Tips | Cara Sah Mandi Wajib

May 31, 2015
Tips | Cara Sah Mandi Wajib (Nujub) | Assalamualaikum w.b.t | Pernah tak terdetik dalam hati sah ataupun tidak cara kita mandi wajib? Ataupun terfikirkah kita, adakah betul cara kita mandi wajib selama ini? Ini adalah persoalan yang sering Mimin fikirkan semasa mandi wajib selepas mengangkat hadas besar. Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.


Banyak sebabnya mengapa kita perlu mandi wajib ni. Antaranya :
  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib (cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  3. Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib
  •  Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
  • Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
  • Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Sunat Ketika Mandi Wajib
  1. mengadap kiblat
  2. membaca basmalah
  3. membasuh dua tapak tangan
  4. mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  5. menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  6. berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  7. tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  8. membasuh sebanyak tiga kali


  1. Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.

  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat saja.

  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

  4. Niat dahulu sebelum mandi. Bagi siapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa indonesia.

  5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

  6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas.

  7. Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

  8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wudu tadi kita tidak membasuh kaki.

Siapa kata perempuan tak main Clash Of Clans (COC)

May 30, 2015
Siapa kata perempuan tak main COC | Assalmualaikum w.b.t | Clash Of Clans atau dikenali sebagai COC permainan yang tak asing lagi dalam seantera dunia. Bukan setakat Malaysia sahaja yang demam main permainan COC ni, Malah, Indonesia, Thailand, Korea, dan semua negara juga bermain permainan ini.

Base Mimin masih noob
Bukan jarang sebenarnya nak jumpa perempuan yang main game ni, ramai lagi, mungkin nick name ja lelaki tapi sebenarnya wanita. Sebabnya, Mimin pun terlibat jugak dalam dunia coc ni. Officemate Mimin pun main game ni (Yan).  Lambat laun Mimin terinstall jugak game ni dan sekarang Mimin masih dalam level noob lagi. 



Sekarang Mimin bertapa dekat clan Pahlawan United. Ni pun gara-gara Tasek Warrior semakin mendongak kelangit. huhu

Sifu Mimin semasa bawah jajahan Tasik Warriors. Terima kasih Syurahbil ^.^ Terima kasih lah biarkan mimin dalam clan tu dari TH4 sampai TH8

Clan Tasek Warrior.
Sejarah Clash Of Clans

Clash of Clans adalah permainan video game strategi  pada peranti bergerak yang dibangunkan oleh Supercell, Sebuah syarikat video game yang berpangkalan di Helsinki, Finland. Permainan ini dikeluarkan untuk platform iOS pada 2 Ogos 2012. Untuk Android, pelancaran awal dilakukan di Kanada dan Finland pada 30 September 2013. Pada 7 Oktober 2013, permainan ini dikeluarkan secara Antarabangsa di Google Play. 

Clash of Clans adalah sebuah game multiplayer online di mana pemain membina komuniti, melatih pasukan, dan menyerang pemain lain untuk mendapatkan emas, elixir dan dark elexir, membina pertahanan yang melindungi pemain daripada serangan pemain lain, dan untuk melatih serta meningkatkan keupayaan dan jumlah pasukan. Permainan ini juga termasuk kempen pseudo di mana pemain harus menyerang siri benteng desa milik bunian. 

Tutorial | Tukarkan Komen Google+ kepada Komen Blogger

May 29, 2015
Tutorial | Tukarkan Komen Google+ kepada Komen Blogger | Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera. Setiap benda yang diwujudkan ada alasannya tersendiri dan semestinya ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Tapi, komen ni bukanlah satu masalah yang besar. Ye tak, ada orang kata komen pakai google+ tu tak mesra pengguna mobile. Ramai sebenarnya blogger atau pembaca datang terjah pakai mobile sahaja. Kekurangan yang lainnya adalah:
  • Pemilik blog tidak berupaya untuk moderate komen sebelum komen diterbitkan
  • Pemilik blog tidak berupaya untuk moderate melalui dashboard.
  • Pemilik blog tidak berupaya untuk menyekat komen yang tidak diingini
  • Pemilik blog tidak berupaya untuk melihat kesemua komen oleh pembaca
Google+ komen

Tapi terpulang dari blogger individu masing-masing. Nak guna google+ komen pun boleh juga. Saya tetap akan terjah blog korang. Walaubagaimanapun mimin tetap nak kongsi cara bagaimana mahu menukar kembali Google+ komen kepada blogger komen. 

Langkah-Langkah:



  1. Dashboard - Google+
  2. Untick pada no 2 yang Mimin tunjukkan dalam gambar tu.
  3. Save
Senang je kan nak kembali klasik seperti dulu. Alahh, sekali sekala jadi old skool apa laa salahnya. Selamat mencuba kawan-kawan !

