Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

September 30, 2015
Stick post
Mini Birthday Giveaway by MiminAdam | seharian nak juga nak buat persediaan ni. Akhirnya! Mimin merasmikan Mini Birthday Giveaway byMiminAdam Bermula 1 September 2015 sehingga 30 September 2015. Penyertaan anda amat Mimin alu-alukan. Semoga berjaya !

Bismillahi.....

Mini Birthday Giveaway byMiminadam
WishBirthday Terbaik untuk Mimin:

Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada para blogger
2. Copy coding kat bawah sekali
3. Mencipta WishBirthday yang menarik untuk Mimin
3. Klik sini :



4. Follow blog :
MiminAdam, MeraHussain. ShahiraAlfi StudioSafuraraKhaty AimanAlongAna jinggasayidah NapisahNoor Akma, Nurbeuty, WawaWanibahejabellamaisarahGrafixCik enFarhainLittle WeirdoMimi RheemRoseAna, AishaIbrahim

5. Follow Instagram
MiminAdam, dalizgrafix, Shahira rahimaim94, Wawamaisarah_humairaeintan_nurfuzieLittle WeirdoMimi RheemS A BeautyNurBeautAnggunalfiramadhani, ahkakgojesaisya_zuhaili


Tarikh Tamat: 30 September 2015
Senarai Sponsor dan Hadiah

Gambar | Kapal Tongkang tersangkut di jambatan Batu Pahat

September 27, 2015
Kapal Tongkang tersangkut di jambatan Batu Pahat | pagi tadi riuh satu Batu Pahat akibat kejadian kapal sangkut di bawah jambatan Batu Pahat yang menghubungkan laluan Batu Pahat - Muar. Difahamkan sauh terlepae dari kapal tersebut. Macam macam hal. Huhu..
kapal berada di sekitar kawasan minyak beku








Tragis ketika sembelih korban

September 26, 2015
Tragis ketika sembelih korban | Selamat menyambut hari raya aidiladha pada 24hb September 2015 yang lepas kepafa myslimin dan muslimat di seantero dunia ^.^


Dalam suka ada dukanya. Apabila seorang lelaki cedera parah ketika penyembelihan sedang berlaku. Difahamkan, urat lembut mungkin tidak terputus membuatkan lembu tersebut tidak  mati sebaliknya menyerang kembali orang yang menyembelihnya. Ketika itu, mangsa masih memegang parang dan tersusuk.


Berikut dari sumber whatsApp group ibu mimin:

Berita tragis proses penyembelihan lembu korban di taman bcb yong peng... Seorang terbunuh terkena parang penyembelihan lembu. Lembu mengamuk ketika disembelih.
Semoga roh nya di cucuri rahmat.

Lembu ni dah disembelih.  Dah jatuh pun.. so, org semua pun dah pindah utk melapah lembu 1st yg disembelih. Tiba2 lembu tu bgn semula. Mungkin ada nadi yang tak terputus lagi. Dah tu penyembelih tu g kat tempat lembu tu la.. pegang kepala lembu.. lumbu tu tanduk si penyembelih tu. Dgn secara tak sengaja parang terkena kat tangan penyembelih.  Asbabnya mati sebab tangan die kene parang.

Alfatehah kepada arwah suharto taman bcb yong peng kerana tekena  parang sembelehan lembu korban di pergelangan tangan ketika lembu nak d sembeleh kedua lembu melompat dan parang terkena pada lemgan dan mengalami pendarahan teruk lalu meningal dihospital

Maut keyika sembelih lembu

Arwah suharto berasal dari kg hj gafar tghari td lalu kg hj ghafar tgh korek liang lahad.

