Insidious 4: The Last Key (2018)

Pembukaan tahun baru 2018 diserikan lagi dengan Insidious. kihkih. Sesiapa yang mengikuti Siri Insidious mesti tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti siri terbaru ini macam aku lah salah seorangnya. 

Insidious 4 | The Last Key

 


Filem bergenre seram supernatural yang diarahkan oleh pengarah filem seram The Taking Of Deborah Logan, Adam Robitel merupakan filem keempat dalam siri Insidious dan bersambung dari filem Insidious 3: Chapter 3 yang dikeluarkan pada tahun 2015. 



Masih mengekalkan Elise (Lakonan Lin Shaye) sebagai watak utama, Kali ini membawa kisah memburu roh jahat yang berada di rumah lama Elise sewaktu Elise masih kecil. Jika korang ada mengikuti Insidious Chapter 3, Elise bertemu dengan ‘sidekick’ nya Tucker (Angus Sampson) dan Spec  (Leigh Whannell), mereka adalah pembantunya. Mula bekerja secara serius untuk membantu individu yang mengalami gangguan roh jahat.






Elise yang merancang untuk bersara dari dunia entiti, menerima ‘panggilan’ daripada Ted Garza (Kirk Acevedo),  namun setelah menerima maklumat dari pemanggil tersebut, Elise terpaksa menolaknya. Hal ini kerana, Elise dihantui dengan kisah silam zaman kanak-kanaknya tersendiri iaitu membantu Ted mengatasi gangguan entiti jahat dirumah yang pernah diduduki oleh Elise semasa beliau masih kecil. Disitulah Elise mula berhadapan dengan entiti jahat yang pernah menghancurkan keluarganya suatu ketika dahulu. 

Review | Insidious 4: Last Key by miminadam 


Jalan cerita yang boleh agak. Tapi, agak teruja sikit bila kali ini berkisahkan kehidupan Elise ketika waktu kecil dan Elise rupanya ada adik lagi dalam siri insidious dan ada dua orang anak buah yang cantik. Juga memiliki kebolehan untuk melihan entiti seperti Elise serta mereka berdua juga boleh pergi ke alam lain untuk membantu roh yang tersekat di dunia lagi satu. 

Makanya, Insidious 4: The Last Key (2018)  kali ini kurang menyerlah. Dan mungkinkah ada kesinambungannya?  Mungkin ada kot, anak buah Elise boleh tradisi atau trajui perniagaan psikik Elise. Hahahaha. Rate untuk cerita ini mimin kasi 3.5/5 bintang jaaa.  Seram bercampur kelakar. Maksudnya tak berapa seram sangat dan tempoh Elise di dunia lain agak singkat dan banyak menceritakan kisah silam Elise (campak belakang a.k.a throwback).

2 Comments