KetchUp Blogger Speed Run Serbu 5 Cafe Hipster Dalam 1 Hari

Lets KetchUp !

Phenomena terkini dimana cafe-cafe berkonsepkan 'hipster' . Ketchup kini berada di Café Asia 2016 sempena pelancaran KetchUp.com.my pada hujung minggu yang lepas melalui "Can U Catch Up" Blogger Speed Run! Ia merupakan hari yang hebat bagi Mimin bersama Kelab Blogger Ben Ashaari datang bersama-sama mereka yang hebat-hebat untuk berkongsi pengetahuan, semangat dan idea-idea untuk mengembangkan persekitaran kafe yang menarik!

ketchUp Community

Hari Sabtu yang lepasa (5 Mac 2016) Mimin, Mera, Razi, AyueJean, Sohoque dan Yanie Yusuff serta team Face Of Malaysia dan Malaysian Youth College bersama-sama serang Cafe sekitar kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

KetchUp.com.my 

Apa itu KetchUp Community? Pernah dengar tak sebelum ni tahu apa itu KetchUp Community? KetchUp Community merupakan sebuah komuniti yang menghubungkan di antara pemilik kafe atau restoran dengan pengunjung. Kalau korang mempunyai cafe unik tersendiri dan nak dipromosikan, boleh bekerjasam dengan KetchUp ni. senang cerita, KetchUp ni akan membuat koleksi semua maklumat cafe dalam  web KetchUp.com.my untuk memudahkan kita cari cafe yang rare berhampiran kita. Wow !! 

Program KetchUp yang sedang berlangsung ketika ini adalah KetchUp Blogger Speed Run hasil kerjasama dari Kelab Blogger Ben Ashaari, MYC, SiniKaki, FoodiePartner, bersama Maven Communication. 

CAFE DI SEKITAR TTDI

Bermula dari kami (Mimin, Mera, Kak AyuJean, Kak YanieYusuff, abang Sohoque, dan Razi) Memulakan operasi jelajah cafe di sekitar TTDI. Kita semua rasa sendiri tau setiap menu yang dihidangkan di cafe mereka. Memang superb sedap !!


1. Chequers, TTDI

Bermula dari Chequers dengan makan diilhamkan Amerika. Di Chequers, mereka menyediakan menu daripada sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam. Makanya, korang boleh pergi Chequers ni tak kira masa. hehe

Chequers, TTDI
Chequers, TTDI
Menu pilihan di Chequers, TTDI

2. Quartet

Cafe seterusnya di Quartet, keunikan kepelbagaian seni musik. Konsep cafe yang dihasilkan dasar minat yang mendalam terhadap musik. Jika dilihat susun atur dan dekorasi dalaman kafe ini, Quatet memilih konsep vintage dan juga muzik Indie sebagai pilihan muzik yang dimainkan didalam kafe ini.

Quartet, TTDI
Quartet, TTDI
Menu mengikut citarasa tempatan dan sedikit elemen fusion

3. The Grunpy Cyclist

Kepada Grumpy Cyclist, pitstop untuk penunggang atau penunggang basikal dan peminat aktiviti luar. Apa yang menariknya cafe ini, boleh membaiki basikal di sini sambil santai-santai lepak kat sini. haa ! menarikkan.

Grumpy Cyclist
Grumpy Cyclist
Menu Diet ^.^

4. Pickle&Fig

Pickle & Fig, untuk mereka membuat pilihan makanan yang seimbang. Kat sini jangan risau laa untuk sesiapa yang diet tu. Semuanya seimbang. Tapi, agak-agak lah. Jangan lah makan banyak sangat. Tu dah tak seimbang dah namanya. hahaha

Pickle & Fig
Pickle & Fig
dap nyeeee ^.^

5. Thursdvys

Thursdvys, berkonsepkan Melbourne Architecture, Australia. Lambang gigi digunakan sebagai logo dan trademark untuk kafe ni kerana ada cerita disebalik kisah gigi tersebut.

Thursdvys,
Thursdvys

Haaa ! amacam ? Jangan pulak jilat skrin tuu. Rosak nanti LCD. Dahh kena repair pulak. Tahniah buat krew-krew KetchUp, KetchUp Media Bloggers dah berjaya membuat persediaan yang hebat ni. Kalau tak puas hati, nak tau lebih lanjut terjah laa website ni KetchUp. Klik klik dah boleh dapat maklumat cafe-cafe ni. Bukan setakat kat kawasan TTDI je tau, kat Damansara, Subang, Sunway Pyramid dan banyak lagi cafe boleh anda dapat kat sana.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
A unique experience for the cafe-hopping crowds to rediscover cafe spaces!

5 Comments