Food Hunter | AA.. Asam Pedas Teluk Wawasan

Entry kali ni, aku malas dah nak tanya pasal rumah terbuka korang tuu.. Sebab aku semestinya dah naik kerja dari khamis lepas. Tapi, apa pun.. aku ucapkan Selamt Hari Raya Maaf Zahir Batin. Sekiranya korang baca ni bukan time raya, maksudnya aku punya entry ni dekat first page google search. hahaha.



Asam Pedas terkenal di Batu Pahat

Kat Batu Pahat ni, selain terkenal Nasi bariyani dengan mee racun.. Orang akan cari Asam Pedas juga kat Batu Pahat ni. Yaaa, semuanya makanan. So, kalau korang tanya aku apa tempat best kat Batu Pahat. Aku tak tau nak jawab apa. Sebab Batu Pahat terkenal dengan makanan. Jangan tanya kenapa aku gemok hokeyy. hahaha

Asam Pedas kat Batu Pahat ni ada banyak tempat yang sedap. Paling kena dengan tekak aku ni Asam Pedas Mak Limah belakang KFC area bustand Batu Pahat. Nanti aku review sana pulak ehh. Yana Asam Pedas, Ali Asam Pedas dan AA Asam Pedas. Yang lain bukanlah tak sedap.. tapi tak pernah pergi lagi atau tak kene dengan tekak bapa aku. Biasanya, kalau asam pedas yang kene tekak bapa aku.. memang recommended semua orang. Terutamanya asam pedas ibu aku. Hahahahahah. memang terlajak laris. Kalau ibu aku pencen. aku akan suruh ibu aku buat catering asam pedas. Tak caya ? pergilahh tanya pakcik makcik aku. 

AA Asam Pedas Teluk Wawasan

Nama yang sinonim dengan Teluk Wawasan ini adalah Teluk Bakong. Terletak di Parit Haji Salam, Simpang Lima Batu Pahat. Guyss ! kalau korang pergi AA Asam Pedas ni tak roger aku. Dosa besar tahu tak ! hahaha, sebabnya rumah aku tak jauh dari sini pun, korang roger kompom aku mai. hahaha. 

asam pedas teluk wawasan



view AA Asam pedas


asam pedas batu pahat
Menu wajib kami

asam pedas batu pahat
muka kelaparan

Owner kedai ni kenal sangat dah dengan bapa aku, owner dengan pekerja dia memang friendly. jangan risau lahh.. Korang takkan serik nak pergi kedai makan ni, Malah korang akan repeat lagi. Okay.. kepada owner AA Asam Pedas, saya anak cikgu Azi (SMK Dato' Onn) sila kasi diskaun bila entry ni membantu.. kahkahkah, gurau je pakndak!

----------------------------------------------------------
Hubungi :
Kak Esah : +60 17-792 4880
Alamat : AA Asam Pedas, Pt Hj Salam, Simpang Lima Batu Pahat, Johor





6 Comments