SALAM RAMADHAN 1439H

Bermula Awal Ramadan, masyarakat Islam di Malaysia akan mengunjungi masjid dan memulakan ibadah puasa selama sebulan bermula terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di dalam kalendar Islam kerana Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu ini. Awal Ramadan merupakan permulaan yang sangat mencabar untuk kebanyakan umat Islam di Malaysia, walau bagaimanapun ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu berbanding bulan-bulan yang lain setiap tahun.

RAMADHAN 

Puasa di bulan Ramadhan diperintahkan pada tahun ke-2 setelah Hijrah Nabi ke Madinah. Tahun itu juga terjadi perang besar pertama antara kaum Muslimin dan musyrikin Makkah, yaitu ghazwah al-Badr.




DALAM al-Qur’an disebutkan tentang perintah berpuasa, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS 2: 83).Perintah puasa ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan dimaksudkan untuk menjadikan mereka pribadi-pribadi yang luhur dan bertakwa.

Perintah puasa bukan merupakan hal yang baru dan khusus bagi umat Rasulullah S.A.W.. Hal ini telah diperintahkan dan telah dilakukan juga oleh umat-umat terdahulu. 
TIPS 8 GELAS AIR DALAM BULAN RAMADHAN 
Bila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang ragu-ragu bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Nah, aku kongsikan cara-cara pengambilan air di bulan puasa bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari. 

Credit : Wanista.com

Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan. (okay yang ni suka hati nak minum air dulu ke nak makan kurma dulu)
Bawa Air Ketika Keluar Malam
– Setiap kali pergi terawikh atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air. 
Selamat berpuasa guys! Semoga amalan sepanjang bulan Ramadhan kali ini diterima oleh-Nya.

4 Comments