JOHOR | Misteri Batu Putih, Batu Pahat

JOHOR | Misteri Batu Putih, Batu Pahat | Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pernah dengar tak berkenaan Batu Putih ni? Tak silap, masa zaman kegemilangan Misteri Nusantara dulu, pernah keluarkan cerita misteri yang ada di Batu Putih ni. Heh ! Ni kawasan perkampungan Mimin tau. Dekat sangat dengan kampung Encik Hafizh


Kampung Batu Puteh jelas menyatakan "batu puteh" iaitu batu yang berwarna putih. Menurut sejarah orang lama-lama yang di ceritakan orang tua pada suatu ketika dahulu, Kampung Batu Puteh ini mendapat nama apabila terdapat beberapa batu besar yang berwarna putih tumbuh di satu tempat tetapi tidak di kawasan yang lain. Tambahan pula, batu tersebut akan tumbuh tinggi dan pabila sampai di satu takat ketinggian, batu tersebut akan patah, dan ianya akan tumbuh lagi. Memang betul ! kalai dipegang, rupanya seperti tanah liat, namun ternyata salah, ia merupakan batu dan batu tersebut agak rapuh. Ada bahagian yang boleh dipatahkan. Sehingga hari ini, bersempena dengan batu tersebut, kawasan perkampungan itu di beri nama KAMPUNG BATU PUTEH.

SEJARAH KG BATU PUTIH

Kampung Batu Puteh telah dibuka pada tahun 1876 oleh sekumpulan peneroka datang dari Kendal, Jawa Tengah, Indonesia yang diketuai oleh Haji Senawi. Mereka membuka kebun untuk bercucuk tanam dengan tanaman makanan seperti ubi kayu, pisang, keladi dan sebagainya. Tujuan asal mereka datang ialah untuk mengembangkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. Mereka mendirikan masjid dan rumah-rumah kediaman dan pada awalnya kampung ini dinamakan Kampung Haji sempena nama ketua kumpulan yang mula-mula meneroka tetapi setelah penduduk bertemu dengan longgokan batu berwarna putih berkilauan disatu kawasan mereka sepakat menamakan kampung ini dengan nama Kampung Batu Puteh.

misteri kg batu putih





Catatan Sejarah oleh mantan Ketua kampung
Allahyarham Haji Sulaiman Bin Onn


Gambar-gambar Batu Putih sehingga sekarang.



Batu Putih adalah sebuah kampung melayu yang terletak di sebelah kanan jalan dari Simpang Lima ke Parit Sulong. Seluas lebih kurang setengah ekar. Tumbuh bertaburan warna batu itu putih berkilau-kilauan beserta tiap-tiap sebuah batu lebih kurang dibandingkan dengan gajah. Dua ekor gajah sama sebuah batu. Tingginya lebih kurang ada yang dua depa dan yang ada kurang dari itu. Tetapi pada masa sekarang batu itu berwarna kelabu tidak seperti dulukala.



Batu-batu yang pecah di sekeliling batu besar tidak boleh diambil sembarangan. Barangsiapa yang mengambilnya terpaksa terkena pulangkan. Ini telah berlaku beberapa orang yang mengambilnya terpaksalah memulangkan semula ke tempat asal mereka mengambilnya kerana malam tidak dapat tidur badanya terlalu panas seperti ada orang yang mengacaunya.



Pada tahun 1905, pada malam Isnin, sedang beberapa orang penduduk situ mengadakan maulud di masjid tempat yang ada sekarang ini seorang daripadanya yang bernama Wak Naim telah ternampak di kawasan batu putih itu terbakar sebesar-besarnya api menjulang ke langit lebih kurang dua puluh depa tingginya. Yang menjadi anehnya orang – orang yang ada di dalam masjid itu tidak ternampak kawasan batu itu terbakar. Hanya Wak Naim seorang sahaja yang nampak. Tetapi apabila Wak Naim memegang tangan kawan-kawannya baharulah semua nampak. Pada keesokkan harinya ramai-ramai pergi mendapatkan (menghampiri) di kawasan batu putih itu untuk menyaksikan peristiwa malam tadi. Apabila dilihatnya di kawasan itu masing-masing tercengang-cengang kerana tidak ada pun ranting atau daun-daun kayu yang terbakar. Pokok-pokok kayu hidup seperti biasa.



Pada tahun 1958 berlaku satu lagi perkara ganjil iaitu seorang hamba Allah balik dari bekerja kebun berhenti penat di kawasan batu Putih lebih kurang dalam pukul 11 pagi ternampak beberapa pandangan aneh. Pada pandangan-pandangannya di kawasan Batu Putih itu seperti bandar. Ada beberapa buah kereta, lori, bas dan motosikal berjalan menuju hal dan masing ada orang menyidai kain, ada orang berjalan-jalan dan ada orang membeli belah hinggalah pukul satu tengahari. Isterinya menunggu-nunggu di rumah . Biasanya pukul 11 pagi sudah balik. Ini pukul satu belum lagi balik. Jiran-jiran sekeliling yang turut mencari di kebun tempat mereka bekerja pun tidak jumpa. Seorang hamba Allah bernama Mokhsin mengatakan tadi dalam pukul 11 beliau sudah balik lalu di belakang rumah saya. Apabila diturut di belakang rumah Mokhsin terjumpa hamba allah tersebut sedang duduk dengan memegang sebilah parang panjang. Kemudian di tanya oleh orang ramai “mengapa wak ada sini ?”. Jawabnya seperti yang dia nampak tadi.


Tidak berapa lama daripada berlakunya seperti yang di atas, pemuda tempatan tak payah di sebutkan namanya masa hendak pergi main bola tangkis di sebelah kampung tersebut lalu di jalan itu terdengar beberapa suara wanita berbual-bual dan ketawa mengilai-ngilai. Kemudian pemuda itu berhenti dan mengendap. Apabila dilihatnya beberapa wanita muda-muda belaka sedang mandi bersiram-siram antara satu sama lain. Kemudian pemuda tadi mengundurkan diri terus memberitahu kepada kawan-kawanya untuk menyaksikan kejadian yang berlaku. Apabila sampai ke tempat tersebut didapati tempat itu semak samun tidak ada sebarang bekas pun

1 Comments