Review | Bawal Satin Exclusive Gred AAA 

May 28, 2015
REVIEW | BAWAL SATIN GRED AAA | Assalamualaikum w.b.t | Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti Mia Ahmad semasa hari raya nanti? Masih tercari-cari tudung yang sesuai dengan tema baju raya anda? Kami ada penyelesaiannya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Grey

Kami menjual tudung bawal satin exclusive gred AAA yang mempunyai 49 warna untuk anda pilih (ada dalam gambar di bawah..scroll ya).

Tudung bawal satin exclusive dengan pelbagai warna menarik mampu meningkatkan seri anda pada pagi raya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Chocolate

Material kain bawal satin ini adalah Italian Premium Dull Satin. Kainnya tebal, tetapi tidak panas. Material yang digunakan juga tidak berkilat, nampak moist dan mudah iron.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Biru

Tudung bawal satin ini terbentuk elok bila dipakai kerana kainnya yang lembut tetapi mudah dipakai. Yang penting boleh dipakai labuh.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Pink

Sehelai tudung bawal Satin ini berharga RM35. Postage Semenanjung Malaysia RM6/ Sabah Sarawak RM10.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Harga PROMOSI PENGENALAN RM30 SAHAJA sehingga 1 Julai 2015.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jom dapatkan SEGERA Bawal Satin Exclusive

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jika berminat boleh sms / whatsapp / telegram 013-3560192 atau ke online store: http://onlinestore.irrayyan.com/

PENCARIAN SPONSER GIVEAWAY EFG MEGA RAYA

PRNCARIAN SPONSER GIVEAWAY EFG MEGA RAYA | Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup#GiveawayEFGMegaRaya2015

Cpuv Campaign dari Nuffnang | McDonald's Family

May 25, 2015
Cpuv Campaign dari Nuffnang | McDonald's Family | Assalamualaikum w.b.t. Buat pertama kalinya mimin buat entry berkenaan CPUV dari nuffnang. Sebab sebelum ni macam down je tengok hasil CPUV ni. hikhokk. Ni dah rajin mimin kasi up sikit ye..

 

Kena buat kaji selidik lebih ni, macam mana nak dapatkan CPUV banyak sangattttttt. Apapun. syukur Alhamdulillah. Mimin tak tau nak ulaskan apa lagi pasal CPUV nuffnang ni. 

Isu Semasa | TAHNIAH EMINE ERDOGAN DAN SELURUH RAKYAT TURKI

May 24, 2015
Isu Semasa | TAHNIAH EMINE ERDOGAN DAN SELURUH RAKYAT TURKI | Assalamualaikum w.b.t. Erdogan, Presiden Turki mengejutkan dunia apabila mengarahkan armada perangnya mengutip semua pelarian Rohingya yang terlantar di perairan kita. Bukan itu sahaja, Erdogan malah menghulurkan bantuan segera 1 juta Dolar kepada badan penyelamat antarabangsa untuk pelarian Rohingya.

Perasan kita bercampur baur antara gembira, terharu, malah sedih dan juga malu sewaktu menerima berita mengejutkan ekoran tindakan berani dan pantas ketua kerajaan Turki itu.

Rasa syukur, gembira dan terharu kerana dalam pada kita kesedihan melihat saudara kita Rohingya disiksa, masih ada rasa insaf atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan dari sebuah kerajaan Islam dari Timur Tengah / Eropah.

Telah sekian lama kita memerhatikan sifat tidak perduli di kalangan kerajaan negara Islam yang melihat pembunuhan dan penindasan terhadap umat Islam di rantau itu. Lebih menyedihkan lagi melihat umat Islam sendiri saling bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.

Rasa malu dan kesal sebagai umat Islam di rantau ini kerana kita ‘terlalu berkira-kira’ dalam usaha memberikan pertolongan dan perlindungan kepada saudara kita. Sudahlah berita kesengsaraan dan penindasan terhadap mereka kurang mendapat perhatian dunia, malah kita juga sukar untuk menghulur bantuan ke sana.

Rasa kesal pula terbit kerana saudara kita yang berjaya mengharungi lautan untuk lari dari penindasan itu dan telah pun berada di perairan kita tidak ‘segera’ kita bantu. Semakin lama kita 'termenung berkira-kira' semakin ramai yang terkorban dan sengsara di lautan samudera.

ERINE ERDOGAN - USWAH SRIKANDI WIRAWATI TURKI

Alhamdulillah. Dalam pada ramai first lady atau isteri pemimpin negara-negara dunia memasang badan bermegah-megah dan bermuka-muka, kita dapat saksikan jiwa prihatin Erine Erdogan, seorang srikandi contoh dari negara Islam.

