Penutup Syawal | Part 2

July 25, 2017
Berakhirlah sudah Syawal yang dinanti, kini sudah masuk bulan Zulkaedah. Alhamdulillah. Macam mana raya korang? Ehhhh takkan biasa-biasa je.. raya kan sebulan.. takkan takde citer. Raya kali ni, walaupun tak semeriah masa zaman-zaman hingus meleleh. Tak dapat raya dengan kawan sekolah. Tak dapat jumpa dan beraya dengan mera hussain, Anyss, Anis dengan Pejah.. Tapi kali ni macam special sikit, dapat raya dengan gegirl ai Tiara, Eyra dengan Ummu. Lama tak jumpa gemok ai sekalian.

Throwback Raya


Tangga wajib posing. Sorry dik, aku rasa gambar ni aku lawa. kahkahkah
Disebabkan aku ni katanya busy memanjang (padahal internet limited. Kohkohkoh) Maka aku buat sedikit kornologi Raya Miminadam .. fuhh kemain kronologi. Kau mampu ada kronologi tak ? hahahaa. Kronologi yang menambahkan berat badan dengan jayanya. Pssttt.. Puasa ritu turun 3 kg je -,,- bagi laa ai tips babe please…. hahahaaha

Beraya Di Melaka

Beraya ke Melaka laah kita. Btw, kalau jumpa sedara mara kat Melaka ni kat pasar malam. For sure tak tegur. Sebab aku jarang sangat balik Melaka. Lagi-lagilah arwah apak dah takde. Lagilah harapan nak berkenalan. Nenek kat Melaka pun ai pun sorry nek. Cucumu kurang mengenalimu. 
Baby Yaya
Sebelum pergi Melaka, pergi rumah terbuka mektam kat Batu Putih .So, makan kasi gemok sebelum nak jalan jauh sikit. hihihi
inilah Neneknya . hehehe.
Anak-anak makteh yang banyak hal nya.
Yang si ajin ni tak nak masuk rumah moyang dia. Taktahu laa perangai dia masa ni kenapa taknak taknak betul masuk rumah nenek. Aku pun, macam tak tahu nak buat apa kat dalam. Jadi, aku temankan laa ajin kat luar. (hahaha, padahal kontrol taknak makan dah) Yang si Dhia pulak, perasan princess je tuu. Tapi takapalah.. Memang princess ateh mimin..

Open House Sedara-mara

Sorry kawan-kawan, bukan tak hajak, memang open house untuk sedara mara je.. Sama ada kawan bapa ke kawan ibu ke kawan mamet ke lagikan kawan aku,.. Memang tak ada. Buat open house sedara mara ni raya ke empat. Esoknya aku kerja. hahaha. penat jugak..
FekaFeka je.. Yatt Sahdan ke Wahidah ke Nurul kee. Tak ada
So, lepasni aku hashtag team raya bujang tepu kazen sebaya semua dah kawin. Haaaa, panjang pulak hashtagnya. hahahaha.. hakak redhoo guyss..

Muka-muka penutup open house sedara mara

Wedding BellaXSyah  

Ini tarikh 1717 memang ramai sangat orang buat kerja kawin. fuhh fuhh. So, aku decide pergi wedding Bella. Selamat pengantin baru Bella. Semoga kekal hingga kejanah. So, dapatkah lepaskan rindu dengan dua orang mok mok kesayangan aku ni..

gigirl mok mok ai

Tahniah BellaSyah
susah payah Misha nak amik gambar dengan ai. hikhik
Lepas habis wedding Bella, kiteorang terus shoot pi rumah Deyla. Thanks Deyla invite secara terbuka. hhuhu. Macam reunion PMM pulak aku rasa.

Dari kiri, Tika, Shila, Mattop, Deyla, Tiara, aku, dengan Eyra

Raya Port Dickson   

Cikpian buat open house kat Port Dickson, buat hal tau Jumaat masih kerja lepas tu balik terus shoot dengan mamet ke sana. Tapi, aku dengan mamet sampai kat TNB apartment lebih kurang pukul 12 pagi. Siangnya kiterorang balun mandi lahh puas puas. hehe. Untuk open house tu, sorry takde gambar. haahha

Ateh malas mandi pool..

acuu paling gigih buat istana pasir. zoom sikit miqa buat apa tuuuu

istana cinta katanya

my fellow sistur and babiess

Reunion Geng 67 (Reunion SM Semerah)

