Petaling Jaya, Mac 2018 – Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark. Menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri, kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.
"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.
Kempen #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri.
Perkongsian mereka tentang pengalaman dengan Bio-Oil:
Elaine Daly |
“Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual semua perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya iaitu menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya sebagai langkah pencegahan dari kesan regangan. Ia melembapkan kulit dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. " kata Elaine Daly, seorang Pelakon, Hos TV, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia Kebangsaan, dan Pengarah Saluran www.hurr.tv.
Madam Molly Khoo |
“Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama mana yang termampu. Ia membantu dalam masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dengan kulit saya sekarang! " kata Madam Molly Khoo, Pengasas Heritage Village Restaurant.
Nadia Hasbi |
“Bio Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua!” kata Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel.
Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable
Kempen #makeyourmark adalah yang pertama dalam kempen sepanjang tahun Bio-Oil bertajuk #iamremarkable. #iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.
Mengenai Bio-Oil
Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.
Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.
0 Comments