkan mata anda setelah melihat skrin komputer lebih daripada 30 minit. Pejam dan celik mata berulangkali untuk meregangkan otot mata.
  3. Titiskan 2-3 titik madu ke dalam mata. Petua ini saya perolehi daripada buku Rasulullah is My Doctor.
  4. Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  5. Amalkan untuk minum jus lobak merah tanpa gula dan ais. Banyakkan makan makanan daripada sumber Vitamin A.
  6. Anda boleh amalkan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.
Untuk orang dewasa, masalah rabun mata tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata. Ianya memerlukan kesabaran. Bagi anda yang mahu fast track, anda boleh mencuba produk Shaklee Vitamin A atau nama glemer adalah carotomax. Saya kongsikan beberapa testimoni menarik untuk mereka yang konsisten mengambil shaklee vitamin A.

3Bskin | Masalah Anda , Penyelesaian Kami

Pemilihan pencarian Duta 3Bskin bagi peringkat terakhir

Masalah Anda, Penyelesaian Kami | Seramai 100 peserta yang terpilih akan diberikan sampel percuma. Pemilihan peringkat terakhir akan diadakan pada 15 Desember – 31 Desember 2015. 3 jenis sampel dari 7 jenis produk 3B Skin akan diberikan sebagai percubaan. Sampel bagi produk tersebut ialah “ Detox mask, Hydrating mask, and Scrub Mask”. 

Pencarian Duta


Keputusan pemilihan akan di umumkan pada tarikh yang sama dengan perasmian “X Brand Ambassadors Search Malaysia 2016 (XBAS Malaysia 2016)” iaitu pada awal Januari 2016. 20 peserta “3BSkin BA” yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar “XBAS Malaysia” dan pelancaran “3BSkin Soft Launch”. (Di jangka akhir bulan Januari atau Febuari 2016).

Apakah matlamat pencarian 3Skin BA? 

Peserta yang terpilih hendaklah petah berbicara, boleh berkongsi maklumat tentang jenama 3B Skin dengan baik dan mempromosikan kebaikan tentang jenama 3B Skin dengan orang ramai.

X Brand Ambassadors Search (Pencarian Duta X Brand Malaysia 2016)

X Brand Ambassadors Search“Duta bagi jenama X hendaklah mempunyai watak yang sentiasa positif, mampu mengetuai ataupun memberi pengaruh positif kepada masyarakat. Selain itu, duta jenama X juga hendaklah memainkan peranan sebagai penasihat dalaman mahupun luaran untuk meningkatkan jualan, memberi perkhidmatan nasihat serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan produk atau perkhimatan X Brand. 

Peserta yang terpilih akan diberikan peluang bagi menunjukan bakat dan kebolehan yang mereka miliki. Pengiklanan, promosi dalam laman sosial dan aturcara majlis bagi program XBAS Malaysia 2016 sehingga peringkat akhir bulan Jun . (Tarikh dan tempat akan diberitahu kemudian) 

Pemilihan 3B Skin dibuat melalui laman sosial “Facebook”.

Lebih 200 penyertaan dan 100 peserta yang terpilih akan memasuki peringkat akhir. Penangguha pemilihan peserta adalah disebabkan pemprosesan produk yang lambat demi mencapai kualiti produk yang bagus dan tinggi sebelum produk tersebut di edarkan di pasaran. Pemilihan ini dianjurkan oleh MMK, iaitu penganjur Miss Malaysia Kebaya. Dengan sokongan padu daripada pihak penaja dan rakan kongsi, program 3B Skin BA dan XBAS Malaysia 2016 dapat berjalan dengan lancar.

Pencarian duta bagi 3B Skin BA terbuka untuk semua rakyat Malaysia, semua bangsa, peserta lelaki dan wanita yang berumur 21 tahun sehingga 40 tahun.

Peserta hendaklah menekan butang “Like”/ “Suka” di laman Facebook 3BSkin dan XBAS Malaysia 2016. Semua maklumat akan disiarkan dalam laman tersebut. 

https://m.facebook.com/X-Brand-Ambasaddors-Search-Malaysia-2016-1694646237446989/
https://www.facebook.com/3BSkin-1452580875055397/?ref=hl

Sampel dan arahan akan diberikan sebelum 15 Disember 2015
Masa diberikan adalah 14 hari :
1. Percubaan sampel produk 3BSkin.
2. Ambil gambar semasa mengunakan produk tersebut.
3. Berikan testimoni berkenaan produk tersebut. (ringkas dan pendek)
4. Peserta hendaklah memuatnaik video berdurasi 1 minit (tidak wajib).