Ni pun sama dengan pergi PD, Jumaat tu aku kerja. Shoot dari Batu Pahat Pukul 7.00 Sampai ke KL tu dalam pukul 10 malam. Ohh yaa, Reunion diorang ni buat kat Beranda Kasih, Hulu Langat. Owner dia Datin Zila ni kawan ibu. So, dapatlah rasa sendiri tengok depan mata Berandar kasih ni. Lawa kawasan dia. No wonder lah ramai buat pengambaran/shooting kat sana. Memang lawa. buat wedding theme Garden pun lawa. buat malam majlis apa-apa memang sesuailah. Meman recommended

Berandar Kasih
Theme Bollywood kau ! Banner by Dalizgrafix
Ibu dan Datin Zila, Owner Branda Kasih
Lawa morning view ni
Event dekat Beranda Kasih, Bermalam di homestay area Lepoh, Hulu Langat. Walaupun homestay dia atau chalet dia biasa  biasa je. tapi morning view dia memang ohsem. Jadi, ini reunion bukan terhenti di sini. Tapi ada lagi reunion buat kat MnM Homestay Sabtu ni.. Next week aku story pulak geng geng diorang ni rajin naw buat reunion.

#RealPerfume


OOTD denga #realperfumeraya
Sebelum tu, sis nak promote sikit.. Sis ada jual #RealPerfume. Wangi dan tahan lama setanding dengan perfume mahal-mahal. Harga jangan risau..  Mampu milik. so, nak beli atau nak jadi dealer boleh whatsapp sis 017-7749932 ..  Habis dah raya.. Bye


Eid Mubarak - Part 1

July 18, 2017
Alhamdulillah, Syawal pun dah nak habis. Semoga kita sama-sama dapat jumpa lagi Ramadan yang seterusnya. InsyaAllah. Sekejap je masa.. Sampaikan Syawal dah nak habis pun tak perasan.

Selamat Hari Raya

Tak rasa sangat aidilfitri kali ni.. Masing-masing dah sibuk naik kerja hari syawal  ke 4.. Tak percaya boleh baca entry Mera Hussain ni dia naik kerja bila .. hahahha, So, Untuk 25 tahun ni, ini lah kali pertama aku beraya dengan dua dua keluarga aku. Di mana mak aku ada dekat Joho di hari raya pertama. hihi. Tapi.. Walaupun kakak aku yang Daliz dan Atiqah tuu takde raya sama-sama dengan kami, Aku masih rasa bersyukur kerana masih dapan tengok insan-insan yang aku sayang pada hari terakhir Ramadhan dan pertama Syawal. 




Okay.. Inilah selfie raya Syawal pertama di tahun 2017 aku. Mehhh drop link kat ruang komen aku ni. Nak tengok raya korang macam mana pulak ^.^

Steevia Membantu Merawat Kencing Manis

July 17, 2017

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5% pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6%. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas.

Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis. Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi.

Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai.

Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak.

Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan. Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat).

Penyakit kencing manis ini digelar ‘silent killer’ kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok. Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup. Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa.  

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?

Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis.   Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita.



Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda. Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda.



Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini.

Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.
 

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!

Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan. Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh.

Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi.   Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan.

Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga). 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA?

Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com   Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.   Selamat mencuba!  

TESTIMONI STEEVYA

 

Resepi Bubur Nasi Menu Popular Ketika Demam

July 14, 2017
Hai awak yang tengah baca ni. Tengah nak masa Bubur Nasi kee tuu. Kalau demam, lepas makan bubur kena makan ubat tau. Semoga cepat sihat awak tuu. Untuk yang nak catu makan ke nak berdiet kee boleh laa makan bubur nasi untuk isi perut awak yang kosong tu. Jangan pulak Meggi jadi pilihan hati.. 


Bubur Nasi @ Nasi Bubur

Bubur Nasi adalah sejenis bubur yang popular di kebanyakan negara Asia. Apabila dimakan sebagai bubur nasi biasa, ia paling sering dihidangkan dengan hidangan sampingan atau lauk. Apabila bahan-bahan tambahan, seperti daging, ikan, dan perasa, ditambah semasa penyediaan bubur nasi, ia adalah yang paling sering disaji sebagai makanan tersendiri, terutama bagi orang yang sakit. Nama-nama untuk bubur nasi adalah pelbagai mengikut gaya penyediaannya. Walaupun banyak variasi, ia biasanya merujuk bubur nasi yang pekat selepas sebahagian besarnya hancur akibat dimasak lama di dalam air. Jadilah bubur tu namanya bubur lambuk, bubur kacang, bubur somsom dan banyak lagi bubur. 

