FoodHunter | Comic Cafe Batu Pahat

[UPDATE 17072017- Comic Cafe sudah tidak beroperasi] Macam mana minggu pertama puasa? Okay ke tak? Sebelum berpuasa haritu, aku sempat jejakkan kaki kat Comic Cafe, Batu Pahat. Wahh ! Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak betul cafe cafe hipster sekarang ni.

Macam cafe cafe yang lain, menu yang dijamukan tak lari dengan makanan western. Yang uniknya kat comic cafe ni, semua nama makanan kat sini berkonsepkan superhero. Aku kasi 7/10 !

Ni menu yang aku order. Nama makanan yang aku order ni Cat Women Carbonara. Harganya pulak standart macam cafe cafe yang lain. Harganya lebih kurang RM10 - RM12. Lupa dah harga dia sebenar berapa.


Air pulak aku pilih air Hulk. Errrr.... lupa pulak nama belakang air ni. Hehe. Air Hulk ni rasa Kiwi. Sedap! Sebab fav kot. Harga untuk yang ni dalam RM6 ke atas. Air local macam tea  ais, milo air dan lain lain lebih kurang RM5 ke bawah.

KONSEP COMIC CAFE

Lokasi Comic Cafe ni berhampiran dengan JAKEL BATU PAHAT. Atau nak lagi tepat lagi, Comic cafe ni di belakang Bank Kuwait. Jom layan jap  gambar bawah ni.

Diharapakan ada penambah baikkan seperti 'proper' kan lagi menu list. Modal laa sikit biar nampak exclusive sikit kedai nya. 


Aku sedia maklum, baru baru ni ultraman dan beberapa superhero datang kat kedai ni. Good Job ! Tapi, kalau superhero tak mai ke comic cafe tuu, apa kata pasang movie macam citer avangers ke, ninja turtle ke atau lain lain..

hope lepas ni boleh pasang movie yang berkonsepkan watak superhero tersebut. Takde laa hakak layan kipas avengers kat atas tuu. Hee. 

P/s: terima kasih pihak comic cafe, atas feedback selepas entry ni di muat naik. ^.^ Rajin rajin laa invite pasni. Haha

Alamat
5, Jalan Flora Utama 3, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu operasi:
Open today 4PM–2AM
Facebook:   Comic Cafe BP

12 Comments