Ketika kami kongsikan gambar-gambar lawatan beliau ke Myanmar bersama Menteri Luar dan Pasukan Palang Merah Turki, ramai yang tidak menyangka bahawa itu adalah isteri seorang Presiden negara Islam yang ada nama.


Beliau yang banyak menangis di sepanjang lawatan itu berjaya menampilkan bahasa badan yang tulus dan ikhlas. Berita dan pemerhatian dari lawatan itu tentunya dibawa pulang bagi menggantikan rasa simpati dengan tindakan suaminya yang berbentuk empati.

http://prihatin.shopsyndrome.com/…/bantu-rohingya-kapal-pe…/

Emine dan Erdogan juga banyak membuat lawatan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di kem-kem pelarian negara-negara bergolak seperti Somalia, Syria, Palastine dan sebagainya. Itu ciri keprihatinan yang harus dicontohi.

Inilah contoh isteri pemimpin yang diidam-idamkan oleh seluruh umat manusia, khususnya oleh umat Islam. Sudahlah berwajah ayu dan redup, malah penuh dengan ciri keibuan dan keprihatinan. Pasti peranan Emine Erdogan menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat kepada kepimpinan Presiden Turki itu.

Tidak dapat kami bayangkan sebanyak mana doa rakyat Rohingya yang sekian lama terbiar tertindas itu untuk pemimpin dan kerajaan Turki ini.

APA YANG TELAH MALAYSIA DAN INDONESIA SELAKU NEGARA ISLAM ASEAN LAKUKAN?


Hampir 5 juta pembaca artikel Rohingya melalui video kompilasi yang kami upload beberapa hari lepas. Kebanyakannya mencemuh kerajaan masing-masing kerana tidak bergegas membantu pelarian Rohingya.

Majoriti pembaca menyarankan agar kita bertindak balas secara diplomatik sebagai membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap umat Rohingya.

Ramai sekali menyarankan agar Malaysia menghantar pulang semua pekerja Myanmar yang sedang bekerja di negara ini dan digantikan dengan warga Rohingya. Yang kurang sabar pula asyik meluahkan marah dengan ungkapan ingin membalas dendam dengan membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha.

Segelintir masyarakat Malaysia mempertahankan kerajaan dengan mengatakan bahawa selama ini pun kita telah banyak menolong mereka. Ada yang mengutuk sikap pengotor dan pemalas pelarian Rohingya yang telah sekian lama berada di sini. Ada kalanya mereka ini turut dikatakan kurang ajar kerana tidak menghormati rakyat tempatan.

Tidak kurang yang menyatakan kebimbangan bahawa jika sudah terlalu ramai pelarian Rohingya di sini, apa yang telah terjadi kepada kebanjiran rakyat asing yang dibawa masuk waktu zaman British dahulu bakal berulang kembali. Akhirnya rakyat pribumi akan kehilangan hak dan terpaksa bersaing dengan mereka dalam serba serbi.

Ada pula yang mengecam pelarian Rohingya ini sebagai pengecut kerana tidak mahu mempertahankan hartabenda, kaum keluarga dan kedaulatan agama bangsa mereka di sana. “Berterusan menolong mereka akan membuatkan mereka manja dan akan membebankan kita. Lagipun masih ramai rakyat kita yang memerlukan perhatian kita”, ujar mereka.

APA YANG SEWAJARNYA KITA LAKUKAN ?

Satu kelemahan yang paling ketara ialah kita agak lembab dalam urusan kemanusiaan begini. Kita seharusnya meletak ke tepi dahulu segala sentimen agama, bangsa dan fahaman politik apabila berhadapan dengan isu ini.

Cuba sorot kembali kronologi tragedi Tsunami di Aceh 26 Disember 2004 dahulu. Hanya 3 hari selepas tragedi itu, dikhabarkan sudah ada kapal asing yang 'singgah'. Ribuan anak-anak dan warga Acheh dibawa keluar 'secara senyap' atas dasar kemanusiaan oleh masyarakat antarabangsa. Waktu itu kerajaan Indonesia baru terhegeh-hegeh mahu menubuhkan jawatankuasa bencana.

Atas dasar itu jugalah hari ini kita lihat Acheh begitu bermurah hati untuk menghulurkan bantuan. Padahal mereka sendiri bukan dalam kecukupan dalam serba serbi. Semuanya atas dasar pelajaran yang mereka ambil dari pengalaman mereka sendiri yang pernah tersiksa dan menerima bantuan antarabangsa. Orang kata "Hanya Jauhari yang kenal Manikam".