Hari tu aku demam.. Nak jadikan cerita malas nak ke klinik. Makanya, mintak ibu pergi belikan kentang, lobak sayur kangkung untuk aku buat nasi bubur ni. Tetibe jee masa tu tekak nak bubur nasi berlaukkan sayur kangkung goreng dengan telur hancur. So, inilah cara aku masak

Resepi Bubur Nasi

Nak masak bubur nasi yang simple je lah aku boleh setakat ini. Insyaallah, kene tanamkan semangat memasak lebih mendalam untuk kesenangan perut sendiri. hahahaha. Antara bahan-bahan yang aku perlukan

Bubur Nasi

Kangkung goreng pedas

Telur hancur masak kicap. Fav!
Bahan-bahan

- Beras (ikut korang lah nak masak berapa banyak. Kalau aku, masak suku pot je. Tu pun parents dengan adik aku dapat makan sekali. Jenis kami tak makan banyak)
- 2 sudu minyak masak (Biasa aku tak letak minyak. Faktor diet.. kahkahkah)
- halia (dimayang sederhana tebal.. Kadang-kadang tak letak...)
- kentang (okay.. yg ni ikut korang punya masak tu banyak ke tak.. lepas tu, suka hati koranglah nak potong macam mana)
- biji lobak (pun macam kentang tadi)
- air secukupnya

cara-cara
- basuh beras dan rendam kejap dalam 2-3 minit.
- panas kan minyak dalam periuk tumis bawang (skip kalau takde semua ni)
- dah naik bau masukkan beras, air, halia (letak garam jangan lupa guyss)
- kacau sikit. tutup periuk. biarkan sampai jadi bubur. (Part ni kene behave.. kena kawal dia punya api, air sampai dia empuk dan sedap.

Tips
- Kalau masuk 1 pot atau lebih.. pastilan guna periuk paling besar yang ada kat dapur tu sebab kalau periuk kecik beras susah nak kembang jadi bubur keras laa korang punya bubur nasi tu...
- sukatan air tu macam 3x or 4x kali lebih dari sukatan air untuk masak nasi.
- sesekali tengok la jugak bubur atas dapur tu memang pasti sangat la tak cukup air tu nanti. Yang masa korang nmpak bubur tu macam dah kering tapi belum jadi bubur tambah air lagi.
- sementara beras nak jadi bubur.. masa nilah korang nak buat menu sampingan bubur tuu. Macam aku cakap tadilah.. sayur kangkong goreng dengan telur masak kicap hancur..




 

Kualiti Beg Terbaik Dari Mizzue Malaysia

July 9, 2017
Pernah terfikir tak kenapa gegirl macam satu perkara wajib ada handbeg? Kenapa boboy wallet je pun dah cukup? Hahahahah. Kalau korang ada jawapannya boleh laa cerita sikit dengan aku sebab apa. Tak tahu laa apa laa kaum hawa ni nak bawak banyak barang sapai wajib ada handbag. Bagi aku, aku lebih suka tak bawak handbag. Cuma bawak purse. Tak pun beg sandang tuu haa. Alang-alang nak bawak barang. Bawak banyak sikit barang tuu. Hahahaha

MIZZUE MALAYSIA

Pernah dengar tak Mizzue Malaysia tu apa ? Mizzue ni macam Zalora, Lazada, Fashion Valet dan lain-lain tu.. Maksudnya Mizzue Malaysia ni online shopping di mana kita boleh membeli secara online kesemua jenis beg dan juga pakaian di website ini. Di Mizzue terdapat bag seperti clutches wallet, purse, handbag, shoulder bag, across body bag, backpack, leather bag, dan banyak lagi. 

mizzue.com.my


Korang yang rajin OOTD, boleh laa rajin-rajin usha website Mizzue Malaysia ni. Design di Mizzue semua trend terkini. Senang citer semua barang-barang dia up-to-date. Yang paling penting design dia semua simple takde berat-berat. Bagi aku, aku memang suka design simple. Nampak lagi classy.. hehe. Memang rambang mata. Banyak pilihan guys kan Mizzue Malaysia tuuuu. Disebabkan raya, aku behave sikit,, hahahaha


mizzue malaysia
bawak raya dah beg ni.. hihihi

Sebelum raya hari tu, alhamdulillah aku berpeluang untuk merasa sendiri barangan dari Mizzue Malaysia weyhh! Serious teruja habislahh.. Siap rambang mata tak tahu nak pilih apa kat Mizzue tuu. Aku pilih Lavonna Latulas – Brown. pssssssttt … harga dia quite mengancam guys.. Mula-mula aku macam takut kualiti dia tak ok.. Macam takut harga macam gini kualiti macam tuu je.. Bila aku terima beg dari Mizzue ni.. terus tak fikir apa dah. Terus belek belek sampai puas hati. No wonder lah harga dia macam tuu. Ibu aku siap cakap nanti dia nak pinjam bawak pergi sekolah lepas tu mesti student atau cikgu lain nak jugak beg macam ni.


