The Settlement Hotel Melaka & Menyajikan Selera Kampung Untuk Menu Buffet Ramadan

June 11, 2018
Kali terakhir aku jejakkan kaki kat Melaka pun aku dah lupa bila. Tapi aku tak sangka dekat Melaka yang hiruk pikuk dengan kesibukan Bandaraya Bersejarah ini, terselit tempat yang menarik, selesa dan tenang. Itulah yang aku dapat gambarkan di The Settlement Hotel Melaka yang berkonsepkan Klasik tradisional.


The Settlement Hotel Melaka 

Kali ini, aku berpeluang untuk merasai sendiri keindahan dan keselesaan The Settlement Hotel. Dapat jugalah aku tenangkan fikiran walaupun hanya 2 Hari 1 Malam di sana. Hotel ini terletak di Jalan Ujung Pasir, tempat yang strategik berada di Bandaraya Melaka. Berkonsepkan tradisional dan sejarah Palembang sudah pasti ia membuatkan para pengungjung merasai sendiri keunikannya ketika menginap di hotel yang memenangi anugerah Servis Hotel Empat Bintang Terbaik (Bandar) untuk tahun 2016/2017.


 Perjalan dari Batu Pahat ke The Settlement Hotel mengambil masa 1 jam setengah. Haa, takde lah jauh sangatkan. Tambah pula naik bas sebab malas nak memandu jauh time puasa-puasa ni. hehe. Setibanya diperkarangan Hotel, kami diberikan bilik. Teka apa kami dapat? Buka-buka pintu bilik kami dapat teaddy bear tau ! teruja habis.



Private Malay-Style Villas


mini bar dengan complimentary tea/coffee

TV, Pengering rambut juga disediakan
Bilik air yang selesa

Settlement Pool





Di The Settlement Hotel Melaka, menyediakan sebanyak 49 buah bilik jenis Luxury, 45 dari itu di panggil The Residences manakala lagi 4 buah bilik adalah jenis Private Malay-Style Villas. Berpeluang untuk melihat bilik jenis Villa. Sungguh nyaman, Itu yang ada dalam benak kepala fikiran ketika itu. Lupa terus masalah sementara yang menyelebungi kepala. hehe. Lepas ni aku akan jejakkan kaki di sini dengan ahli keluargaku yang lain.

BUFFET RAMADHAN MENYAJIKAN SELERA KAMPUNG

Di bulan ramadhan selera kampunglah menjadikan selera aku terbuka. Bukan tak makan wastern time puasa, makan. Tapi, kalau boleh pilih memang aku akan pilih sajian selera kampung. Biasalah tekak dah terbiasa dari kecil dengan sajian makanan kampung. 

Tempat makan di tingkat bawah sekali. Antara hidangan yang dihidangkan disini ialah Kurma Ayam,  Sambal Sotong, Udang Masak Hijau Putik Pisang, Ikan Bakar Portugis, Laksa dan banyak lagi.

Sebelum tu, ada beberapa gambar aku perlu credit kepada empunya tuan badan Emas Putih dan Bebelan CikMin


Mana yang tengah diet, boleh makan wrap daging ya.

pemandangan ruang makan

Fav! Bendi goreng

Kuih Bom Melaka


kuih muih

Ikan Bakar Portugis



Sup ekor !
Banyak banyak menu tadi, aku masih terbayang-bayang masakkan gulai udang dia. Melaka tak sah kalau tak pedas. Memang ngam betul dengan selera aku. Ada Char kuew tiaw katanya. Tapi perut terlampau penuh pulak. Siap ada ice cream Teh tarik tau. Macam susah betul nak bangun dari kerusi lepas berbuka masa tu. 

Ada berbaki beberapa hari lagi ni untuk berbuka puasa di The Settlement Hotel. Janagn lepaskan peluang ni tau, Sebab harga RM59 (Dewasa), Senior Citizen dan Kanak-kanak pula 50% dari harga dewasa. Tapi kalau kau baca entry ini luar dari bulan ramadhan. Boleh hubungi mereka ini tak kisah lah untuk penginapan mahupun makanan dan services dia. 
-------------------------------------------------------
Alamat : No.63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka
Email : enquiry@thesettlementhotel.com
Email : reservation@thesettlementhotel.com
Tel : 06-2921133
Facebook : The Settlement Hotel
Instagram : The Settlement Hotel 



8 beleter:

yanie yusuf said...

Wah bestnya tgk.. Cantik dan nampak selesa betul biliknya. Suka lak yg style ala2 kampung tu..

qaseh dalia said...

Cantiknya ..

Nadia Johari said...

pergh nampak tennag je..kayu-kayu design dia ye..kolam air tu comel betul

mas saari said...

Cantiknya hotel dia, bufet pun menarik.

Mamaleesyamiro said...

Best la. Tempat cantik, tenang, lain dari yg lain

Aku Penghibur said...

seronoknya dapat bercuti dan makan best-best.. cantik tempatnya

Anonymous said...

Hello there, just became aware of your blog through Google, and found that it is truly informative.
I'm going to watch out for brussels. I will appreciate if
you continue this in future. A lot of people will be benefited from your writing.
Cheers!

ejulz said...

cantik pemandangan. makanan pun nampak sedap :)

Powered by Blogger.
Back to Top