Soal sikap pengotor, malas, kolot dan sebagainya bagi kami adalah masalah kecil. Kita harus pertimbangkan juga tahap kehidupan mereka yang kekurangan dalam serba serbi. Mereka ketinggalan lebih 50 tahun di belakang kita.

Dengan pendekatan pendidikan dan penguatkuasaan, kami yakin cara hidup mereka boleh dibentuk agar tidak jauh ketinggalan berbanding kita. Dengan itu mereka mungkin boleh kita jadikan saudara untuk sama-sama memainkan peranan membangun negara. Kebetulan kita juga kekurangan tenaga kerja.

Merujuk isu kebiadaban dan ancaman politik serta ekonomi terhadap pribumi negara ini, kami yakin ia boleh dibendung melalui kaedah penguatkuasaan dan sekatan politik. Paling utama ialah pendekatan pendidikan samada melalui sekolah, media, dan sebagainya. Kita boleh ulangi tausiah untuk mengingatkan semula asal usul mereka secara istiqomah agar mereka tidak mudah lupa diri.

Apapun, mereka ini lari ke mari kerana teraniaya. Lagipun kita bantu mereka atas dasar persaudaraan seagama dan atas simpati sesama manusia. Oleh itu kebimbangan tentang ancaman kepada penduduk setempat itu agak tipis kerana situasi mereka tidak sama dengan kemasukan warga asing ketika zaman British dahulu. Apapun elok juga kita ambil langkah berhati-hati.

Ungkapan untuk membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha adalah tidak wajar kerana itu bukan ajaran Islam. Beberapa Sami Myanmar juga membantah penglibatan para Sami dalam mempromosi kebencian dan pembantaian kerana itu juga bukan ajaran agama mereka. Kita pun tidak suka orang luar bunuh saudara ISLAM kita yang tidak berdosa hanya kerana perbuatan segelintir yang menyimpang dari ajaran agama kita.

PERANAN KERAJAAN


Tindakan menteri Luar Turki dan Emine Erdogan melawat Myanmar telah memberi kesan yang amat baik sekali. Mereka bukan sahaja melawat umat muslim Rohingya, malah turut melawat warga Myanmar beragama Budha. Mereka telah menzahirkan misi kemanusiaan dan kedamaian sejagat yang adil, murni dan saksama.
Bantuan dari rakyat biasa dan NGO Antarabangsa ke Myanmar dipersulit. Alangkah baiknya jika ramai lagi pemimpin negara dan isteri masing-masing mengambil langkah yang sama kerana mereka ada kekebalan diplomatik. Sekurang-kurangnya ia memberikan tekanan diplomatik kepada kerajaan dan rakyat Budha di Myanmar. Malu dan silu sedikit untuk mereka berbuat sewenang-wenang kerana sedar bahawa 'dunia Islam sedang memerhati’ tindak tanduk mereka.

Kami ada menawarkan bantuan untuk menerima beberapa ratus pelarian ini namun masih belum mendapat laluan secara legal. Oleh itu, apabila ramai yang mendesak Warga Prihatin menganjurkan tabung bantuan kemanusiaan untuk Rohingya, kami tidak berani umumkannya buat masa ini kerana masih tidak nampak jalan yang sah bagaimana dana sumbangan itu boleh disalurkan untuk membantu mereka secara legal.

Oleh itu, kami saran agar kerajaan membuat tawaran khas kepada NGO atau syarikat bagi membantu pengambilan mereka melalui satu proses dokumentasi yang mudah. Buat sementara waktu, kami harap kerajaan dapat himpunkan mereka di satu tempat khas seperti di kem, pulau dan sebagainya. InsyaAllah akan ada banyak NGO dan syarikat yang sanggup mengambil mereka bagi mengurangkan beban kerajaan. Yang penting bagi kerajaan ialah melakukan inisatif untuk izinkan mereka mendarat di negara kita dahulu.

Tangisan pemimpin wanita kita semasa mengulas isu Rohingya di dewan kelmarin amat menyentuh sekali. Namun, ia sedikit mengecewakan apabila ia lebih kepada menyalahkan Tsu Chi. Selebihnya sekadar luahan pilu yang tidak menghasilkan sebarang pelan tindakan yang mampu menyelamatkan pelarian Rohingya untuk kali ini. Apapun, kita tidak menafikan pertolongan yang pernah dihulurkan kerajaan kepada Rohinya selama ini.

KESIMPULAN

Bayangkan setinggi mana kesyukuran dan suntikan semangat umat Rohingya di Myanmar apabila menerima lawatan pemimpin dunia Islam. Sekurang-kurangnya mereka nampak sinar harapan. Tidaklah mereka berputus asa kerana tidak diperdulikan oleh saudara seagama dan masyarakat dunia. Sesungguhnya doa dari golongan yang dizalimi ini amat mustajab sekali.