Pemilihan adalah daripada gambar dan maklumbalas / testimoni atau video yang diberikan. 
Kami akan memilih 20 peserta bagi 3BSA, 1 peserta atau lebih sebagai duta rasmi produk 3BSA. 

Segala maklumat hendaklah dihantar kepada pengajur sebelum 31 Disember 2015. Keputusan akan di umumkan pada awal Januari 2016 di 3Bskin Facebook & XBAS Malaysia Facebook. 
Perhatian : Jason Hee 
PM atau whatsApp 012-9211486 atau email missmalaysiakebaya@yahoo.com 

Pemilihan dibuat berdasar gambar anda bersama produk tersebut, testimoni dan video. 

*Pengasas 3Bskin akan berjumpa dengan duta yang terpilih ke peringkat akhir* 

Pemilihan terbuka kepada umum bagi Like terbanyak, gambar paling kreatif, selfie terbaik, tertimoni terbaik dan video terbaik. 

25 peserta daripada 100 peserta akan dipilih sebagai 3Bskin BA dan setiap peserta akan mendapat produk bernilai lebih RM150.00 

5 peserta terbaik 3Bskin BA akan mendapat set lengkap produk 3Bskin bernilai lebih RM 500.00 setiap satu berdasar kepada...

1. “LIKE” / “Suka” paling banyak.
2. Video paling kreatif.
3. Selfie terbaik.
4. Testimoni terbaik.
5. Video terbaik. (bagi yang menghantar video)

Selain menjadi duta bagi produk 3Bskin, kebaikan lain yang boleh didapati ialah produk percuma, pengiklanan, gambar anda bersama produk 3Bskin di laman sosial berbayar, diberi gaji, peluang menjadi rakan kongsi, dan kontrak pekerjaan akan diberikan (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pengenalan Syarikat 3Bskin


jelly mask 3bskin

-Siapakah syarikat 3Bskin ? 
Syarikat penjagaan kulit secara online yang di asaskan oleh Jun Hee, usahawanita muda yang berumur 25 tahun yang mempunyai impian dan minat yang mendalam untuk menceburi industry kesihatan dan kecantikan. Produk di edarkan dan dipasarkan oleh “Three Bskin Enterprise”. 

-Apakah 3BSKIN? 
Produk yang menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga mampu milik dan diperbuat daripada bahan terbaik yang sesuai digunakan oleh masyarakat Asia terutama bagi golongan remaja. Ciri-ciri produk yang unik, pek produk menarik perhatian dan terkini sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki. 

-Bilakah 3Bskin diwujudkan? 
Setelah bertahun pengalaman dalam jualan dan promosi produk kecantikan pihak lain, pengasas menyedari kepentingan untuk mencapai kepuasan pelanggan, mendapat kepercayaan daripada pelanggan, memastikan produk yang dibuat berkualiti tinggi, meletakan harga produk dengan harga mampu milik berserta kualiti yang terjamin baik . Untuk mencapai kepuasan pelanggan, pengasas hadir dengan idea mencipta produk keluaran serta jenama sendiri bagi memenuhi segala kepentingan pelanggan. Oleh itu pengasas mengeluarkan produk berjenama 3Bskin yang “Trademark” pada bulan September 2015 dan produk bakal dilancarkan pada Januari 2016. 


-Dimanakah terletak nya pejabat 3Bskin?

Anda boleh lawati kami di:
Pejabat:
Penthouse (Level27)
Centerpoint South, The Boulevard
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur Malaysia
(Sila Buat Temu Janji)

www.3bskin.com
(website masih dalam pengurusan)
FB : 3BSkin
Instagram : 3BSkin



-Kenapa 3BSKIN? 
Penamaan bagi jenama tersebut adalah daripada 3 ayat ajaib iaitu “Bouncy,Brighten and Baby skin” yang bermaksud kulit anjal, cerah dan nampak cantik seperti bayi. Konsep bagi produk kami adalah penyelesaian masalah kulit yang efektif, berkualiti tetapi mampu dimiliki (tidak mahal). Ciri-ciri produk yang unik, pek produk yang menarik perhatian serta mudah digunakan. Visi kami adalah memberikan pelanggan pengalaman bagi merasai produk kami yang memberi kesan yang efektif dan mengejutkan. 

