15 ciri-ciri KEYBOARD WARRIOR | Tidak di nafikan, ada kalanya bila melayari facebook dan twitter, terbaca pula status-status dan komen annoying yang menjengkelkan mata. Namun, tidak semudah itu untuk kita mengelarkan seseorang sebagai 'Keyboard Warrior'. Mungkin apa yang diperkatakan dia tu betul. Tapi, kalau semua dia yang betul macam mana pula yer?
sumber google |
Keyboards Warrior
Seseorang yang update status yang kesat atau agresif di laman-laman sosial, biasanya orang yang menyembunyikan identiti sebenar merekaa. orang macam ni tak berani jumpa depan-depan. beraninya dekat keyboard je.. pooodddaaaaaaahhhhhhh ! Dia macam orang turun-ke-bumi yang tak layak untuk dicerca.
sumber google |
Ciri-ciri ‘Orang Yang Hebat Di Alam Maya’
- Suka update status-status yang menjual diri!
CONTOH : ada kisah kelakar yang aku simpan sejak dua tiga hari ni.. Ada someone aku dah lama unfriend ..... bla bla bla - Kalau bercerita tentang kekasih, kekasih dia lah yang paling ‘hot’, romantik, setia dan sebagainya. Hakikatnya dia merana dan sering dilukakan.
- Update lifestyle ala-ala ‘mat salleh’ baru datang Malaysia sedangkan dalam kad pengenalan diri, memang sah-sah di lahirkan di Malaysia.
- Bukan main lagi kacak bergaya dan cantik menawan dalam profile, jumpa depan-depan 360 darjah rupanya.
- Bila ada ‘geng-geng’ bukan main cakap besar di ruang komen. Tetapi bila keseorangan terus diam membisu.
- Kalau update status, ada sahaja jenama mewah yang di sebutnya. Nak kata ‘anak orang kaya’ tidak jugak.
- Boleh tweet atau update status dengan panjang karangan SPM dalam masa beberapa minit sahaja!
- Bila bercakap pasal itu ini, ada sahaja yang di bantah. Alasannya “aku tak suka idea dia. Apa dia tau pasal benda tuh!”.
- Bila ada status lawak yang dipost, dia akan komen "hambar", "tak sampai", yela dia jela yang hebat di alam maya! Dah tau benda tu lama dah.
- Kalau ada peluang, bukan main kamu menegur orang. Ini salah, itu salah padahalnya kamu pun belum tentu lagi betul. Habis segala fakta di Google.
- Menghentam orang bukan main di facebook, twitter, youtube dan sebagainya. Tetapi identiti diri disembunyikan disebalik gambar kucing, hujan, artis dan apa sahaja yang bukan gambar sebenar.
- Di alam maya bukan main lantang, jumpa depan-depan, alahai...
- Terlampau taksub dengan artis kesayangan sampaikan bila ada orang menegur sikit or bercerita tentang artis pujaannya mula si dia melenting tak tentu pasal sampaikan menghentam orang tu beria.
- Bercerita macam dia ada life dalam alam maya, hello..orang yang
- Tak habis-habis bercerita tentang Ex. Beria dia mengutuk ex, sekali tup-tup berkawan balik pulak dengan ex dia sendiri! Aduhhhh…..
Fuhh ! Kalau ada ciri-ciri ni dalam diri. Bawak-bawak muhasabah diri. Tak semua orang bagus tak semua orang sempurna dan belum tentu diri sendiri ni sempurna atau pun tak. Kalau kena dengan keyboard Warrior ni. memang kena kental je lah. Jangan mudah putus asa. Sebab orang macam ni cuma berani kat dunia alam maya je ! tak percaya ? Tanya abang Ben Ashaari.
Sebenarnya.. orang yang tergolong dalam ciri ni adalah orang yang cemburu menebal. Eh! tak jugak. Kadang-kadang dihasut oleh membe yang sejenis keyboard warrior. Acah-acah sifu gituu.
4 Comments
i agree with you, there are many other stuff can be done rather than spending those quality times to poke into other people matter.
ReplyDeleteZaman sekarang bersepah keyboard warrior. Huhuhu
ReplyDeleteWalaupun di alam maya. Ingat, Allah sentiasa melihat.
ReplyDelete"hambar" ehh macam biasa ja dgn komen mcm ni... haha
ReplyDelete