'Glamorous Camping' di Lost World Of Tambun

Lepas pergi bercuti di Perhentian Kecil hari tu, rasa lama giler tak pergi bercuti yang berkualiti macam tu. Rasa macam lelah pulak asyik menghadap nombor-nombor jee. Kali ni, dapat bercuti ke Lost World of Tambun. Siap tidur kat Glamping lagi tauu.. Korang pernah tidur dalam glamping tak?
Lost World Of Tambun
LOST WORLD OF TAMBUN

Apa itu Glamping ?

Lost World Of Tambun
Glamping Camp
Mimin ni ada typo tak type camping jadi glamping? Tak salah laaa. Memang aku nak type glamping. Glamping ni istilah yang digunakan pada zaman dap, raver, hipster dan lain-lain. Bezanya bila cerita pasal camping, mesti dah dapat bayangkan suasana camping tu yang mana ada khemah besar takde alas, kena buat unggun api lagi, dan suasana macam zaman dulu-dulu.. Glamping ni berbeza dengan cara berkhemah yang biasa disensasikan dengan eleman mewah, menjelaskan maksud 'glamorous camping'.

Tarikan Baru Di Lost World Of Tambun 

Lost World Of Tambun
Floating Glamping Camp
Bila aku sebut pasal Lost World Of Tambun, mak aku dah komen dekat facebook. “Eleh! Dah basi laa Lost World Of Tambun” Sebab kami sebelum ni dah pernah pergi LOWT boleh baca sini masa aku pergi dengan keluarga. Sesiapa sahaja yang mengunjung ke Lost World Of Tambun akan membayangkan taman tema air, kolam air panas, taman tema kanak-kanak, banyak haiwan seperti di kebanyakan zoo, ada rumah hantu, persembahan tarian api dan banyak lagi. Macam aku jugak lah, dah set kat kepala ni.. Wah! Tidur kat Lost World of Tambun lahh. Malam nak Jacuzzi lah kat kolam air panas dia. Sebab masa tuu tak dapat imaigine lagi Glamping tuu best macam mana semua. Sebab tak pernah dengar ayat Glamping tuu. Dalam kepala, Google pun mesti pening macam aku nak bagitahu Glamping tu apa rupa dia. Kah! 

Lost World Of Tambun
Floating Glamping Camp, Tasik Boga Lost World Of Tambun
Tak sangka pulak, sebenarnya trend glamping sudah lama bertapak di negara-negara Eropah. Kini, trend ini mula menular di sekitar negara-negara yang terletak Asia Tenggara. Malaysia juga tidak terkecuali. Tak percaya ? Ada tengok cerita Kingsman takpart dia mintak izin dengan girlfriend dia kat toilet tuu? Hahaha, yes! Tuu pun salah satu glamping tau. 

'Glamorous Camping' di Lost World Of Tambun

Lost World of Tambun
Glamping Camp
Glamping Di Lost Word Of Tambun ada menyediakan 4 buah khemah di tapak glamping dan satu lagi di atas tasik. Aku berpeluang menginap glamping di atas air. Satu pengalaman baru bagi aku. Glamping tersebut dilengkapi dengan kelengkapan untuk empat orang. Bila sebut tidur berhampiran tasik atau dikawasan terbuka mesti terfikirkan mesti ada nyamuk banyak kat situ. Jangan risau, sebab kawasan glamping camp ni tiada nyamuk. Aku sendiri pun pelik tetapi aku dimaklumkan yang kawasan sekitar ditanam dengan serai wangi dan kawasan itu dikelilingi kawasan batu kapur. 

Kemudahan Glamping Camp Di Lost World Of Tambun

Lost World Of Tambun
Glamping Camp
Kalau korang dah biasa bercamping, mesti korang akan rasa lengkap dengan kemudahan yang disediakan di glamping Lost World Of Tambun. Sebabnya, di dalam glamping camp tuu tersedia katil untuk beradu, tuala, cermin dan penyangkut baju, kipas dan plug untuk charge handphone. Korang boleh bawak extension wayar untuk cas power bank atau camera korang. Sebab ada extra 2 plug kosong je kat situ. Memandangkan bilik air kat luar, kalau terjaga pukul 3 pagi tu, takyah lahh takut. Sebab dekat jee toilet dengan tapak glamping ni. Kemudahan toiletries seperti sabun, shampoo ada disediakan. Berus gigi dan ubat gigi tu korang kena bawah sendiri lah.

Pemandangan Indah Glamping Camp

Lost World Of Tambun
Pemandangan di waktu malam

Serious talk ! memang menarik pemandangan Glamping Camp di Lost World of Tambun pada Waktu Malam. Korang boleh buat aktiviti bed time story ke time ni lah. Tak pun, kalau korang larat lagi boleh pergi ke Hot Spring Lost World Of Tambun ni, 

Lost World of Tambun
Pemandangan pada waktu malam
Lost World of Tambun
Pemandangan pada waktu malam

Buat apalah aku nak tipu korang. Meman lawa sangat pemandangan Lost World of Tambun pada waktu malam. Kalau memang tak nak percaya, korang boleh datang dan alami sendiri apa yang aku dengan kawan-kawan aku yang lain rasa.

Lost World Of Tambun
Pemandangan pada waktu pagi
Tenang, mendamaikan itu yang korang akan sebut bila korang buka mata dan merasai keindahan pada waktu pagi di Glamping Camp ini. Fuhh ! rasa macam tak puas pulak nak ber glamping. Untuk makluman korang, tasik Bora ini tidak boleh memancing tau! sebab, dalam tasik tu cuma ada ikan arapaima. Err, orang kata kalau ikan ni besar macam ikan naga. 

Alami Sendiri Glamping di Lost World Of Tambun 

Kalau korang suka aktiviti berkumpulan tidur di bawah bintang-bintang tiada kekecohan membina khemah? Berikut adalah peluang anda untuk tidur di bawah bintang dengan bergaya. Jadi kalau korang nak tahu harga pakej glamping ini serta pakej-pakej lain yang disediakan di Lost World Of Tambun, boleh lah rujuk maklumat atau hubungi pihak pengurusan seperti yang tertera di bawah :
Lost World of Tambun
Kadar Glamping LWOT














17 Comments