-Bagaimanakah 3Bskin diformulasikan? 
Produk kami di formulasikan di Perancis dan telah melalui pelbagai penyelidikan, perkembangan dan pemprosesan selama setahun oleh OEM(Original Equipment Manufacturer) terbaik. Di berikan sijil di Malaysia oleh GMP (Good Manufacturing Product) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Pengenalan Produk 3BSkin 1. Detox Mask
2. Hydrating Jelly Mask
3. Diamond UV SPF35+++
4. Cleansing Milk
5. Toner
6. Enzyme Scrub
7. Serum 

Kenyataan lebih lanjut akan di maklumkan di 3Bskin pelancaran

Johor | Rumah Usang Tan Swee Hoe

December 17, 2015
Johor | Rumah Usang Tan Swee Hoe | Kalau nak pergi MnM Homestay ke nak pergi Batu Pahat Mall ke atau nak pergi Kluang Ayer Hitam ke, Kalau min tak memandu, mesti Mimin tengok rumah Tan Swee Hoe, Sampai tahun lepas, Mimin rasa ada penghuni rumah tu, sebab Mimin perhatikan ada kereta dan ada astro dekat rumah tu. Walaupun semak, tapi nampak macam ada yang menjaga rumah tu.


Tapi sekarang, Mimin tengok rumah tu makin usang, kereta, astro dah takde. Semak samun dah meninggi, tingkap dah banyak lopong-lopong. Apa yang menarik minat mimin nak tulis pasal rumah tu adalah, sekitar kawasan situ, di namakan Jalan Tan Swee Hoe atau lebih dikenali Jalan Convent. Sebab ada sekolah Convent kat situ. Jom baca serba sedikit pasal Tan Swee Hoe ni apa kaitannya dengan Jalan dan rumah sebesar tu waktu zaman Mimin belum Lahir lagi. Rumah sekarang yang mimin duduk pun belum sebesar tu. hihi

Sumber artikal..




Tan Swee Hoe, yang dikebumikan di Bukit Brown. T Tan Swee Hoe datang ke Singapura sebagai anak muda dan bekerja di sana, akhirnya menjadi salah seorang pengasas Ho Hong Bank, dan kemudian menjadi pengarah Perbadanan Perbankan Cina Overseas (OCBC) selepas bergabung dengannya. Beliau juga mempunyai dua term, presiden Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, pemegang saham Ho Aik Steamships. Tan Swee Hoe adalah ahli Majlis Negeri, Johore dan menerima gelaran S.M.J (Setia Mahkota Johore) dari kerajaan Johor pada tahun 1929 atas sumbangannya. Beliau memiliki beberapa harta di Singapura dan Batu Pahat.


Rumah Agam Tan Swee Hoe

Berdekatan rumahnya adalah jalan utama, dan nama Street adalah Jalan Tan Swee Hoe (1.861872, 102.952064) dan Kuil Cina yang penaungnya Tan Swee Hoe dan renovasinya dimungkinkan oleh salah seorang anak lelaki Tan Suan Khiong.
160 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat,  Johor
Ukiran Pintu Masuk
Pemandangan ketika rumah dan perkarangan pada suatu masa dulu
Tan Swee Hoe meninggal dunia pada usia 67 tahun pada pukul 11:00 pagi pada 29 Julai 1939 di No 759 Grove Road, Singapura dan dikebumikan pada 6 Ogos 1939 di Bukit Brown, Hill 4, Bahagian C, plot 1684. Beliau terselamat oleh 2 janda (Madam Lim Lai Hua dan Madam Yap Ann Nim), 6 anak lelaki (Tan Suan Khiong, Tan Suan Chee, Tan Suan Chew, Tan Suan Chuan, Tan Suan Kok dan Tan Suan Poh) dan 6 anak perempuan, menantu lelaki (Yap Leong Teck, Chiok Eng Khiam, Lim Bock Seng dan Phay Chong Whatt), 3 anak perempuan mertua dan 33 cucu
 
Untuk nama anak lelaki terdapat variasi ejaan sebagai penyelidikan lanjut menunjukkan nama tengah Suan juga dieja sebagai Swan. Salah seorang isterinya, Madam Lim Lai Hu meninggal dunia pada 25 Januari 1941 pada 10:10 malam pada usia 46 di 759 Grove Road.
 