PANDUAN | Solat Dhuha

Panduan Solat Dhuha dan Bacaan Solat Dhuha | solat dhuha memiliki banyak manfaat. Antaranya, dapat merasa lapang dada dal segala hal.selain itu,  manfaat yang boleh diperolehi dai solat dhuha adalah membuka pintu rezeki.
Solat sunat duha

Niat solat dhuha
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ
Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.
Ertinya: ” Aku niat solat sunat dhuha dua rakaat, kerana Allah S.W.T”


Cara Solat Dhuha
cara solat dhuha hampir sama dengan solat sunah pada umumnya, berikut cara solat dhuha secara tertib .
  1. Setelah membaca niat solat dhuha didalam hati seperti yang telah tertulis diatas kemudian membaca takbir,
  2. Membaca doa Iftitah
  3. Membaca surat al Fatihah
  4. Membaca satu surat didalam Alquran. Afdholnya rakaat pertama membaca surat Asy-Syam  dan rakaat kedua surat Al Lail  
  5. Ruku’ dan membaca tasbih tiga kali
  6. I’tidal dan membaca bacaannya
  7. Sujud pertama dan membaca tasbih tiga kali
  8. Duduk diantara dua sujud dan membaca bacaanya
  9. Sujud kedua dan membaca tasbih tiga kali
  10. Setelah rakaat pertama selesai, lakukan rakaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian Tasyahhud akhir setelah selesai maka membaca salam dua kali. 
Solat duha

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu duha adalah waktu ketika matahari mula naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul tujuh pagi) hingga waktu zuhur.

Akan tetapi ada pendapat lain juga yang menyebutkan waktu solat duha yang baik adalah mulai pukul 09.00 - 11.00. Ini berdasarkan beberapa tanda masuknya waktu solat Dhuha, sebagaimana dijelaskan oleh hadits-hadits di atas.

Sebagai info tambahan ada juga waktu-waktu haram yang solat Dhuha :
  1. Sesudah Shalat Subuh hingga matahari bersinar
  2. Ketika hampir masuk waktu Zuhur hingga tergelincir matahari


Jumlah Rakaat Solat Dhuha

Jumlah minima rakaat Sllat Dhuha adalah dua rakaat, sebagaimana hadits Abu Hurairah di depan. Boleh juga mengerjakan empat rakaat, enam rakaat, delapan rakaat, atau duabelas rakaat, atau tanpa batasan, kerana terdapat hadis sunnah Rasulullah. (Solatul Mukmin: 1/449, Syarh Riyadhus Shalihin, Al-Utsaimin:

Dalil Solat Dhuha empat rakaat hingga tanpa batasan  adalah hadits Aisyah s,



عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الضُّحَى أَرْبَعًا، وَيَزِيدُ مَا شَاءَ اللَّهُ

Dari Aisyah s beliau berkata, “Rasulullah solat Dhuha empat rakaat dan menambahnya sesuai dengan kehendak Allah.” (HR. Muslim)


zikir sesudah sholat Dhuha 

Diriwayatkan setelah solat dhuha Nabi S.A.W membaca


َرْوُفَغْلا ُباَّوَّتلاَتْنَأ َكَّن ِإ َّيَلَعْبُت َو يِل ْرِفْغاِّبَر
Robbigh firly watub ‘alayya innaka antat-tawwaabul Ghofur ( dibaca 100 x )

Ertinya :
Ya Rabbi, Ampunilah aku dan terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan ampunan


Bacaan Doa sesudah Solat Dhuha




اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Mimin Dilamar oleh AABC

September 23, 2015
Mimin Dilamar oleh AABC | waaahhhh!!! Mimin dilamar oleh AABC.. AABC tu apa? AABC adalah singkatan daripada Air Asia Blogger Community. Alhamdulillah. Sempena bulan hari lahir ni mimin rasa macam dapat durian runtuh je! 
Aabc



Sebenarnya da lama perhatikan AABC ni. Akhirnya pemerhatian Mimin tak sia sua ^.^


Yahaira Leanne puteri Lisa Surihani

Alhamdulillah | Lisa Surihani dan Yusry KRU telah pun mengumumkan nama puteri sulongnya Yahaira Leanne yang membawa maksud “wahai sebaik-baik kelembutan”. Cantik nama yang diberi. Sedap mendengar dan menyebutnya.
lisa surihani
Pengumuman nama anak Lisa Surihani dan Yusry KRU ini telah dilakukan menerusi akaun Instagram mereka.
nama anak lisa surihani
Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lisa Surihani dan Yusry atas kelahiran puteri mereka. Semoga Yahaira Leanne membesar dengan sihat sejahtera serta menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak. Sama-sama kita doakan. Sumber: beautifulnuhara

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

September 22, 2015
HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI 
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03

Material: Cotton + Polyester

Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


KAIO STUDIO TIDAK LAGI BERGERAK SOLO

September 19, 2015
KAIO STUDIO | Entry yang lepas Mimin ada cerita berkenaan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Gambar dan video rasmi Harj Keluarga KBBA yang awesome hasil dari KAIO STUDIO di bawah naungan ANWAR ABDULLAH. Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. 