Janganlah takut rugi dengan sedikit belanja dan pengorbanan kita, khususnya terhadap anak-anak yatim yang berjaya sampai ke negara kita. InsyaAllah, jika kita lakukan kerana Allah, nanti akan Allah ganti melalui cara lain. Jika tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat sana. Jika kita berjaya didik anak-anak itu menjadi soleh, sudah pasti ia menjadi penerus amal setelah kita tiada.

Isu Rohingya ini telah mendapat perhatian dunia. Oleh itu keberadaan mereka di negara kita ini akan turut membawa masuk ramai pelawat. Di samping boleh menyuburkan industri pelancungan. Ia juga turut membawa bersama bantuan kemanusiaan masyarakat dunia untuk pelarian ini yang bakal menghasilkan aliran dana dan insyaAllah turut menyuburkan ekonomi negara kita.

Sesungguhnya ganjaran paling besar dari Allah dan umat manusia ialah apabila kita membantu saudara kita yang dalam kesusahan.

Review | Unfriended

May 23, 2015
Review | Unfriended | Assalamualaikum w.b.t. Mimin dah tengok dah cerita ni. Mimin nak kasi berapa bintang ee. hihihi. Min kasi 4 bintang jee laa. hihi. 

Sinopsis


Pada suatu malam,  di mana remaja Blaire, Mitch, Adam Ken dan Val bersembang melalui video call menggunakan talian skype. Tapi, dalam empat orang dalam talian. Ada lagi seprang yang turut serta dalam perbualan video call mereka. Pengguna yang dikenali sebagai "Billie227". Mereka menganggapnya sebagai masalah teknikal dan meneruskan perbualan seperti biasa. Sehingga Blaire bermula menerima mesej daripada seseorang yang mengaku sebagai Laura Barns, rakan sekelas yang membunuh dirinya sendiri. Malam tersebut adalah tepat setahun kematiannya.Blaire cuba untuk mendedahkan identiti Billie itu, rakan-rakannya terpaksa berhadapan dengan rahsia gelap dan pembohongan mereka.

 

Giveaway | Simple RM100 Giveaway Byijeni

Giveaway | Simple RM100 Giveaway Byijeni | Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

5 Tips Jimat Belanja Dapur Semasa GST

MOTIVATION | 5 Tips Jimat Belanja Dapur Semasa GST | Assalamualaikum w.b.t. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada mengeluh sejak semenjak GST dilaksanakan. Suka atau tak memang tak boleh nak elak. Tak boleh nak bersuara pun pasal GST. Orang atas-atas tak akan dengar rayuan mansuh GST ni. Daripada kita asyik mengomel, baik kita buat langkah jimat daripada asyik terkena GST jee.

1. Stok simpanan - Beli dengan kuantiti yang banyak agar dapat jadikan stock simpanan selama sebulan sekurang-kurangnya. Pastikan semasa pembelian ada harga promosi. Tapi, kalau stock tersebut betul-betul terdesak nak gunakan. Terpaksa pejam mata jee laa ye. hihi. Jadi takdalah yang terlepas pandang, atau membazir lagi dengan belian kali kedua.

2. Bina sistem inventori - Waktu berbelanja memang amat menyeronokkan! Even hanya nak beli barang dapur pun dah cukup bahagia. Untuk membina sistem inventori ni, anda tak payah nak guna komputer bagai. Cukup sekadar penyusunan stok bahan kering.

Tips : Susun mengikut tarikh luput, yang tarikh semakin hampir tu disusun belah atas atau tempat yang mudah di capai.

Contoh : Tepung, bila tengah nak guna tepung gandum buat cekodok tu tetiba tak cukup, anda pasti ambil capaian yang pantas bukan? Jadi susun bahan yang hampir tarikh luput ke atas

3. Rancang Pembelian - Bila sudah ada sistem inventori versi sendiri tu, kita hanya perlu masuk bilik 'syurga' kita hanya memantau kuantiti barang yang tinggal. Untuk beginner, Grocery List dan To buy List kena ada. Pertama sebab nak elakkan pembaziran, dan kedua kita juga nak pastikan makanan kita sentiasa segar betul tak?

Bila dah terbiasa, list tu dah jadi Grocery list ja. Ia jadi latihan untuk kita tutup nafsu nak shopping benda tak perlu. contoh : Perasa tiruan

4. Bajet - Yang ini mesti best, sebab boleh berkira-kira kan? Yang ini sekadar memantau perbelanjaan bulanan kita, kadang-kadang tak ckup bulan lagi dalam dompet ada beberapa not kecil saja! Jadi bajet untuk perbelanjaan dapur hanya nak memantau wang keluar dan elakkan juga pembaziran.