APA KATA MIMIN MENGENAI MIZZUE MALAYSIA?


Jujur cakap aku suka gileeeeeeerr beg sandang Lavonna Latulas dari Mizzue Malaysia ni. Aku pilih ni sebab in fact aku jenis nak menyumbat barang tapi still nak acah-acah semart. Kahkahkah.. Nak nak aku ni bila hari kerja duduk kat rumah sewa walaupun rumah tuu rumah satu lagi parents aku punya sendiri. Sebab dekat dengan tempat kerja. Boleh lahh letak baju dalam beg ni. Tambah lagi time raya ni banyak berjalan. So, boleh laaa bawak p travel raya. Aku galakkan korang beli beg dari Mizzue ni. Tak rugi kalau korang milikki barangan dari Mizzue.

KELEBIHAN LAVONNA LATULAS DARI MIZZUE MALAYSIA


Kelebihannya, beg ni boleh lap dengan tissue basah kalau ada kotor. Walaupun dari mata kasar tak nampak sangat kotor tu. Beg ni ada tempat khas nak letak passport atau handphone. Hahaha. Paling best banyak tempat boleh sorok-sorok barang. I like ^.^  
--------------------------------------------------------------------------------------------

Food Hunter | AA.. Asam Pedas Teluk Wawasan

July 3, 2017
Entry kali ni, aku malas dah nak tanya pasal rumah terbuka korang tuu.. Sebab aku semestinya dah naik kerja dari khamis lepas. Tapi, apa pun.. aku ucapkan Selamt Hari Raya Maaf Zahir Batin. Sekiranya korang baca ni bukan time raya, maksudnya aku punya entry ni dekat first page google search. hahaha.



Asam Pedas terkenal di Batu Pahat

Kat Batu Pahat ni, selain terkenal Nasi bariyani dengan mee racun.. Orang akan cari Asam Pedas juga kat Batu Pahat ni. Yaaa, semuanya makanan. So, kalau korang tanya aku apa tempat best kat Batu Pahat. Aku tak tau nak jawab apa. Sebab Batu Pahat terkenal dengan makanan. Jangan tanya kenapa aku gemok hokeyy. hahaha

Asam Pedas kat Batu Pahat ni ada banyak tempat yang sedap. Paling kena dengan tekak aku ni Asam Pedas Mak Limah belakang KFC area bustand Batu Pahat. Nanti aku review sana pulak ehh. Yana Asam Pedas, Ali Asam Pedas dan AA Asam Pedas. Yang lain bukanlah tak sedap.. tapi tak pernah pergi lagi atau tak kene dengan tekak bapa aku. Biasanya, kalau asam pedas yang kene tekak bapa aku.. memang recommended semua orang. Terutamanya asam pedas ibu aku. Hahahahahah. memang terlajak laris. Kalau ibu aku pencen. aku akan suruh ibu aku buat catering asam pedas. Tak caya ? pergilahh tanya pakcik makcik aku. 

AA Asam Pedas Teluk Wawasan

Nama yang sinonim dengan Teluk Wawasan ini adalah Teluk Bakong. Terletak di Parit Haji Salam, Simpang Lima Batu Pahat. Guyss ! kalau korang pergi AA Asam Pedas ni tak roger aku. Dosa besar tahu tak ! hahaha, sebabnya rumah aku tak jauh dari sini pun, korang roger kompom aku mai. hahaha. 

asam pedas teluk wawasan



view AA Asam pedas


asam pedas batu pahat
Menu wajib kami

asam pedas batu pahat
muka kelaparan

Owner kedai ni kenal sangat dah dengan bapa aku, owner dengan pekerja dia memang friendly. jangan risau lahh.. Korang takkan serik nak pergi kedai makan ni, Malah korang akan repeat lagi. Okay.. kepada owner AA Asam Pedas, saya anak cikgu Azi (SMK Dato' Onn) sila kasi diskaun bila entry ni membantu.. kahkahkah, gurau je pakndak!

----------------------------------------------------------
Hubungi :
Kak Esah : +60 17-792 4880
Alamat : AA Asam Pedas, Pt Hj Salam, Simpang Lima Batu Pahat, Johor





Powered by Blogger.
Back to Top