Shopee & Honor |
Shopee, platform
e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama
rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang
akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan
kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar
4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran:
RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang
menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan
lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman
membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.
“Kami berbangga
dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini.
Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang
membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami
gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan
kepada pengguna kami,” kata Ian Ho,
Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami
berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama
terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain
e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan
rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan
pengkalan pengguna yang lebih besar”.
Zhao Zhiwei |
“Kami teruja
bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami,
honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka
global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee,
platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah
titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh
kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei,
Ketua honor Malaysia.
Zhao menambah,
“honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami.
Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10
Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat
pertama kali untuk pasaran tempatan - lazimnya kami melancarkan produk baharu
di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran
tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen
kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto
dengan dua kamera hadapan”.
Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera
Honor 9 Lite
menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang
membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa,
tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh
diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon
pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.
Rekaan dan Paparan Yang Menawan
Direka dengan
ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan
yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin
paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan
cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan
yang mewah.
Berprestasi Tinggi
Telefon honor 9
Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB
RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina
dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.
Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray.
Bagi meraikan
pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram
dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi
telefon honor 9 Lite baharu ini.
Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu
swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang
menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau
kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang
bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan
mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling
Shopee setiap seorang.
Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh
bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang
menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.
150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.
------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my.
Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini,
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
3 Comments
perghhhhh
ReplyDeleteseronok nih
harga mesti murah
istimewa sungguh harganya.
ReplyDeleteJanji Kita
Persaingan antara pengeluar Smartphone sangat senget.
ReplyDeleteSekarang ini Smartphone dual camera pun dah murah.