Contoh : Sebulan peruntukkan dalam RM400, Pecahan mingguan, jadi RM100. Bahan basah dan mentah untuk seminggu, pun saya rasa agak mewah juga. Kalau rajin semua jadi ye dak? Cucur bawang pun boleh, kalau malas nganga je la yeh, kecor air liur tengok makanan kt instagram!

Bila dah buat kira-kira ni, makan kat rumah sebenarnya lagi jimat, tambahan korang kena kurangkan penggunaan MSG, yang pelbagai jenama ada sekarang ni nak cukup rasa, eh?! Macam dah berfamily, ikan/ayam goreng, tambah sup sayur sikit dan telor dadar. Mesti tak sampai RM20, kalau makan kat kedai untuk 4 orang makan? itu baru sekali makan dah berapa ye dak?

5. Sale - Menjadi hobi waktu sebelum hujung minggu gitu!

Contoh : Macam pasaraya Giant. Ada jualan bulanan dan jualan mingguan dan juga Harian, rajin-rajin ke website dan hari minggu pun apa kurangnya! Aeon Big pula nak extra bila 28hb setiap bulan, tambahan 5%. Tesco ada juga.

Barang yang selalu buat stok tu yang tahan lama, macam beras, tepung, sabun etc. Literally yang korang memang akan selalu guna dan cepat habis, contoh kitchen towels dan pampers anak. Di sini, bolehlah buat penjimatan berganda.

sumber: Keria Addict

Review SayidahNapisah | Polis TYPO

May 22, 2015
Review SayidahNapisah | Polis TYPO |  Assalamualaikum w.b.t. Sayidah Napisah. Nama yang unik dan terpanggil nak tahu siapakah gerangan orang yang bergelar Sayidah Napisah. Adakah dia seorang artis Malaysia yang baru atau pun seorang polis atau pun cikgu atau pun ........ sambung laa sendiri. 
Syaidah Napisah
Nama diberi Sayidah Napisah. Dari kalangan Exchange Feed Group digelar sebagai KC a.k.a Kak Cik. Sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang Jurusan Major Matematik. Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Walaupun kecik! Kc suka makan walaupun memang berisi badannya (ehh! kat bio kc cakap macam ni. hehe). Tak dinafikan KC anak yang manja. Tengok ragam dia saja kita semua boleh tahu. Sebabnya, KC seroang yang peramah dan mudah mesra. Mestilah jadi mangsa buli dan pembuli EFG. KC mempunyai cita-cita menjadi tenaga pengajar. Semoga cita-cita KC tercapai. Amin.



Polis TYPO! Typo tu apa? Typo merupakan singkatan bagi kesalahan typographikal yang seringkali digunakan oleh manusia dalam ejaan ayat sama ada disengajakan atau sebaliknya. Orang yang selalu typo! digelar typophile. Haa, KC ni pantang nampak Typo. hati hati kalau nak berurusan dgn kc. Jangan sampai typo okay. haha


Seawal usia 17 tahun sudah berjinak berblogging. Tujuan berblogging dalam diri KC yang mahukan informasi yang bermanfaat pada semua agar semua perkongsian yang diberikan dalam penulisannya menjadikan saham akhiratnya. Sesiapa sahaja yang baru mengenalinya juga akan melebelkan yang KC seorang mak jemah (suka potpetpotpet), peramah, periang  dan berani.




Perasaan tak, setiap gambar yang Mimin share di sini, semua senyum sokmo. Pecinta Matematik. pada sesiapa rasa macam tak tau atau nak refer siapa dalam subjek Matematik, boleh laa minta ajar dari CIKGU POLIS ni, boleh laa bertanya terus ke KC.. Alhamdulillah, sungguh pun perangainya yang suka menyakat dengan orang sekeliling, aktif berblog, aktif blogwaling, aktif chit chat di Whatsapps.. KC merupakan pelajar yang cemeralang dalam akademik. Tahniah KC ! Semoga terus success dalam dunia dan di akhirat. 




Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com. Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu. Haha. Mimin baru tau. Selama ni, Mimin bagi burung ni makan je. 

"Allah always be there for me" Said Sayidah Napisah

Review | Kisah Seram Jalan Puncak Alam

May 21, 2015
Kisah Seram Jalan Puncak Alam  | Assalamualaikum w.b.t. Kisah misteri Jalan Puncak Alam sudah difilemkan dan sudah ditayangkan di pawagam. Mimin kalau citer seram Malaysia memang nak amik tau. Macam unik macam tu. Tapi, nak tengok kat pawagam nantilah.. tunggu cerita keluar kat Tv. hikhik. Apa pun cuba baca ulasan akhbar Sinar Harian.

