Tips | Tanda Lelaki Serious Dengan Kamu

Tips | Tanda Lelaki Serious Dengan Kamu | Macam mana nak tahu si dia suka kita? Susahkan nak tahukan hati lelaki ni pergi dia ke mana. Sebab tengok luaran sikit pun tak pandang. Sampai ada pepatah "Perigi cari timba". Sebabnya kenapa? Sebabnya lelaki susah nak dapat tangkap perasaan hati perempuan macam mana. Lelaki mana nak nampakkan ke"sweet"an dia tu. Langsung tak bagi hint pun. 

Jadi, jom ketahui serba sedikit tanda lelaki serious 

  1. Si dia selalu membebel dan memberi nasihat kepada kamu. Dia nak ingatkan kamu bahawa ada yang sayang pada kamu.
  2. Dia selalu memandang ke masa depan dan risau ke mana hubungan kamu dan dia. Dia memang serius dan takut akan kehilangan kamu.
  3. Sukar untuk lelaki menitiskan air mata kerana kamu. Itu bukti yang si dia benar-benar cintakan kamu.
  4. Takut ada orang ketiga dalam perhubungan kamu. Sebolehnya kamu milik dia sahaja.
  5. Bila dah sayang, kecantikan, umur dan jarak tidak punya erti apa-apa bagi si dia.
  6. Dia sentiasa melakukan sesuatu untuk menghiburkan hati kamu yang sedang gundah.
  7. Kadang-kadang perangai tak ubah macam budak-budak sebab nakkan perhatian. Kuat merajuk. Maka, pujuklah sebab dia nak perhatian kamu.
  8. Bila kamu ada masalah atau memerlukan bantuan, sebolehnya dia akan datang untuk membantu sebab dia tak suka melihat kamu dalam kesusahan.
  9. Sentiasa mengingatkan kamu bahawa dia sentiasa sayangkan kamu.
  10. Tak suka kamu berpakaian seksi, sebab dia tak nak lelaki lain memerhatikan kamu.
  11. Kadangkala nampak seperti mengongkong kebebasan kamu, nampak agak cemburu atau curiga, bukan sebab tak percaya, tapi takut kehilangan.
  12. Bila kamu mula kurang bagi perhatian padanya, mulalah nak cemburu atau sensitif terhadap kamu.
  13. Susah nak nampak dia layan perempuan lain, kecuali urusan kerja atau urusan penting yang lain.
  14. Jangan cuba-cuba nak dekat, dia tak suka ada lelaki lain cuba rapat dengan kamu.
  15. Dia membuktikan cintanya melalui perlakuan dan usahanya, bukan kata-kata semata-mata.
Sebenarnya banyak lagi tandanya yang kita tak tau kan. Kalau ada tanda-tanda macam ni, haa ! tu namanya awk tak payah susah susah nak tarik perhatian dia, 

4 Comments