Marsha Mengaku Sudah Memeluk Islam Dan Akan Bernikah 31 Disember


Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh yang berasal dari Sabah mengaku sudah memeluk agama Islam sejak beberapa minggu lalu. Majlis tersebut berlangsung dengan sangat tenang dan lancar serta hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja.

Marsha juga akan bernikah dengan seorang ahli perniagaan Mohamed Shaiful Nizam pada 31 Disember ini. Marsha berkata dia mengenali Shaiful atau lebih mesra dengan panggilan Sepol itu sejak 10 tahun yang lalu.

Namun bibit percintaan Marsha dan jejaka berasal dari Pulau Pinang berputik kira-kira dua tahun yang lalu iaitu pada 2013. Dengan iringan restu dari keluarga kedua belah pihak, ikatan cinta kedua pasangan ini bakal disatukan dalam beberapa majlis yang bakal dilangsungkan esok.

Marsha dan Sepol telah mengikat tali pertunangan pada 14 Disember lalu dalam satu upacara ringkas yang berlangsung di kampung halaman Marsha di Sabah dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua pasangan ini.

Mengikut perancangan, Marsha dan Sepol atau nama sebenarnya Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Hj. Mohamed Ismail, 29, akan bernikah di Pulau Pinang pada 31 Disember ini dalam sebuah majlis tertutup yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua belah pihak sahaja.

Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari depan di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Astro Gempak

2 Comments

  1. alhamdulillah.. semoga jadi muslimah yang solehah.. :)

    ReplyDelete
  2. wahh. dia cantik, mesti lagi cantik lepas pakai tudung nanti

    ReplyDelete