Jalan Puncak Alam, simpan kisah misteri
Salah satu babak yang diselitkan dalam filem tersebut.
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus terbaharu UiTM yang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009.

Sebelum pembinaan kampus ini, UiTM telah menubuhkan kampus yang berdekatan dengan kawasan ini iaitu UiTM Kampus Puncak Perdana.

Kawasan ini lebih sinonim dengan golongan pelajar walaupun ada beberapa kawasan perumahan baharu telah diperkenalkan kepada penduduk di kawasan berdekatan.

Namun ketika itu, jalan untuk menuju ke kampus berkenaan masih sunyi sehingga mengundang beberapa kisah-kisah seram yang dikongsi oleh pengguna jalan berkenaan.

Menyedari kisah-kisah yang pernah menghantui pengguna jalan berkenaan boleh dijadikan karya yang diangkat ke layar perak, syarikat produksi, Mangkin Prestij Sdn Bhd, tampil dengan filem terbaharunya, Jalan Puncak Alam yang bakal ditayangkan mulai 7 Mei ini.

Memberi kepercayaan penuh kepada pengarah baharu, Dharma Aizat, dalam membawa penceritaan ini kepada penonton, Jalan Puncak Alam sememangnya ada misteri yang tersendiri.

Menurut pengarah filem Ia Wujud ini, tidak dinafikan, jalan ini adalah laluan yang sunyi dan menyimpan pelbagai kisah seram yang tersendiri.

"Idea menghasilkan filem ini adalah daripada pihak produksi. Namun, untuk memecahkannya kepada beberapa kisah itu adalah tanggungjawab saya sendiri.

"Untuk menghasilkan filem ini, saya mengumpul beberapa kisah dan bertanya sendiri kepada pengguna jalan tersebut yang terdiri daripada golongan pelajar dan penduduk di situ.

"Pelbagai kisah yang mereka kongsikan dan saya adunkan dalam satu filem ini. Namun yang pasti, Jalan Puncak Alam adalah salah satu jalan sunyi yang ada misterinya," katanya yang sebelum ini bertindak sebagai pembantu pengarah, Pierre Andre.

Tambah Dharma, beberapa insiden seram telah berlaku kepada pelakon dan kru produksi di sepanjang proses penggambaran mereka di sana.

"Ketika menjalani penggambaran berkenaan, tiba-tiba pelakon, Nizam Zaidi, hilang kawalan emosi dan saya sedar, itu bukanlah sikap sebenar Nizam. Dia tidak dapat memberi fokus kepada watak dan emosinya terganggu.

"Begitu juga dengan pelakon cilik yang memegang watak sebagai hantu budak, dia turut berdepan gangguan.

"Apabila kami mahu 'shoot' di kawasan tasik, dia menolak dan asyik memandang ke arah itu. Kami juga turut membawa ustaz ke lokasi.

"Kemudian, dia bercerita kepada ibu dan bapanya yang dia ternampak susuk badan budak kecil di dalam tasik berkenaan. Namun, saya tidak menceritakan perkara itu kepada kru kerana bimbang mereka ketakutan. Selepas siap semuanya, baru saya buka mulut," katanya yang terpaksa menukar babak lain ekoran keengganan kanak-kanak itu.

p/s: Okaylah. Hari ni Mimin nak blogwalking entri Kisah Jalan Puncak Alam jee. Sambil tunggu customer masuk ni. huahua

Review | Royal Stevia Sweetner (RSS)

May 20, 2015
Royal Stevia Sweetner (RSS) merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti. 


RCC ROYAL STEVIA SWEETNER

Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb


Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.


KEBAIKAN STEVIA SWEETNER


  Mengimbangkan kandungan gula dalam badan.
  Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
  Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki & wanita.
  Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetis)
  Membantu menurunkan tekanan darah (untuk pesakit darah tinggi)
  Membantu sistem penghadaman badan.
  Membantu peminum yang mengalami masalah Isomnia
  Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.(Obesiti)



RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
hanya TUKAR kan gula putih kepada STEVIA


KELEBIHAN STEVIA SWEETNER

  • Kandungan utama yang menyebabkannya rasa manis adalah bahan steviosides yang tidak mengandungi toksik
  • Steviosides yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
  • Ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid (kekurangan gula dalam darah) dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukosa, bermakna ia baik untuk penghidap diabetes / kencing manis. 
  • Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.  
  • Ada kajian menyatakan Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung
  • Ekstrak Stevia Rebaudiana yang bebas kalori atau SIFAR KALORI sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula. 
  • Dua kajian dilakukan oleh Purdue University's Dental Science Research Group mendapati steviosides menghalang pembentukan plak (karat) gigi dan membantu menghalang gigi berlubang (cavities). 