Anak | Tan Suan Khiong

 
Mr and Mrs Tan Suan Khiong
Anak sulungnya, Tan Swan Khian (atau Tan Suan Khiong), meninggal dunia pada usia 54 tahun pada 27 Mac 1948. Beliau merupakan Pengerusi Ho Hee Ltd, Batu Pahat; pengerusi Ho Guan Investment, Singapura dan pengarah Ho Aik Steamships, Singapura. Dia meninggalkan seorang janda dan 12 orang anak. Tan Swan Khian dikebumikan di tanah perkuburan cina di Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat. 

Anak | Tuan Suan Poh

 

Tuan Suan Poh telah dianugerahkan Dato Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J.) pada tahun 1976 sempena Ulang Tahun ke-82 Sultan Johor. Tuan Suan Poh meninggal pada 16 Julai 1985 pada usia 56 tahun. Dia terselamat oleh isterinya, Datin Ng Siew Ling, anak-anak; David Tan Hock Yiam dan Richard, Tan Hock Meng dan anak perempuan; Penny Tan Chee Peng, Lily Tan Chee Luan. The cortege berlepas dari 111, Jalan Kluang.

TERKINI DI RUMAH USANG TAN SWEE HOE

Sekarang dah tak macam ni dah kawasan perumahan Tan Swee Hoe ni. Kebanyakan rata-rata jutugambar akan jadikan tempat ni port untuk outdoor pengantin atau shoot gambar kat sana. Memang Ohsem laa.Cuba tengok gambar kat bawah ni. Sumber Nurul Ilmiah
 
 




JOHOR | Misteri Batu Putih, Batu Pahat

JOHOR | Misteri Batu Putih, Batu Pahat | Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pernah dengar tak berkenaan Batu Putih ni? Tak silap, masa zaman kegemilangan Misteri Nusantara dulu, pernah keluarkan cerita misteri yang ada di Batu Putih ni. Heh ! Ni kawasan perkampungan Mimin tau. Dekat sangat dengan kampung Encik Hafizh


Kampung Batu Puteh jelas menyatakan "batu puteh" iaitu batu yang berwarna putih. Menurut sejarah orang lama-lama yang di ceritakan orang tua pada suatu ketika dahulu, Kampung Batu Puteh ini mendapat nama apabila terdapat beberapa batu besar yang berwarna putih tumbuh di satu tempat tetapi tidak di kawasan yang lain. Tambahan pula, batu tersebut akan tumbuh tinggi dan pabila sampai di satu takat ketinggian, batu tersebut akan patah, dan ianya akan tumbuh lagi. Memang betul ! kalai dipegang, rupanya seperti tanah liat, namun ternyata salah, ia merupakan batu dan batu tersebut agak rapuh. Ada bahagian yang boleh dipatahkan. Sehingga hari ini, bersempena dengan batu tersebut, kawasan perkampungan itu di beri nama KAMPUNG BATU PUTEH.

SEJARAH KG BATU PUTIH

Kampung Batu Puteh telah dibuka pada tahun 1876 oleh sekumpulan peneroka datang dari Kendal, Jawa Tengah, Indonesia yang diketuai oleh Haji Senawi. Mereka membuka kebun untuk bercucuk tanam dengan tanaman makanan seperti ubi kayu, pisang, keladi dan sebagainya. Tujuan asal mereka datang ialah untuk mengembangkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. Mereka mendirikan masjid dan rumah-rumah kediaman dan pada awalnya kampung ini dinamakan Kampung Haji sempena nama ketua kumpulan yang mula-mula meneroka tetapi setelah penduduk bertemu dengan longgokan batu berwarna putih berkilauan disatu kawasan mereka sepakat menamakan kampung ini dengan nama Kampung Batu Puteh.

misteri kg batu putih





Catatan Sejarah oleh mantan Ketua kampung
Allahyarham Haji Sulaiman Bin Onn


Gambar-gambar Batu Putih sehingga sekarang.



