2H1M BERSAMA TRAVELOKA & THE BUTTERFLY DI KL JOURNEY HOTEL

Masih hangat dalam fikiran ni, macam mana ye nak move on dengan kenangan terakhir 2017. Memang best betul melarikan diri dengan depa semua weyhh. Nak nak melarikan diri dengan traveloka dan The Buttherfly project. Nanti kau tengoklah video aku kat bawah ni, taknak tengok kat sini kau tengoklah kat youtube sana. Aku ada uploadkan video aku kat sana. Taknak tengok video aku jugak? haihh, support sikit aku laa. hahaa. okay yang itu gurau. Kau boleh serch kat youtube "escape traveloka 2017 X butterfly project at KL Journey" Ramai rakan blogger aku yang mai sama meriahkan suasana KL Journey Hotel dah upload video mereka.

Apa Itu Traveloka ?

Ramai lagi ke tak tahu Traveloka tu apa? Aku yakin ramai yang sudah tahu Traveloka tuu apa. Tapi takpe, mungkin masih ada lagi sebagian dari pembaca Mimin Adam yang belum tahu apa itu traveloka. Traveloka menyediakan platform dalam talian yang membolehkan kita menyemak imbas pelbagai jenis syarikat penerbangan atau penginapan, dan membuat tempahan. Pengguna boleh membuat tempahan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh hotel, syarikat penerbangan atau  mana-mana pembekal perkhidmatan lain di Traveloka. Dengan membuat pesanan melalui Traveloka, kita akan dapat menempah tiket penerbangan, bilik hotel atau perkhidmatan lain. Traveloka akan menyediakan pengesahan tempahan melalui emel. Mereka berhak untuk menolak tempahan atas sebab-sebab yang dinyatakan tertentu.

Traveloka

Kata mudahnya, Traveloka adalah salah satu daripada perkhidmatan e-dagang untuk membeli tiket penerbangan atau untuk mencari hotel berdasarkan talian dan memilih untuk membeli tiket penerbangan atau hotel.


Korang dah boleh dah rancang perjalanan korang tu dengan traveloka tak perlu lagi membuang masa berjam-jam untuk membeli tiket flight untuk buat perbandingan harga. Apabila sampai di destinasi, tak perlu lagi mencari hotel. Rugi masa percutian dengan cari hotel masa tengah bercuti. Dengan Traveloka, semuanya pantas dan mudah. Just klik , terus beli ! Mudahkan? Traveloka memberikan kemudahan yang lancar dan tempat hotel yang selesa mengikut kehendak anda.


Selain melayari https://www.traveloka.com/en-my korang jangan lupa untuk download apps traveloka di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS) tau. Sebab, dengan apps ni memudahkan korang untuk booking bila dah kat tempat orang tuu. Kalau ada masalah pun boleh pakai apps ni untuk hubungi orang kuat traveloka.

STAYCATION 2H1M | 'ESCAPE WITH THE BUTTERFLY X TRAVELOKA' DI KL JOURNAL HOTEL

Disember 2017 yang lepas, aku dengan 39 rakan blogger yang hebat-hebat ni berpeluang untuk"Escape with Traveloka X The Butterfly Project" di Hotel KL Journey. Dengan kerjasama The Butterfly Project dan Traveloka kami bertemu di Hotel KL Journey. Walaupun aku tersesat di tengah-tengah Bukit Bintang, KL yang sentiasa banyak dengan kenderaan masih sempat melapor diri. hihihi.


Sampai-sampai, terus naik melaporkan diri dengan Traveloka dan The Butterfly Project Team. Sambil-sambil tunggu blogger yang lain sampai, kami boleh laa tenang-tenangkan diri sebelum kami mulakan aktiviti. 



Kalau korang malas nak baca entry aku, kau tengok je video atas ni, tapi tak lengkap jugak aku punya video ni. hahaha. so kau kena baca sampai habis apa aktiviti kami kat sini sepanjang 2 hari 1 malam.


Selepas blogger daftarkan diri, semua blogger akan dapat tag nama tulis sendiri. Hahahaha. So ni dah habis kretif dah nii. Selain tu, dapat goodies bag dari traveloka team dan blogger kena ambil 2 nombor dari 2 kotak misteri. Cehh, misterilah sangat. Tak misteri pun.. Kotak misteri tu untuk kita main game masa ice breaking nanti. 


Untuk game pertama, aku di kumpulan 5. Dalam game ini, kira sesi suai kenal dengan blogger-blogger lain. Kira nak tahu latar belakang blogger dalam kumpulan ni lah. Haa, time ni kau nak korek apa pun semua time ni. teeettt ! tak lama pun peluang ni. kahkahkah. 

with ayue jean

Game kedua pulak, tak silap aku namanya electric shock. Game ni aku di kumpulan pertama. Di mana blogger kena pegang tangan blogger lain. Blogger diminta tutup mata ketika permainan dimulakan. Okay game ni aku follow jee orang buat apa, sebab tak berapa faham apa sedang berlaku. Tup tup tup kumpulan kami je yang menang.Lepas tu kumpulan satu lagi tu,  asyik kalah, dan mintak tukar kedudukan dengan kumpulan kami. Katanya sebab tempat kami tu ada luck. hahahah. kelakar. Sememangnya betul agaknya, turn kami pulak kalah dalam game ni. So enjoy.


Okay, dah selesai main game, kita pakat dengar sepatah dua kata dari pihak KL Journey Hotel dan Traveloka. Memperkenalkan serba sedikit berkaitan traveloka apps. 


Haaa, lepas penat main game.. penatlah sangat.. Dah dapat input serba sedikit dari traveloka, tetibe pulak perut lapar. Kahkah.. Aishh Mimin.. muka tak pernah tak serius.. Memanjang nak serious jee kau kan mimin. Hahahha. Bab makanan memang aku serious. 


Diserikan lagi dengan acara kemuncak dari The Butterfly Project. Aktiviti melepaskan rama-rama bebas keudara. Sungguh teruja tengok butterfly banyak bebas dari sangkarnya.


ehhh, ada Lia Hasty lahh ^.^



Aktiviti seterusnya, kami dibahagikan lagi ke beberapa kumpulan. Aku dapat kumpulan yang aktiviti bermain dengan watercolor. Hahahha, aku rasa.. aku paling tak lawa kot. Tangan keras jee. Masa nak buat tu, menangis kejap sebab nak lukis bunga pun tak reti. Tapi bila dah siap lawa je. kisah pulak aku bunga warna purple biru. hahahaha



Aktiviti malam kami pula, seperti biasa.. Kami akan makan malam di Kedai Kopi Journal laaa mana lagi. hehehe. Sambil kami makan.. kami buat tukar-tukar hadiah x'mas.. Thanks roommate sayang. kohkohkoh

KL JOURNEY HOTEL



Inilah hotelnya. Terletak ditengah-tengah ibu negara Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang adanya Hotel KL Journey.


Aku dapat partner sebilik dengan kak Ayue jean bilik 303. Bilik kami boleh berhubung dengan bilik 302, maka kami pun berhuhu bersama sama laa jadinya..







Amacam guys aktiviti kami di KL Journey Hotel bersama Traveloka dan The Butterfly Project. Awesome kan aktiviti kami. Eh, btw... Untuk aktiviti Watercolor tuu, tuu untuk team mimin je. Ada team lain buat sabun, buat wallet, buat buku travel journey.. Semua DIY sendiri. Itulah pengalaman manis aku di akhir tahun 2017.

-------------------------------------------------------------------------

The Butterfly Project 

Traveloka 

The KL Journal 

7 Comments