Selepas digertak, Azwan Ali akhirnya mohon maaf

AZWAN ALI DAN KONTERVERSI BERPISAH TIADA | sumber berita dari astro awani .. bagu Astro awani ni. Gosip kat twitter selalu update. Hahahha
 
L
aman Twitter sejak beberapa hari ini heboh memperkatakan kisah persengketaan antara Azwan Ali dan peminatnya di atas satu perselisihan faham mengenai cadangan tempat makan.

KUALA LUMPUR: Laman Twitter sejak beberapa hari ini heboh memperkatakan kisah ‘persengketaan’ antara Azwan Ali dan peminatnya di atas satu perselisihan faham mengenai cadangan tempat makan.
Sehubungan dengan amaran itu, Azwan dilihat telah memuat naik satu kapsyen panjang di laman Instagramnya yang dilihat sebagai permohonan maaf pada Selasa.

Keletah personaliti TV yang pernah mengacarakan beberapa program TV popular, memang sinonim dengan kelantangannya.

Kisah bermula beberapa hari lalu apabila Azwan salah sangka peminat bernama Nur Azira Wazi Azman mengutarakan kata-kata kejian kepadanya yang sebenarnya merupakan nama sebuah restoran.
Azwan dilihat terus mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun terhadap Azira yang berterusan dalam bentuk beberapa siri tweet makian serta pelbagai muat naik video di Instagram.

Ekoran kasihan terhadap nasib Azira, pemilik restoran yang diperkatakan iaitu Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman menjemputnya untuk makan percuma di restoran itu.


Tidak terhenti setakat itu, Azwan berterus mengeluarkan kata-kata makian di Twitter yang memperlekehkan situasi itu dan langsung tidak menghiraukan permohonan maaf Chef Mustaffa terhadap kekeliruan nama premisnya.






Isu ini menarik perhatian Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup. Beliau menyatakan akan membuat laporan polis atas kelantangan mulut Azwan kecuali pengacara itu meminta maaf terlebih dahulu.


“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa,” ujar Abdul Rani.



0 Comments