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq

PAKEJ SEUMUR HIDUP...!!

PLATINUM (7 kotak/21 botol)
HANYA RM980

GOLD (3 kotak/9 botol)
HANYA RM420

SILVER (1 kotak/3 botol)
HANYA RM140

RCC Stevia Sweetner, gula 

semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
jangan tunggu lagi.. mulakan langkah anda hari ini...! 

Pakej keahlian disediakan untuk mendapatkan harga yang murah dan menikmati manfaat yang lain. Antaranya ialah :-

Produk muslim
Menjana pendapatan yang tinggi
Keahlian seumur hidup
Harga yang lebih rendah
Bonus point
Khairat kematian

TESTIMONI RCC STEVIA SWEETNER


RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
Demam chicken pox teruk sembuh dalam seminggu dengan izin Allah s.w.t.

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
Masalah sembelit dideritai selama 5 tahun, dengan izin Allah s.w.t. telah pulih

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
Dapat mengawal paras gula dalam darah seterusnya tidak perlu bergantung kepada insulin lagi

Berubahlah kepada kehidupan yang lebih sihat demi masa depan anda dan orang yang tersayang.

<< bimbingan, kelas marketing, bahan iklan >> semua disediakan
anda tidak akan dibiarkan keseorang..!!
..ayuh sertai keluarga sihat RCC2U dan ubah masa depan anda hari ini...

HUBUNGI
agent berdaftar :

AIN : 0133572379
www.dramaticuniq.com




WordlessWednesday | Im Starving

WordlessWednesday | Im Starving  | Assalamualaikum w.b.t. Hari ni rasa lemau sangat. Kelaparan teruk hari ni. krik krik krik. fikir makanan je sekarang. okay bai ! Gambar sumber google

TUTORIAL | BLOCK INVITE GAMES APPS DI FACEBOOK

May 19, 2015
Tutorial | Block Invite Games Apps Di Facebook | Assalamualaikum w.b.t. Selalu kalau kat facebook selalu Mimin ternampak status yang marah marah siap maki maki sebab tension sangat kawan kawan facebook dia invite apps game penih kat notification. Hari ni, harap-harap tutorial ni dapat membantu awak awak semua dari masalah ni. Mihmih. Layan pic laa ye. 

1. Step pertama

 2. Step kedua

3. Step ketiga

4. Step keempat

5. Step Kelima

Haa ! Adik adik, kakak kakak, abang abang, makcik makcik, pakcik pakcik ehh ... semua laa. Lepas ni jangan marah marah kat status facebook ye. Heheh. 



REVIEW AKU PENGHIBUR | Acik Makan Sorang?

Review Aku Penghibur | Acik Makan Sorang? | Assalamualaikum w.b.t. Aku penghibur? Apa yang menghiburkan sangat tu? Macam mana dia menghiburkan? Ya! Itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi, hiburan apa yang cuba disampaikan?
Mohd Izhar Sabtu

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yamg mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia blogging, Acik sebenarnya ia adalah dari doa seorang emak dan keluatga yang tiada henti. Sokongan dari kawan-kawan realiti dan maya serta pembaca di blog. Acik juga seorang yang "low profile"

Doa seorang ibu sangat besar impaknya buat diri Acik
Pemilik yamg mesra disapa, Acik selalu memberikan tunjuk ajar kepaslda blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendalilan sebuah blog. Seperti kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah kuda makan rumput yang berkualiti'. Acik berpendapat, untuk menkadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, mempinyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.


Rakan-rakan seperjuangan yg memberikan sokongannya
Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. MAKAN SORANG tiada istilah dalam kamus hidup Acik. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna. Bagaikan kata-kata seoramg abang kepada adik. Bukan terlalu memghormati. Tetapi, blogger yang beginilah yang patit dijadikan role model. Dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya! 
Keluarga memberikan sokongan padu pada Acik
Ohh ye ! Acik ni senior Mimin masa zaman study dulu. Ramai student gegirl cair bila Acik beraksi kat atas stage sebagai emcee. Ada kawan sekelas Mimin terus cari Facebook Acik kot. huhu. Betul laa apa yang Hj Aznil kata kat Acik yang Acik berpontensi menjadi sebagai penghibur. Contoh terdekat, masa Mimin semester 1 Acik yang jadi urusetia MSK masa tuu. Lepas tu, semester akan datang Acik dah habis study. krik krik jugak laa masa MSK tuu.

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat. Sekiranya awak-awak semua memerlulan kata-kata semangat dan motivasi dalam diri untuk menaikkan semangat yang lari entah kemana. akupenghibur.com adalah tempat yang sesuai untuk diri memuhasabahkan diri. 



Powered by Blogger.
Back to Top