Anwar abdullah
Pengasas Kaio Studio

Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 


Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari


Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.


Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. 

Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. 

Dato siti
Kaio Studio dan Dato' Siti

Diam tak diam, pencapaian Kaio Studio seperti berikut: 
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

(Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8)

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio. 

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

Tidak rugi untuk menggunakan perkhidmatan KAIO STUDIO. Hubungi mereka untuk maklumat lanjut

Website www.kaiostudio.comInstagram www.instagram.com/kaiostudioYoutube www.youtube.com/kaiostudiotvTwitter www.twitter.com/kaiostudioFacebook www.facebook.com/kaiocreativestudio

Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal
Boleh follow yg bawah
Blog www.kaio.myInstagram www.instagram.com/kaio_my

Mimin puas hati dengan hasil dari Kaio Studio ni, Tak rugi kalau banyak kali gunakan perkhidmatan KAIO STUDIO. KAIO STUDIO juga menerima tempahan untuk fotografi wedding ye. 

Tutorial | Pasang Iklan di Blog "Tapak Iklan Untuk Disewa"

September 16, 2015
Tutorial | Pasang Iklan di Blog | Assalamualaikum w.b.t. Ramai dah tahu sebenarnya caranya macam mana nak pasang. Tapi Mimin nak share jugak lah. Untuk ingatan diri sendiri jugak ^.^ 

Sebelum nak pasang, pastikan dah edit gambar cantik cantik untuk buat banner iklan tuu. Make sure gambar tidak terlalu kecil ye. Takut nanti gambar jadi pecah. Size normal untuk banner kecik ni 125 x 125 px.  Iklan banner yang mana satu ? iklan banner macam ni haa

Jom sewa iklan di Blog Mimin ^.^
Biasanya Mimin edit pakai Photoshope atau Adobe Illustration. Mana nak mimin buatkan pun boleh. Mimin cas murah murah punya. Hahaha. Okaylah. Lepas dah siap create pic iklan tu. boleh follow step kat bawah ni.

1. Login blogger.com > layout > Add a widget > edit html


2. copy coding kat bawah ni
<a href="LINK"><img src="LINK GAMBAR" height="125" width="125" /></a></div></div></center>
  LINK = Link untuk direct mengenai iklan
  LINK GAMBAR = Link Gambar yang anda create tadi
  125 = Size gambar bersesuaian dengan blog anda.

3. paste diruang edit html seperti gambar di bawah


4. Save !

Kalau nak buat banyak ulang step 2 dan 3 ye :D

Gambar Anak Yusri KRU dan Lisa Surihani

Tahniah diucapkan buat pasangan Lisa Surihani dan Yusri KRU [klik] | Ramai yang tak sabar nak tahu nama dan jantina anak Lisa dan Yusri ni. Kompom laa nak tengok wajah baby Lisa dan Yusri ni. Kelahiran bayi perempuan ini adalah cahaya mata sulung tidak ternilai buat pasangan ini yang telah berkahwin sejak 24 Februari 2012. Untuk info, bayi perempuan tersebut dilahirkan secara normal pada pukul 11.44 malam selasa. Difahamkan, pasangan Lisa Surihani dan Yusry telah berjaya untuk mendapatkan zuriat selepas menggunakan teknik IVF (In Vitro Festilisation).

TAPI KAT BAWAH NI BUKAN GAMBAR ANAK LISA YE UOLLS. SEBAB LISA BELUM PUBLISH MUKA ANAK DIA ^.^



 bayi Lisa dan Yusri
Sama tarikh dengan baby lisa. Baby ini anak kepada ekin n yazer AF



Semasa Lara baby lagi ^.^

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha Lisa Surihani dan Yusri Kru akhirnya menjadi hasil yang sangan comel ! Hai baby !! Selamat datang ke dunia baru baby.

