4 Jun 2016- Sabtu yang lepas, lepas kene tenyeh muka.. Lari kejap ke Jakel, Kuala Lumpur . Gedung pakaian terkemuka negara, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) mengumumkan barisan duta terbaharu mereka yang bakal mempromosikan pelbagai koleksi baju raya keluaran syarikat tersebut pada tahun ini.
![]() |
Lara Alana dgn Awal jaa dapat turun, kesian Scha demam |
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel memberitahu, pemilihan kesemua selebriti tersebut adalah berdasarkan personaliti mereka yang menarik selain mempunyai bilangan pengikut yang ramai di laman sosial.

Baju Melayu Moden
Koleksi baju melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak.
Keistimewaan koleksi Aaron Aziz adalah berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru 2016 adalah darinpelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangka bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.
Manakala baju melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza- beza bergantung pada rekaam dan kualiti.
Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai sampin dan butang baju melayu dengan setiap pembelian baju melayu.
Baju Kurung
JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung modeb dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita. Koleksi kali ini, Jakel menampilkan rekaan yang lebih elegan dan segar.
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak.
Koleksi baju Melayu Upin Ipin yang dijual pada harga serendah dari RM59 ini juga diberi percuma samping dan butang baju melayu. Manakala bagi Rozita Che Wan, merupakan ikon pada keseluruhan produk JAKEL.
Ingat raya, Ingat Jakel

Ramai yang tak lepaskan peluang untuk dapatkan baju raya Jakel. Korang pun jangan laa lepaskan untuk dapatkan baju raya Jakel. Boleh laa fefeeling Ayda Jebat, Jep sepahtu Lara Alana.
3 Comments
cair tak mekup tuu? haaaa.. hehehe.. memang ramai yang turunn.. fuhhh padat
ReplyDeleteramainya..eh..murah pulak naju upin rm59 je... siapa ada anak2 lelaki mcm ummi boleh la cuci mata dgn rekaan baju raya drp jakel ini. thanks mimin bg info
ReplyDeletesesaknye... kita pon turut berhimpit2..kan!
ReplyDelete