Batu Putih adalah sebuah kampung melayu yang terletak di sebelah kanan jalan dari Simpang Lima ke Parit Sulong. Seluas lebih kurang setengah ekar. Tumbuh bertaburan warna batu itu putih berkilau-kilauan beserta tiap-tiap sebuah batu lebih kurang dibandingkan dengan gajah. Dua ekor gajah sama sebuah batu. Tingginya lebih kurang ada yang dua depa dan yang ada kurang dari itu. Tetapi pada masa sekarang batu itu berwarna kelabu tidak seperti dulukala.



Batu-batu yang pecah di sekeliling batu besar tidak boleh diambil sembarangan. Barangsiapa yang mengambilnya terpaksa terkena pulangkan. Ini telah berlaku beberapa orang yang mengambilnya terpaksalah memulangkan semula ke tempat asal mereka mengambilnya kerana malam tidak dapat tidur badanya terlalu panas seperti ada orang yang mengacaunya.



Pada tahun 1905, pada malam Isnin, sedang beberapa orang penduduk situ mengadakan maulud di masjid tempat yang ada sekarang ini seorang daripadanya yang bernama Wak Naim telah ternampak di kawasan batu putih itu terbakar sebesar-besarnya api menjulang ke langit lebih kurang dua puluh depa tingginya. Yang menjadi anehnya orang – orang yang ada di dalam masjid itu tidak ternampak kawasan batu itu terbakar. Hanya Wak Naim seorang sahaja yang nampak. Tetapi apabila Wak Naim memegang tangan kawan-kawannya baharulah semua nampak. Pada keesokkan harinya ramai-ramai pergi mendapatkan (menghampiri) di kawasan batu putih itu untuk menyaksikan peristiwa malam tadi. Apabila dilihatnya di kawasan itu masing-masing tercengang-cengang kerana tidak ada pun ranting atau daun-daun kayu yang terbakar. Pokok-pokok kayu hidup seperti biasa.



Pada tahun 1958 berlaku satu lagi perkara ganjil iaitu seorang hamba Allah balik dari bekerja kebun berhenti penat di kawasan batu Putih lebih kurang dalam pukul 11 pagi ternampak beberapa pandangan aneh. Pada pandangan-pandangannya di kawasan Batu Putih itu seperti bandar. Ada beberapa buah kereta, lori, bas dan motosikal berjalan menuju hal dan masing ada orang menyidai kain, ada orang berjalan-jalan dan ada orang membeli belah hinggalah pukul satu tengahari. Isterinya menunggu-nunggu di rumah . Biasanya pukul 11 pagi sudah balik. Ini pukul satu belum lagi balik. Jiran-jiran sekeliling yang turut mencari di kebun tempat mereka bekerja pun tidak jumpa. Seorang hamba Allah bernama Mokhsin mengatakan tadi dalam pukul 11 beliau sudah balik lalu di belakang rumah saya. Apabila diturut di belakang rumah Mokhsin terjumpa hamba allah tersebut sedang duduk dengan memegang sebilah parang panjang. Kemudian di tanya oleh orang ramai “mengapa wak ada sini ?”. Jawabnya seperti yang dia nampak tadi.


Tidak berapa lama daripada berlakunya seperti yang di atas, pemuda tempatan tak payah di sebutkan namanya masa hendak pergi main bola tangkis di sebelah kampung tersebut lalu di jalan itu terdengar beberapa suara wanita berbual-bual dan ketawa mengilai-ngilai. Kemudian pemuda itu berhenti dan mengendap. Apabila dilihatnya beberapa wanita muda-muda belaka sedang mandi bersiram-siram antara satu sama lain. Kemudian pemuda tadi mengundurkan diri terus memberitahu kepada kawan-kawanya untuk menyaksikan kejadian yang berlaku. Apabila sampai ke tempat tersebut didapati tempat itu semak samun tidak ada sebarang bekas pun

Saya nak menang tudung bawal crepe

December 16, 2015

Syarat-syaratnya mudah sahaja :

1. Follow blog Cik Noodle
2. Follow instagram : @nrzma_ dan @crepehijabs (*saya akan check. huhu)
3. Buat satu entry bertajuk : "Saya nak menang tudung bawal crepe"
4.Tinggalkan url post anda ke ruangan komen

TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER 2015
Powered by Blogger.
Back to Top