Sumber: Gambar Bayi Lisa Surihani Dan Yusry Baru Lahir 15.9.2015 | melvister.com 

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari |  Tak boleh lupa, asyik teringat kat kepala Mimin ni nak cerita pasal Hari keluarga yang telah diadakan sepanjang 11 September - 13 September 2015 iaitu 3 Hari 2 malam di sebuah resort di Hulu Langat. 



Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 

family day kbba
credit : Ida bahrum

Buat kali pertamanya Mimin join event Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Tak pernah jumpa semua, semua kenal dari alam maya je kecuali Mera Hussain. Tapi, semua boleh masuk ibarat dalam sebuah keluarga yang besar yang tak ada masalah. tak terasa tersisih sebagai ahli keluarga baru ^.^

11 September 2015 (Jumaat) | Datang agak lambat sikit. lebih kurang dalam pukul 4.30 petang sampai ke Resort Hulu Langat tu. Sampai-sampai sana eheeee ! segannyaaa macam nak masuk dalam beg baju jee rasanya. Apa pun cari Mera baru jumpa kak sue izza untuk buat pendaftaran dan dapat kunci bilik serta diagihkan kumpulan mengikut warna baju.

Aktiviti malam bermula pukul 8.00 malam untuk makan malam yang dijamukan makan ala-ala kampung. Sambil-sambil makan tu dengar depa karoke. Tak sangkat depa yang 'menyumbangkan' suara. semua ada bakat p Akademi Fantasia. Antara pesertanya, Yaya Cendana, Ayu Jean, Yanie, ABe Que, Kyle dan ramai lagi

12 September 2015 (Sabtu) |  Aktiviti seterusnya bermula seawal pukul 7.30 pagi selepas bersarapan kami semua berpoco-poco dan Flying Fox. Fuhh! dah lama tak berpoco-poco. haha. Tak ingat step langsung dah. Tapi sebelum semua tu, wajib laa kami berselfie.

Habis semua 43 orang naik flying fox terus makan dan rehat sementara tunggu pukul
2 petang untuk aktiviti seterusnya iaitu sukan rakyat. Sukan rakyat yang terbahagi kepada dua iaitu sukan darat dan sukan air. 

KBBA in group

antara sukan air
Malam kemuncak bagi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dimulakan dengan makan malam, karoke bebas, cabutan bertuah dan Fire show. show habis kami malam tersebut. As usual my name really unlucky T.T so, neber mind n dungibap. hahaha. oh yee! tak lupa ada surprise birthday cake. Sedap jee kak uzu, okay laa tu. Cuma kek keluar lambat sangat laa kak uzu. Masing-masing kekenyangan. sayang betul kek tu. kalau disimpan kan bolehbawak balik makan.




Selepas semuanya untuk hari sabtu yang menyeronokkan, ada sesi suai kenal antara blogger otai dengan blogger fresshie. Mana yang baik di jadikan panduan yang mana yang kurang baik dijadikan sempadan. 

credit : kak rara

13 September 2015 (Ahad) | Pagi ni kita semua macam lambat sangat bergerak. hehe, Sebelum berzumba yang di mando oleh Razi, kita pekena makan sarapan nasi lemak dulu. Masa berzumba pagi ni memang had fun habis sambil sambil boleh kuruskan badan. Tapi mimin tak dapat follow sangat. Sebab tak nampak Razi buat. Razi terhalang dengan pokok-pokok yang ada kat atas pentas tuu.

Fuhh fuhhh ! Abang Ben. jom repeat Family day ni lagi. hehehe. Enjoy sangat. Kalau korang nak tengok gambar lagi banyak boleh tengok ke Instagram KelabBloggerbenashaari


Gambar-gambar yang awesome di ambil dari Kaio Studio.
Website:  Kaio Studio
Instagram: @KaioStudio
Google+ : +KAIO STUDIO 
Email: kaiocreativestudio@gmail.com 
Contact: +6017-2360967
Powered by Blogger.
Back to Top