Kepentingan Hak Milik Strata

Hak Milik Strata | Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (lot) bagi sesebuah bangunan bertingkat-tingkat atau lot tanah yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Townhouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.


Kepentingan Hakmilik Strata

Hakmilik Strata perlu ada | Untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak (pembeli) untuk urusan urusniaga (pindahmilik, gadaian, pajakan dll). 


Selain daripada itu, menjadi rekod /bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan pemilik petak (pembeli).

Memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pesaka.

Hak Pemilik Sebagai Pemilik Petak

Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya.

Sebenarnya tak berapa faham sangat dengan HAK MILIK STRATA ni. Apa yang mimin boleh ulaskan. Ia adalah property perkongsian. Macam rumah  yang berkongsi dekat tanah yang sama. Cotoh macam yg mimin ada sebut kat perenggan pertama tadi.

Selepas 6 bulan dah Boleh tuntut hak milik . strata. Tuntut sampai dapat ye. Sebab tersangatlah penting. Kalau tak ada hakmilik strata ni, akan menyukarkan untuk urusan jual beli dan terutamanya pusaka yang mimin dan family tengah alami sekarang. 

0 Comments