Resort AgroFarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal

Agrofarmstay Tarikan Baru Tempat Pelancongan Di Melaka

Pernah dengar Agrofarmstay di Durian Tunggal? Mimin pun tak tau wujudnya Agrofarmstay Durian Tunggal sebelum ni. Selama ni ulang-alik dari rumah mak mentua kak long ke rumah cik yah memang lalu jalan ni, tapi tak perasan pun ada Agrofarmstay ni.


Daripada nama Agrofarmstay, tentu kita boleh bayangkan suasananya macam apa. Sebelum sampai Agrofarmstay ni, mimin bayangkan tempatnya ada dusun, ada kandang, mestilah mimin fikir macam balik kampung.

  • RUANG SEMINAR
Untuk gambar-gambar yang cantik, mimin creditkan buat kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik Kelabbloggerbenashaari ye ! Hp mimin tak ada bateri time ni ! Spoil mood betei =.= 


Haa ! Kemudahan seminar yang superb lengkap disediakan di Agrofarmstay ni. Memang selesa lah ! tak rasa stress tau buat bengkel ke, seminar ke, reunion ke familyday kat agrofarm ni. Agak-agak kalau rasa stress kat agrofarm tu. silalah main dengan BUJANG (kuda padi) kat situ.

ruang santai ahli-ahli Jawatankuasa program

Bilik kursus
Bilik Mesyuarat
Dewan 

  • RUANG SOLAT

Di Agrofarmstay juga menyediakan ruang solat buat pengunjung yang menginap di situ. Mimin teringat masa zaman sekolah dulu. Selalu ikuti program bina jati diri. 


Jadi, Agrofarm tempat yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah di sini. Kalau sekolah-sekolah nak adakan event kat sini, mesti senang nak kawal anak-anak murid dia.

  • Challet

Terdapat 10 buah Challet yang setiap satunya boleh menempatkan 10 orang. Juga sesuai bagi sesiapa yang ingin mengadakan kem motivasi ke, team building ke, hari keluarga atau apa-apa pun boleh, Tandas juga disediakan tapi bukan di setiap challet, tetapi di luar. zyang paling uniknya challet ni, mempunyai warna berlainan setiap satu challet. Jadi, tak payah risau kalau terlupa challet yang mana satu.




Agrofarmstay @ Skill Tech



  • Jenis Penginapan yang lain

  1. River View (2 katil)



     2.   River View (6 Katil)




 

   3.   Garden View (8 Katil)




   4.   D' Lodge (6Katil)






  5.  Villa



Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech

Agrofarmstay @ Skill Tech


Agrofarmstay @ Skill Tech

  • Tempat Rekriasi / Riadah
Bilik Kasut (Karoke)


Agrofarmstay @ Skill Tech
Main dengan Bujang
Haiwan Ternakkan

padang rekreasi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi:


Encik Bari - 012-211 8246

Encik Mat - 016-209 8623


Alamat:

Lot 453,
Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 
76100, Durian Tunggal, 
Melaka 




0 Comments